Bayaran PTPTN 3% Kepada 1%, Jom Bayar Hutang!

Kepada peminjam tegar kepada institusi pinjaman pendidikan ternama negara ini - PTPTN, anda pasti maklum dengan penukaran caj perkhidmatan daripada 3 peratus kepada 1 peratus. Perubahan caj yang diluluskan pada akhir 2009 tu nampaknya dah mula terasa. Kalau sebelum ni, berkurun lama juga aku tunggu surat perjanjian baru ni nak sampai. Mana taknya, aku apply Jan 2010 tapi nak masuk setahun lebih tak terima langsung maklum balas mereka ini [PTPTN]. Kalau beberapa tahun sebelum ni, pengurusan mereka ini caca-merba, telefon tak angkat², website ntah apa² [maaf, aku perlu katakan ini], tapi sekarang alhamdulillah perubahan yang menarik di PTPTN - lagi menarik kalau pinjaman aku tu ditukar kepada biasiswa. haha.


Setelah menunggu sekian lama, akhirnya hari ini melalui emel, aku terima surat balas daripada PTPTN bagi perjanjian penukaran caj perkhidmatan mengikut skim Ujrah daripada 3% kepada 1 % setahun. Suka la juga, lama betul tunggu. Sebelum ni adalah juga aku bayar sikit² pinjaman tu. Hutang kena bayar beb, bukan sebab takut kena blacklist, tapi aku takut nak kena cari PTPTN ni kat Padang Mahsyar nanti. Mana nak cari tu? 

Time aku mula bayar dulu, aku rajin bayar online kat e-fes PTPTN berbanding tempat lain, macam bank ke, pejabat pos ke, sebab pada aku mudah, cepat dan service caj dia pun 50 sen je berbanding aku bayar selain daripada online. Kalau nak bayar kat kaunter PTPTN, jauh la pulak kan. Kemudian, bila aku tau caj  perkhidmatan dia nak turun, aku terus stop bayar. Yela mana tau pengiraan dia lain dan tiba² caj dia sama. Tak ke rugi yang aku bayar dulu tu. [lagi pun tahun lepas aku kahwin, tu pasal stop bayar, nak kumpul duit. haha].

So, bila dah dapat agreement baru ni, kena la settlekan cepat. Isi borang, matikan setem kat LHDN, bla bla bla. Cumanya sekarang ni, PTPTN nak semua peminjam untuk isytihar status pekerjaan. Kalau bekerja, kena potong gaji. Kalau tak, tak la. Kalau ye, bersedialah untuk terima gaji yang sedikit kurang lepas ni. haha. Tapi tak apa, yang penting hutang settle. Hutang aku pun mau RM20K++ ni, bila la mahu langsai. ~aduyai.

Aku ada kemusykilan, jadi aku call PTPTN pagi ni, saja nak test dan nak tanya "kalau tak nak potong gaji boleh tak? - Agak² ada respond tak?

Nombor hunting line 03-2080 4455 aku dail.

*suara awek berbicara*
Terima kasih kerana menghubungi PTPTN bla bla bla....
Tekan 1 untuk semakan pinjaman, 
tekan 2 untuk permohonan pinjaman....

- ah sudah. Aku cakap dengan robot rupanya.
Malas nak dengar awek robot tu membebel, aku terus tekan 8, akhirnya aku bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan - aku manusia beb.

Pegawai Khidmat Pelanggan [PHP]: Saya *;^%#$@%!=*#9, boleh saya bantu? [tu je butir² yang aku dengar. Laju gile cakap, nasib baik kau bukan robot]
pyejal: Selamat pagi, Saya F*****, saya ada terima surat perjanjian untuk menukar caj perkhidmatan dari 3% kepada 1% di PTPTN. Jadi saya ada nak tanya sikit.
PHP: Ya silakan.
pyejal: Dua soalan saya nak tanya,pertama - kalau saya tukar status pinjaman saya kepada 1%, adakah saya perlu bayar berdasarkan baki tahun semasa atau berdasarkan baki tahun 2008?
PHP: Encik hanya perlu bayar berdasarkan baki pada tahun 2008 saja. Bukan pada baki tahun semasa [tahun ini].
pyejal: Maksudnya, kalau baki pinjaman semasa saya RM15k dan baki pinjaman tahun 2008 adalah RM13k, pengiraan 1% akan berdasarkan RM13k la ye?
PHP: Ya, encik ni hebat la, Betul tu.
pyejal: Oh, saya memang hebat. Ok soalan kedua saya. Kalau saya tak nak bayar melalu potongan gaji boleh tak? Sebab saya nampak ada borang pengesahan majikan tu.
PHP: Sebenarnya kita galakkan peminjam untuk membayar melalui potongan gaji, tapi kalau encik mahu bayar sendiri, encik tak perlu isi borang pengesahan potongan gaji tu.
pyejal: Oh, macam tu. Bagus². Ok, tu je saya nak tanya. Terima kasih, selamat berpuasa.
PHP: Sama² encik. Encik ni memang hebat la encik kira² tadi.
pyejal: erk! [dialog tu tak ada pun sebenarnya. haha]

Jadi, kesimpulan yang boleh aku buat, settlekan agreement baru dan tak perlu potong gaji aku. Tak apa aku bayar la sendiri. Anda semua, jangan tiru cara saya, sebaiknya buat la potongan gaji ye. Alaa, LHDN akan tolak income tax punya. haha.


Kepada yang belum buat pengesahan penukaran dari 3% ke 1% mengikut Ujrah boleh la buat pengesahan DI SINI. Cepat sebelum terlambat! PTPTN dah lanjutkan tarikh kemaskini sehingga September 2011. Jangan tangguh² ye. Lambat² rugi. Aku yang apply Januari lepas pun baru dapat sekarang. Apa² yang anda tak faham dengan tawaran Ujrah 1% ni boleh baca FAQ dia DI SINI.

maceh.

Comments

oktant said…
Terima kasih pyejal atas info ni. =)
pyejal said…
@oktant welcome. :)
Ujie said…
cuma yg leceh, kena apply. apsal tak auto tukar sume org kpd 1% tu..mudah.
Hans said…
dah lama apply
tapi email berjaya ker tak berjaya masih belum dapat tahu
haihhh

Jawab Online Survey Dan Tebus Ganjaran Yang Ditawarkan
Ain Zulaikha said…
ooo encik hebat hahahhaa..
saya pinjam mara jek hehehehe
tapi kira bagus lah, kiranya dah kurang jgk lah even 1000 or 2000 ke
pyejal said…
@Ujie diorang tak buat automatik sbb efek pada law. serupa juga kalau buat agreement dgn bank.yg tak nak apply tu mana yg duit banyak la. sekian :)
pyejal said…
@Hans kesabaran anda teruji nampaknya. ada la tu nanti. tak pun call diorg, service diorg much better sekarang
pyejal said…
@Ain Zulaikha 1000-2000 tu setahun. kalau 5 tahun, dh berape..fuhhh
mimizuzuhaha said…
oo aku ingat mesti kene potong gaji.
tu pasai aku buat diam je borang tu.
cis! kalu aku tau boleh bayar sniri tanpa potong gaji dah lama aku isi. hampeh betoi
pyejal said…
@mimizuzuhaha alasankan boleh dicipta. tapi baiknya buat la support latter sebab2 tak nak potong gaji tu.gaji kecik ke, bla bla....gud luck! :)
Anonymous said…
This makes the dumbbell bodyweight established devices the longest long lasting
kind of equipment which you could get on the industry nowadays.


Here is my web page ... Recommended Webpage
Anonymous said…
The switch and elevate layout also saves you
valuable training session time and keeps your exercise routines flowing smoothly without interrupting your
momentum set soon after established.

My webpage; dumbbell row
Anonymous said…
This could be for outfits, household merchandise, not to mention exercise
products at the same time.

Here is my site ... www.getfitnstrong.com/bowflex-dumbbells/4-reasons-bowflex-weights-get-here/
Anonymous said…
What exactly is all the fuss about?

my page: cheap bowflex selecttech 552 dumbbells
Anonymous said…
Like all those, the Bowflex Treadclimber is also made to supply an efficient cardio exercise routine.


Here is my website :: free weights for sale
Anonymous said…
Lots of individuals can attest towards the capability with the treadmill to provide superior development with regards to shaping up your entire body and maintaining you suit.


Check out my blog post visit the following post
Anonymous said…
Cooper's concentration on aerobics, nevertheless, and went back again to your barbells of my youth.

my homepage; additional reading
Anonymous said…
Consider just about every on the 3 Bowflex TreadClimbers to
learn which one is gong being best in your case.



Look at my site - bowflex selecttech dumbbells
Anonymous said…
Your hand needs to be keeping a dumbbell in front of your chest.


my page dumbbell sets
Anonymous said…
Some gear can even be folded and tucked less than
the bed or within a closet when not in use.


my page; related resource site
Anonymous said…
While you can see, there are numerous possibilities out there
in health and fitness machines even should you have restricted area.


Feel free to surf to my page :: best adjustable dumbbells
Anonymous said…
Even though anyone loves education Biceps, it's the Triceps which make up the majority of your measurement from the upper arm!

my page adjustable weights
Anonymous said…
Making use of any type of exercise devices has been proven to be pretty efficient for
managing these types of concerns.

Feel free to visit my blog post :: bowflex selecttech 552
Anonymous said…
There's a studying curve along with the physical exercises, have some patience any time you first have the device.

Feel free to visit my web site Website URL
Anonymous said…
The posting is with regards to the widening gap in lifetime expectancy involving Americans of various races
and socioeconomic levels.

My web-site - http://www.getfitnstrong.com/
Anonymous said…
Why the Timex T5G971 heart keep track of check out may also help you prepare additional effectively and get rid of bodyweight?


My blog post ... mouse click the up coming internet site

Popular Posts