40 Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman

Hari ni, masuk hari ke 13 kita seluruh umat Islam menunaikan suruhan Rukun Islam yang lima - berpuasa di Bulan Ramadhan. Harapnya dari hari ke sehari, amalan yang dilakukan semakin bertambah dan semakin mantap. Dalam bulan puasa untuk peringkat kedua ni [20 hari terakhir], lagu raya sudah kedengaran di mana². Kat shopping mall tempoh hari, hari pertama puasa aku dah dengar lagu raya. Sentap betul promosi mereka ini.

Bila terdengar lagu² raya ni, pasti korang teringat zaman² hingusan menjadi budak sekolah yang tinggal di asrama atau mungkin duduk berjauhan dengan keluarga. Lagu raya memang tak dapat dipisahkan dengan sambutan perayaan apa pun. Jadi, untuk aidilfitri ni, aku nak senaraikan 40 lagu raya terbaik sepanjang zaman yang aku, kau dan dia akan putarkan setiap kali menjelangnya Aidilfitri.

40 Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman dan aku mulakan dari ke-40:
[setiap lagu sedia dimuat turun, klik pada tajuk lagu] :)

40 : Nurul - Rindu Syahdu di Hari Raya
39 : Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya
38 : Raihan, Nowseeheart, Rem dan Ajai - Lebaran Ini
37 : S. Jibeng - Musafir Di Aidilfitri
36 : Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
35 : Junainah - Suasana Riang Di Hari
34 : Mamat -  Ku Pohon Restu Ayah Bonda
33 : Cenderawasih - Bersama Di Hari
32 : Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
31 : D.J Dave - Menjelang Hari Raya
30 : Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
29 : Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
28 : Saloma - Selamat Hari Raya
27 : Amy Search - Sentuhan Di Hari Raya
26 : Raihan - Satu Pagi Di Hari Raya
25 : Sweet Charity - Seri Hari Raya
24 : Ziana Zain dan Awie - Halaman Asmara
23 : Rafeah Buang - Selamat Hari Raya
22 : P Ramlee - Suara Takbir
21 : Jay Jay - Hari Raya Bahagia
20 : Amy Mastura - Bersama Di Hari Raya
19 : Raihan feat Man Bai - Harapan Ramadhan
18 : Black Dog Bone - Cahaya Di Aidilfitri
17 : Uji Rashid dan Hail Amir - Seloka Hari Raya
16 : Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris - Nikmat Hari Raya
15 : Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris - Aidilfitri di Alaf Baru
14 : Lefthanded - Keinsafan Di Hari Raya
13 : Siti Nurhaliza - Suara Takbir
12 : Krisya - Satu Hari Di Hari Raya
11 : Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
10 : Aman Shah - Kepulangan Anakmu
9 : Sanisah Huri - Selamat Hari Raya
8 : Sharifah Aini Hai - Selamat Hari Raya
7 : Feminin - Kurniaan Di Hari Raya
6 : Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
5 : M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
4 : Sudirman - Selamat Hari Raya
3 : Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
2 : P. Ramlee - Dendang Perantau
1 : Anuar dan Ellina - Suasana Di Hari Raya


Tu je senarai utama yang dapat aku muatkan. Pasti ada yang bertanya, kenapa ada lagi lagu² best tak masuk? Jawapan aku, sama ada lagu itu tak gempak, atau mungkin lagu tu tak ada cerita raya pun. Contoh macam lagu Balik Kampung [Ar. Sudirman], itu bukan lagu raya ye.

Sekian, maceh.

Comments

maszull said…
salam... semua lagu ni best2 belaka dan satu lagu tu adalah lagu faveret mama s.jibeng 'musafir di aidil fitri'...
pyejal said…
@maszull oo ye? that great, tu sebab s.jibeng tersenarai. :)
Umi Anaan said…
setakat ni belom dengar lagi lagu raye bile gi shopping mybe sbb last shopping awal puase ari tu kot.waktu tu orang tak pasang lagu raye lagi.
Cik Specky said…
lagu yg paling syahdu - Ku Pohon Restu Ayah Bonda by Mamat Exist.. sayu dgr..
Ujie Othman said…
suka..sepasang kurung biru..
pyejal said…
@Umi Asura Sanusi 2-3 hari ni confem rancak lagu raya..:)
pyejal said…
@nurHeart & Ujie @Uni: Feel kan lagu ni?.tapi sila jangan nagis ye..haha
@ Ujie: wlaupun suka,raya tahun ni baju raye warna biru juga ker?

Popular Posts