Ulasan Blog: bloggersentral.com


Melalui entri Blog Review: Blog Saya Mantap, saya meneruskan usaha-ku untuk merebiu weblog mereka diluar sana. Untuk kali ini, saya mahu rebiu weblog "Blogger Sentral". Mantap tu weblog ni, saya tengok sekali pandang pun dah boleh agak performance dia setiap hari. Nak compare dengan weblog saya ini, macam lantai rumah dengan syiling daa. haha. Tapi tak apa saya tetap akan rebiu blog itu. Ikut suka saya nak kata apa² pun kan?

Blogger Sentral ni dikendalikan oleh Green Lava

Paparan skrin weblog beliau adalah:
bloggersentral.com



Tajuk weblog: Blogger Sentral
Bahasa Utama: English
Blog Tagline: "Tiada"
Penafian: "Tiada"
FAQ: Ada
Entri pertama: March 2009
Pengikut : 1,926 LIKE di kelab peminat Facebook [semasa di ulas]


Backlink semasa:
Google: 79
Bing: 2,360
Yahoo: 50 [inlinks 50]

Alexa Traffic:
Global: 21,636
MY: 1,523

Kadar Keselamatan [safety rating]:
94%

RSS reader: 1,469
Google Pagerank: 4/10
WebRankScore: 4.12/10 [dikira berdasarkan pageviews, unique visitor,dan unique content]

Kelajuan penuh untuk muat turun web:
2 saat [purata] dengan saiz weblog 87.3kb


Ulasan:

Secara keseluruhan, paparan weblog Blogger Sentral adalah sempurna. bagi pelawat yang pertama kali datang ke weblog ini, pasti akan mudah memahami konsep weblog ini. Kandungan banyak berkisar tentang tutorial  dan tips untuk pengguna blog. Menariknya di Blogger Sentral, bahasa utama yang digunakan adalah Bahasa Ingeris yang secara tidak langsung membantu menarik trafik bukan sahaja tempatan [Malaysia] malah negara² luar seperti India, Pakistan, US, Indonesia dan banyak lagi. Itulah pentingnya English Education! [but mother tongue also important too]. :)

Tentang penulisnya pula agak aktif untuk membalas komen² daripada pelawat. Sungguh mesra alam, syabas, teruskan! Aku pasti anda lakukan secara sepenuh masa.  Warna tema pada weblog juga terserlah dengan hijau menjadi warna rasmi. Berkenaan widget pula semua tersusun kemas dan menarik. Tak serabut mata memandang. Sejarah entri, entri terkini, FB like Page, RSS dan beberapa widget lagi, itu sudh cukup menambat hati pembaca. Aku rasa nak install floating social media anda di sini.:)

Kepada pembaca, saya sarankan weblog Blogger sentral ini sebagai tempat rujukan untuk sebarang carian berkaitan pembangunan blog anda. Maklumat yang dikongsikan cukup lengkap dan jelas dengan gaya bahasa yang budak sekolah pun mampu untuk faham. Kalau tak faham juga weblog itu turut menyediakan FAQ untuk sebarang kemusykilan.

Dalam yang baik pasti ada kelemahan, begitu juga dengan Blogger Sentral, tak banyak kelemahan yang aku jumpa dan antara yang aku terpandang adalah:

1. Butang "page to top" agak comel di bawah sebelah kiri. Kemudian butang ini hanya muncul pada muka utama dan entri sahaja, tidak muncul di semua muka surat yang entrinya panjang [cth: muka surat SEOtools, FAQ].

2. Penulis pasti yang low profil, aku sendiri tidak tahu siapa pemilik weblog ini. Tapi aku pasti suatu hari aku akan tahu juga sebab aku sudah tambah Green larva dalam aku punya Google+ :). Dan suka aku kongsikan butang rasmi Blogger Sentral di sini. widgets,  tips, tutorials and SEO


Itu saja setakat yang boleh saya katakan. Nantikan untuk weblog seterusnya. :)


*Ini hanya pendapat peribadi berdasarkan kepakaran dan pengetahuan tak seberapa. Harap membantu. Terpulang kepada anda dan mereka sama ada nak ikut atau tak. Saya tetap diri saya yang hina ini. chewaah.!


--------------------------
Berminat? Terbitkan satu entri di weblog anda dan sertakan bersama logo di bawah ini. Dan jangan lupa tinggalkan pautan [link] entri anda di ruangan komen ye.
copy & paste kod html berikut: 
[<a href="http://draft.blogger.com/pyejal.blogspot.com" target=_blank"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjV89Aox3dVqR2WMRehPmxSyrH5YEBOzO9wirAcG629cLsOSNafyLPI1lekf55OGswLYxvmsPRJkpyoYXzdY_oC8_W2R6YpO_9ukA83h7UEiKRPuU4yNUArqqjdPuzZJVLFT_a7ZIPeXqo/s1600/pyejal+review+my+blog+sml.jpg" style="border: 0px solid black;" /></a>]

--------------------------

Comments

Greenlava said…
Assalamualaikum,
Terimakasih la susah-susah buat review :)
pyejal said…
@Greenlava sekadar menggembirakan..gud luck dude!

Popular Posts