Bersolat di Saf VIP, Boleh ke?


Gambar hiasan | google foto
Hari Ini genap 15 hari kita menjalani ibadah puasa. Kepada yang melaluinya dengan sabar dan bersungguh, mudah²an Allah melimpahkan rahmat atas segala usaha anda itu. Tidak dilupakan pada yang terlalu sibuk dengan urusan duniawi, beringatlah, dunia kini akhir zaman, keperluan akhirat lebih utama sebagai bekalan penghidupan yang lebih berkekalan di sana. Moga kita sama² mendapat rahmat dan dilimpahi kurnia oleh Allah Taala.

Bila anda solat berjemaah, berlaku tak masalah 'saf VIP' ini?

Kepada yang rajin dan masih kerap ke masjid atau ke surau untuk solat fardu dan solat tarawih, [maklumla makin hujung Ramadhan, makin kurang saf jamaah] suka aku memberi teguran ksesama kita yang membaca entri ini, tentang 'saf VIP' di barisan² jemaah terutama sekali saf hadapan. Aku gelar 'saf VIP' sebab saf mereka ini unik sikit - ada sejadah sorang satu. Kesannya, barisan antara jemaah akan jadi renggang macam gambar bawah ni. - Ini salah!
Sebelum solat lagi imam kat depan tu dan ingatkan, "luruskan saf dan rapat²kan saf" tapi ada yang buat dek jek. Hasilnya, barisan rongak dan tak teratur. Kalau anda pernah lihat keadaan bersolat di Masjidil Haram, Mekah, perkara ini berlaku ke?  Aku bawakan beberapa potong hadith untuk menyokong saranan ini;

Daripada al-Nu'man bin Basyir r.a, beliau berkata:
"Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu benar-benar meluruskan saf solat atau jika tidak, maka ALLAH akan jadikan perselisihan antara kamu"
[Muttafaq alaih yakni disepakati Bukhari & Muslim]

Di dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a :
"Rasulullah s.a.w biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula daripada satu hujung sisi ke hujung sisi yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda; Janganlah kamu berbeza yakni tidak lurus safnya kerana perbuatan itu akan menjadikan hati kalian berselisih."
[Riwayat Muslim]

Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasalam bersabda [maksudnya]:
“Luruskan saf² kalian, kerana meluruskan saf termasuk dalam kesempurnaan solat”
[Hadits riwayat Bukhari]

Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasalam bersabda [maksudnya]:
“Luruskan saf² kalian, jadikan setentang di antara bahu², dan tutuplah celah² yang kosong, lunaklah terhadap tangan saudara kalian dan jangan kalian meninggalkan celah² bagi syaitan. Barangsiapa menyambung saf maka Allah menyambungkannya dan barangsiapa memutuskannya maka Allah akan memutuskannya”
[Hadits riwayat Bukhari, Abu Dawud 666]

Lihatlah sekali lagi, gambarajah keadaan saf yang sepatutnya dan keadaan saf yang tidak sepatutnya. Kita kerap alfa dalan hal mudah seperti ini. Jadi, sama² la ingat-mengingatkan. 


Begitu juga dalam kedudukan berdiri menghadap kiblat. Perlu dipastikan, kaki, lurus dan badan sentiasa menghadap kiblat [rujuk gambarajah di bawah]:


Dan kepada kariah² masjid atau surau, sebaiknya, elakkan menyusun sejadah secara menegak [mengadap kiblat] tetapi susunlah secara melintang supaya para jemaah lebih terdorong untuk merapatkan saf antara jamaah. Selain itu, tampalkan gambar² seperti di atas agar menjadi panduan dan peringatan kepada semua ahli jemaah. Harap disampaikan kepada rakan² muslimin dan muslimat sekalian. Moga segala amalan kita diterima dan diredhai oleh Allah Taala sentiasa. Amiin.

Selamat meneruskan ibadah puasa. :)

maceh.


Comments

e.l.i.z.@ said…
kalau tgk saf org pompuan lg dasyat..dorg lg la selfish..dh terang² renggang, lgsg xde yg nk rapatkan..geram sungguh..tu belum yg nk semayang sebelah anak masing²..adeiii
Nizam Ijam said…
bagus entry nie..
pyejal said…
@e.l.i.z.@ camne solat gitu?telekung kembang kot. tu makan ruang lebih sikit..:)
pyejal said…
@Nizam Ijam sama² mengingatkan..:)
Ujie said…
bagus entri ni, dah lama saya nak buat..tp tak terbuat2. Saf prmpuan pun gitu, sume berdiri ikut sejadah. Bila saya tegur, ada yg ikut, ada yg buat bodoh. Sabor aje la..
BAGITAU.COM said…
@e.l.i.z.@
betul tu, surau kat sini pun ramai yg macam tu
Ujie said…
pyejal: saya share kat fb saya ya..
pyejal said…
@Ujie tu la, tak sangka para muslimah begitu. kalau masih renggang juga, maka kesannya terkandung dalam hadis nabi tu. sama² mengingatkan.

Sila share dgn senang hati.:)
pyejal said…
@BAGITAU.COM moga amalan solat selama ini diterimanya..:)
Warna said…
kat surau ofis aku memang ada tampal gambar-gambar merapatkan saf dan seumpamanya..

mintak izin share kat blog..walaupun xde follower, mudah-mudahan ramai terjumpa one day akan dapat manfaat
pyejal said…
@Warna silakan utk share..

dear all: semua di blog ini sedia dikongsi. cuma pastikan letak la link/sumber ye..:)
e.l.i.z.@ said…
hahah telekung kembang tak jd masalah, rasanya tuan punye telekung kot yg kembang :P
pyejal said…
@e.l.i.z.@ posibbly..:P.haha
Hilda said…
I can't read this because it's in another language, but I am guessing this post is about religion and the clothes people wear during the religious ceremony

am I right or wrong?
pyejal said…
@Hilda yes, u're right. its about religion.but the issues is not about the clothes, its more on the etiquette of Muslims doing the prayer.

anyway, thanks for try to understand this post..:)
Ubey said…
memang ad saf vip. haha. tapi aku main langgar je. ak suke tajuk ni.

Popular Posts