Kisah Raya-ku di Kampung

Hari ini 29 Ramadhan bersamaan 29 Ogos 2011 - hari terakhir umat Islam berpuasa, mungkin. Tunggu pengumuman raya malam ni. Tahun ni, tak seperti tahun² sebelum ni aku tak pernah ambil endah soalan - Tahun ni balik beraya mana? Tapi tahun ni lain sikit, aku perlu jawab soalan ni sebab jwapannya lain sikit daripada kebiasaan. Abaikan jawapan aku itu saat ini, sebab aku akan jawab pada hujung entri ini.

Mari aku kisahkan suasana perayaan-ku di kampung halaman.

Kerahan tenaga.
Suasa sambutan perayaan di kampung aku di Batu Pahat boleh dikatakan meriah setiap tahun. Mana taknya, dah la adik beradik aku ramai, askarnya pula confirm juga la ramai. sehari sebelum raya, persiapan kami sekeluarga dibantu sesama kami dengan banyak juadah cuba disiapkan untuk berbuka puasa atau makan besar untuk hari terakhir sebelum menjelangnya raya. Antara juadah yang aku dan mereka ini sediakan contoh macam ketupat, lepat, rendang, lodeh, sambal goreng, dan beberapa menu lain yang kurang popular. 

Agihan bunga api.
Macam aku, kewajipan biasa yang akan aku buat adalah panjat pokok kelapa, ambil daun muda untuk dibuat ketupat dan lepat dan kerja² lain seperti parut kelapa. Lepas tu tolong la anyam ketupat. Itu tugasan wajib. Kalau agak² dah tak ada kerja, aku akan bersihkan tingkap dan segala cermin yang besar gedabak kat umah aku tu. Sebelah petang pula ketupat dan lepat mula dimasak. 2 jam lamanya nak tunggu ketupat dan lepat ni masak jadi sempat la buat berbuka nanti.

BOOM!
Bila waktu dah nak berbuka, dapur rumah aku akan penuh dan sesak sebab sempit, tapi dulu la. sekarang ni dah besar sikit jadi nak guling² pun tak apa. Lepas selesai berbuka, siap solat semua, yang nak makan round ke-2 pun ok je, sebab esoknya dah tak puasa lagi. Aku pula pergi pasang pelita kat depan rumah, sebab kanak² akan membakar mercun dan bunga api lepas ni. Seronok la budak² ini main bunga api.  Meriam je tak ada, budak² sekrang tak adventure macam kanak² dulu. Lepas je mercun diharamkan, budak² kecik kami tak bagi sangat main, kitorang bagi buga api je. Walau pu tak bahaya, tapi habis berlubang pelita aku kena cucuh sebab pelita sekarang ni kan plastik. hampeh tul bebudak ni. Lepas puas, masuk rumah tengok tv sambil dengar la takbir raya. Tengok movie pun ye juga. Yang mana rumah dekat² tu dah mula balik la. Esok datang lagi. 


Main bunga api
Esoknya awal² pagi, ayah aku akan ke kubur untuk ziarah kubur arwah atuk nenek aku, aku pun kadang² ikut juga, cuma dah besar panjang ni kena la rajin pergi juga kan. Balik dari kubur, main mercun sikit, kasi bangun sapa² yang tak bangun lagi tu. haha padan muka. Lepas bersiap dengan baju raya, yang cantik berseri, kami adik beradik akan ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Balik lepas solat, makan² jap lepas tu sesi bermaaf²an antara kami adik beradik bersama mak ayah. Lepas sesi salam² ni, mana yang dah kerja  kena la bagi duit raya kan? aku pun tak terlepas untuk bagi duit raya kat askar² ni. dah 2 tahun kerja, kena la bagikan. 
konvoi!
Selesai sesi ni, kami beramai² akan bersama untuk bergambar kenangan. Sweet saat ini. Lepas selesai, kami  yang tua² terus bergegas siapkan kereta untuk konvoi ke rumah sedara mara. 6-7 kereta tu biasa dalam konvoi kami. Rumah sedara banyak yang dekat² jadi dalam 10  buah rumah tu siap dalam 3-4 jam lebih kurang. Kampung sebelah je pun. Satu rumah 10-15 minit sudah, jimat masa. Kesian tuan rumah kena serbu dengan kami. Tak apa, nak balik minta maaf. haha.

Rumah yang kena serbu kami
Lepas tu balik rumah confirm tumbang, sebab penat sangat makan kuih. haha. Lewat petang, kami semua bersiap pula untuk BBQ. Yang bakar arang, pergi kedai beli arang, yang kena beli barang basah, pergi la pasar cari ikan, ayam dan sebagainya untuk dibakar malam tu. Aku pun tak ketinggalan ambil port untuk bakar-membakar tu. Yang budak² sambung main bunga api dan mercun. Malam tu dapur rumah aku tutup, mak aku dapat rehat sikit la walaupun tak berapa rehat sebenarnya. 

BBQ

Masuk raya kedua, bahagian kami pula yang muda remaja ni beraya ke rumah kawan². Seronok la konvoi ramai² dengan mereka ni. Tapi sekarang masing² dah kahwin. Grup sekolah yang single semakin berkurang jadi tak tahu la aku tahun ni macam mana kawan² aku ni beraya. 

Dan untuk tahun ni. aku tak melalui suasana beraya di kampung, kerana untuk tahun ni jawapan bagi soalan - Tahun ni balik beraya kat mana? Aku kena jawap, Terengganu (penuh condifen). Ini lah tahun pertama aku beraya di rumah mertua bersama isteri tercinta. Agak lain la perasaan ini, tapi pada aku raya tetap sama di mana². Tahun depan kan ada raya lagi. Tak sabar tahun depan, raya haji nanti pun raya lagi. Jadi sama je kan? 

Saat ini [pagi] aku masih di Johor Bahru, menanti sang isteri pulang daripada kerja. Jap lagi bertolak terus ke Terengganu. Kepada ahli keluarga di kampung di Batu Pahat, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka untuk semua. Gambar jangan tak ambil ye. Nanti boleh buat koleksi macam dalam gambar² atas ni.  Ok aku dah penat. Nak packing bag pula [baru nak pack!]. Tata

Comments

maszull said…
salam....selamat hari raya aidil fitri buat pyejal n family...:)
Ujie Othman said…
saya suka mkn lepat!

Hmm..thn ni saya beraya kat Bt Pahat dulu.
pyejal said…
@maszull Selamat hari raya kembali kpd maszull sekeluarga!!
pyejal said…
@Ujie selamat pulang ke kampung..nk makan lepat, jemput datang ke rumah..:)
Mia Liana said…
selamat hari raya.. dan salam merdeka dari mia sekeluarga...
Mie said…
Salam,

Saya pun beraya di Batu Pahat mcm Ujie...
pyejal said…
@Mia Liana sama2 kembali..salam merdeka raya!!
pyejal said…
@Mie wah! ramainya orang batu pahat. patut la setiap tahun semakin sesak!..hehe salam merdeka raya mie!

Popular Posts