Isnin Yang Kelu: Rumah Warisan [heritage house]


Biasanya orang akan jadikan Rabu sebagai hari tanpa kata² [Wordless Wednesday]. Tapi aku nak ubah menjadi Isnin, boleh? Sebenarnya baru² ni aku sibuk mendalami ilmu edit² gambar ni. Tak sangka pula mood nak menulis di blog terus hilang. Ada je entri nak post, tapi...aku syok edit gambar kot. haha.

Untuk kali ni, aku bawakan satu gambar [rumah] yang ada dalam simpanan aku. Biasalah nak raya, so mood kampung menjadi tema saat ini. Rumah ni salah satu rumah warisan di kampung aku. Beberapa kawan aku yang lihat rumah ni, diorang sangat suka dengan design dan seni arkitek dia. Walaupun gambar ni hanya dari pandangan depan, tapi menarik untuk dipandang. Rumah ni juga pernah menjadi lokasi salah satu program TV masa awal 90'an dulu. Aku lupa program apa, tapi yang pasti Singer adalah penaja utama program tu. Inilah gambar rumah yang aku maksudkan:

Ini gambar asal;
gambar asal [original]



dan ini gambar yang telah aku masukkan kesan khas:


kesan retro
kesan hitan putih [greyscale]

kesan inframerah

kesan antik lembut

Foto oleh Yna.
Maceh. Selamat meneruskan ibadah puasa...:)


Comments

Luqeem™ said…
lebih suka tone retro..nampak smart :)
Ujie Othman said…
setuju..kesan retro tu menghasilkan 'perasaan zaman dulu' bila menatapnya.
pyejal said…
@Luqeem™ kan? tp ada kurang sikit tu.langit tak biru. kalau biru lagi kool..:)
pyejal said…
@Ujie thanx :)

Popular Posts