January 04, 2012
December 20, 2011
Sebab² pyejal.theStory Berpindah ke Domain sendiri - pyejal.com
Mungkin ini entri terakhir aku aku di sini sebelum pemindahan secara rasmi ke 'rumah' baru di pyejal.com. Untuk perancangan awal, weblog ini akan terus kekal. Memiliki domain sendiri adalah impian kebanyakan blogger dan juga usahawan internet. Ini tak terkecuali kepada aku sendiri. Antara sebab² aku perlu berpindah adalah:
1. Aku telah mempunyai domain pyejal.com sejak 2009 lagi, namun asyik renew saja kerjanya. tak pernah nak run terus. Sehingga saat ini domain itu aku dah beli 2 kali dan renew sekali. Kali pertama aku beli 2009 tapi aku tak renew langsung. Lepas teringin memilikinya semula, aku beli balik domain tu tahun 2010 lalu. dan selepas terbuka hati nak run terus, aku renew semula ogos lepas dan kini aku cuba memberanikan diri untuk try and error. Akhirnya aku berjaya melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa [kecuali bantuan teknikal oleh teknikal grup di internet-webhosting - mereka super pantas!].
December 02, 2011
Melawat Arkib Jalan Duta: Hari Terbuka
Hari ni aku ada tugasan di UTM IC, KL. Aku berlepas awal pagi dari Airport Senai untuk urusan kerja di Jalan Semarak. On planning,
belah petang aku akan ke Hari Terbuka Arkib di Jalan Duta KL. Ni kali
pertama aku jejak kat Arkib ni. Yang Arkib kat Memorial Tun Hussein Onn
tu dah biasa dah aku pergi.
Jadi mana yang tak berpeluang ke Arkib
Negara ni, meh aku kongsi sikit disebalik tembok Arkib Negara, Jalan
Duta yang tak termasuk dan tak tersenarai langsung pun dalam senarai
percutian anda saat cuti sekolah ni.
Baca selanjutnya di pyejal.com/blog
November 26, 2011
Minggu Maal Hijrah 1433
Minggu ni Johor dapat cuti lagi, minggu lepas cuti kesultanan Johor. Minggu ni pula, cuti awal Muharam. Dapat la 3 hari cuti minggu ni. yeah!
Minggu ni aku sempat balik ke kampung halaman kejap di Batu Pahat. Balik kampung melawat orang tua sebab kali terakhir balik pun masa raya haji lepas. Kalau lama sangat tak balik jadi si tanggang pula. Bukan jauh mana pun JB – BP. Dapat balik kejap pun jadi la. Petang ni juga nak kena balik ke JB semula.
Minggu ni aku sempat balik ke kampung halaman kejap di Batu Pahat. Balik kampung melawat orang tua sebab kali terakhir balik pun masa raya haji lepas. Kalau lama sangat tak balik jadi si tanggang pula. Bukan jauh mana pun JB – BP. Dapat balik kejap pun jadi la. Petang ni juga nak kena balik ke JB semula.
Baca seterusnya di pyejal.com/blog
Under:
doa akhir tahun,
doa awal tahun,
hijrah
November 21, 2011
Berhijrah ke Blog Baru!
snips snips...
ermm bau kedai!
ermm bau kedai!
Sebenarnya tak la bau kedai mana. Tapi segar dari ladang. Setelah lama memerap domain dengan baik sebelum ini, terbit juga akhirnya. Seminggu dua ni, selain bertungkus lumus mengumpul bahan untuk kerja kursus sekolah-ku, aku sempat juga beriklan dengan mencuba mengaktifkan personal blog menggunakan domain sendiri.
Under:
blog baru,
hijrah,
pyejal,
pyejal photography
November 04, 2011
Golongan Lesbian, Gay Mahu Diiktiraf? Gila Apa!?
Yang baca newspaper atau mengikuti perkembangan semasa pasti saja mendengar berita panas tentang penganjuran Program Seksualiti Merdeka yang akan diadakan penganjurannya 2 - 13 November 2011. Program anjuran beberapa NGO dan disokong oleh Majlis Peguam Negara ini sekali lagi mengambil tempat antara isu² panas tanah air. Malaysia yang dianggap sebagai negara demokrasi digunakan sebagai alasan bagi menganjurkan program seksualiti ini. Tahun ni secara terbuka, mungkin tahun² sebelum ni dah memang ada program seperti ini.
Under:
gay,
lesbian,
seksualiti merdeka,
Semasa
November 03, 2011
Mendahulukan Yang Utama
Agak lama tak mengemaskini weblog atas sebab kesibukan tugasan harian. Maklumla dah hujung tahun, kerja pula makan gaji. Ada sasaran [KPI] yang perlu dikejar tahun ini. Kalau hanya fokus pada blog, pasti saja kerja-ku akan lemau. Aku bukan insan luar biasa yang mampu buat banyak kerja dalam satu² masa. Tapi dengan penumpuan, insya-Allah satu² kerja akan dapat disiapkan dengan kualiti yang lebih baik berbanding membuat semua kerja dalam satu² masa. Gila apa, kan?
![]() |
| kredit:ramonacreel.com |
October 26, 2011
Kepala Blog Baru!
Hari ini Rabu cuti umum Deepavali seluruh Malaysia. Kepada yang menyambutnya, selamat berhari raya. Tapi bagi aku, walaupun cuti, aku masih malas berbicara dilembaran sesawang ini. Apekah? Dalam malas² pun, aku sedikit rajin untuk buat kepala blog yang baru!! yeahhh!!
[tepuk tangan sambil bagi puji kawan².haha..maceh :)].
[tepuk tangan sambil bagi puji kawan².haha..maceh :)].
October 19, 2011
Aishiteru - Zivilia
Bila dengar lagu ni, rasa best pula muzik dia. Liriknya pula teringat tatkala zaman² menunggu sang dia suatu ketika dahulu. Cewah! Kau ni, jiwang karat sungguh la pyejal! haha
October 18, 2011
Menghilangkan Batuk Berkahak Berpanjangan
Umum maklum, kalau batuk je mesti nak makan ubat batuk cap ibu dan anak. Tapi kalau nak ke kedai pun jauh mesti tu menjadi masalah. Cuaca sekarang pun susah nak jangka, tak menentu untuk diduga. Itu pasti merisaukan kita dan mengganggu urusan seharian. Rasa macam nak garu² je kerongkong tu kan? Batuk pula sampai macam nak tercabut paru².
Under:
batuk,
kahak,
khasiat asam jawa,
panduan,
tips
October 14, 2011
October 13, 2011
Home Fair 2011, Persada, Johor Bahru
October 12, 2011
Berdiri Di Atas Kaki Sendiri
Kendiri atau bahasa mudahnya berdiri di atas kaki sendiri agak kerap kita dengar. Tapi tak ramai yang mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Perempuan contohnya bila mana dia bergantung penuh kepada orang lain sama ada ahli keluarga, rakan²nya atau teman hidupnya, pasti perempuan ini akan hadapi masalah bila mereka yang disekelilingnya itu tiada. Lihat saja bila kes kereta seorang perempuan rosak, apa yang akan dia buat?
Under:
berdikari,
berdiri atas kaki sendiri,
motivasi,
tips
October 07, 2011
Ada Apa Dengan Pembentangan Bujet 2012?
Petang ini semua penduduk Malaysia pasti sudah mencatat di dalam diari telefon masing², untuk Pembentangan Bujet / Belanjawan bagi 2012. Ramai yang memberikan cadangan masing² yang tiada lain sebagai cara untuk menjaga hak dan kebajian setiap individu atau pun kumpulan. Tidak kurang pula yang membuat andaian tentang kandungan dan perbelanjaan pada tahun 2012 oleh kerajaan. Bukan itu saja, yang paling dan sangat² dinanti terutama penjawat awam, ada kenaikan gaji atau bonus tak?
October 03, 2011
Mengqada' Raya
Qada' solat biasa dengar. Qada' puasa pun agak kerap didengar, tapi qada raya agak baru bagi aku. Mungkin juga kamu orang semua. Hujung minggu baru ni, aku bersama orang rumah sempat cabut balik ke kampung menziarah orang tua di Batu Pahat. Raya baru ni kami balik 2 hari sebelum raya, sebabnya aku beraya kat rumah mertua untuk pertama kalinya. Ada juga cadang nak balik kampung dalam bulan raya tu, tangguh punya tangguh, lepas dah raya. Sudahnya minggu ni baru sempat ke kampung halaman walaupun punya masa 24 jam untuk pulang semula ke JB.
Under:
aidilfitri,
buah kabung,
kabung,
pokok,
raya,
sarang buaya,
sawah padi
September 30, 2011
Kenapa Perlu Takut Dengan Hukum Hudud?
Isu hukum hudud sekali lagi popular di dada² akhbar dan skrin komputer. Isu lapuk yang tak pernah di laksanakan walaupun banyak yang telah mengkaji, banyak yang telah mengetahui. Pergi sekolah hari², tapi buat penat je ustaz, ustazah dan cikgu bercerita tentang undang² hudud ini.
Aku bukanlah ilmuwan bijak pandai yang tahu semua tentang hukum hudud ini - undang² Islam yang ditakuti kebanyakkan orang bukan beragama Islam, atau mungkin sebilangan Muslim sendiri tidak bersetuju undang² Islam ini dilaksanakan. Tapi Mengapa? Dan oh ye, buang fikiran politik kamu bila masuk ke blog ini.
Under:
agama,
hudud,
hukuman hudud,
Islam,
penjelasan,
zaharuddin
September 23, 2011
Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Laptop / Netbook / Tablet PC
Bagi yang pernah ada labtop atau netbook sendiri, pasti anda biasa mengalami masalah betri tak tahan lama. Nak kata tak cas, seharian soket plug terpasang pada labtop. Tapi bila tanggalkan wayar, pasti menyala amaran bateri dah nak kong. Netbook aku yang asalnya mampu bertahan 8 jam tanpa cas, tiba² sekarang kena bergantung pada current sepenuh masa. Baru setahun pakai, bateri kong sudah. Tension kan?
Under:
bateri,
bateri komputer,
labtop,
tips,
tips komputer
September 21, 2011
Zero to Pro 5 Johor Bahru bersama Saiful Nang Academy of Photography (SNAP)
Sangat lama tak menulis. Aku sangat sibuk dengan persediaan kelas sarjana aku, tugas pejabat dan juga masa bersama famili. Dan baru² ni aku sibuk menghadiri kursus fotografi anjuran SNAP oleh Saiful Nang dan pasukannya di Candid Syndrom.
Perancangan awal telah aku buat 2 bulan sebelum hari kejadian. Agak berat pada mulanya sebab pada hari sebelumnya adalah hari ulangtahun perkahwinan-ku, mana tau yang tersayang free, boleh makan angin. Tapi thanks to her sebab menyokong untuk menghadiri seminar fotografi ini. Minat fotografi dah lama cuma aku belum pernah menuntut secara formal dengan sesiapa pun sebelum ini. Dengan adanya kursus ini, pengetahuan-ku lebih jelas, yakin dan tahu lebih banyak tentang teknik dan selok-belok fotografi gaya Saiful Nang (SN) ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)






