Dah bayar Zakat? Kadar Zakat Fitrah Malaysia 2011 / 1432H.


Gambar hiasan | sumber: google.com
Setelah melepasi pertengahan Bulan Ramadhan ni, Masing² dah mula nampak sibuk dengan persiapan raya. Yang tempah baju dah mula ambil semula baju yang ditempah, yang buat kueh raya dah mula sibuk dengan tepung, telur dan bagai. Yang duduk di konti radio, DJ² dan mula putar lagu² raya - suasana tipikal menjelang raya. Semua tu seronok!

Satu lagi kewajipan utama yang harus tidak dilupa adalah mengeluarkan zakat fitrah. Zakat yang wajib [mesti] dikeluarkan umat Islam ada beberapa pecahan dan zakat fitrah adalah salah satunya. Berikut kadar zakat mengikut negeri² di Malaysia bagi tahun 2011.

* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7.00
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8.00/RM7.00/RM5.00
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7.00
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7.00
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7.00
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7.00
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6.00
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7.00
* Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
* Bayaran Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7.00
* Bayaran Zakat Fitrah Putrajaya : RM7.00

Kadar yang ditentukan adalah berbeza² mengikut harga pasaran makan ruji masyarakat tempatan [iaitu beras] bagi nilaian segantang makanan tersebut.Jadi setiap negeri punya kadar berbeza² dan tidak seragam di seluruh Malaysia.

Jangan dilengah kewajipan ini. Jika terlepas, bayaran hanya akan menjadi sedekah saja. Mengapa zakat fitrah ini wajib dikeluarkan?  Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda,

”Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia² dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat [Aidilfitri], maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah² biasa.”
[Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah]
Waktu paling afdal [sesuai] adalah sebelum berlangsungnya solat sunat Aidilfitri, namun  adalah digalakkan untuk membayar lebih awak kerana memikirkan wang berkenaan dapat diagihkan lebih awal kepada  individu yang berhak menerimanaya sebagai persiapan menyambut hari raya Aidilfitri. Apa pun, bayaran yang dibuat bermula 1 Ramadhan sehingga malam hari raya adalah sunat dan itulah masa terbaik sebenarnya sebelum masing² lupa sebab sibuk bangat nak beraya. Kalau dapat diedar kepada yang memerlukan, harapnya tak ada la lagi kes Muslim minta bantuan pada persatuan lain. Sistem Islam mantap sebenarnya jika dilaksana dengan betul dan bijaksana.

Bayaran melalui SMS? Pada hemat aku, adalah baik dibayar dengan amil² [wakil pemungkut zakat] kerana memikirkan akad dalam urusan bayaran berkenaan. Amil akan doakan kesejahteraan kita semasa membuat bayaran zakat tu. Tapi kalau bayar guna SMS, ada telefon yang nak doakan kita? Korang fikir sendiri. :)

maceh.:)

Comments

Popular Posts