Pyejal Photography Dilancar!!


Setelah sekian lama diperap akhirnya aku memutuskan untuk melancarkan fotoblog pertama aku - "pyejal Photography". Fotoblog ini aku khususkan kepada hasil karya aku dalam memartabatkan hobi utama aku - mengambil gambar dengan sesuka hati. Jika sebelum ini, kebanyakan hasil karya aku hanya aku perap dalam cakera keras saban tahun, dan mana yang bertuah, ada juga yang aku muat naik ke internet. Itu boleh anda lihat di flickr dan picasa-ku.



Fokus utama fotoblog ini adalah entri² berkaitan destinasi dan lokasi menarik, potret, acara dan juga majlis² hebat yang sempat aku hadiri. Melancong juga adalah aktiviti utama memandangkan aku kerap berpeluang untuk makan angin. Jadi, itu sudah cukup untuk aku mengumpul pelbagai koleksi gambar daripada pelbagai tempat. dan destinasi menarik. Sesi fotografi majlis perkahwinan, potret dan juga majlis² keraian turut menjadi tumpuan aku dalam mengembangkan karga agung aku ini. Oh ya, fotoblog itu masih suci, jadi susun atur dia masih lagi haru biru - masih tercari² templete yang superb. Cerita banyak pun tak guna. terus saja ke pyejal Photography!

sekian. :)

Comments

Popular Posts