Tips Mudah Mengelak Virus Menyerang PC / Pendrive
Saya tahu, anda pasti pernah mengalamai masalah pendrive / komputer / komputer riba diserang virus. Jika BETUL - teruskan membaca, jika TAK pernah kena [diserang virus] - abaikan entri ini, sila baca entri lain. Sebagai manusia yang wujud zaman moden ini, pendrive / komputer / komputer riba adalah satu benda biasa. Tapi jangan pelik kalau masih ada manusia yang masih takut nak guna komputer. Alasan mereka, takut rosak, takut kena virus bla bla bla.. kalau memanjang 'takut', baik gi kebun menorah getah. Penorah getah pun tahu guna komputer. Jadi sentiasalah belajar selagi hayat dikandung badan. Tak rugi pun kalau menimba ilmu kan ? :).
Jadi kalau dah berilmu, macam mana nak elak virus daripada masuk ke dalam PC/ pendrive/labtop?
Tips ini saya kongsikan sebagai kaedah mudah mengelak daripada pendrive dimasuki virus [daripada PC yang ada virus] dan juga mengelak PC daripada dimasuki virus [daripada pendrive yang ada virus]. Tips ini tidak mencadangkan kaedah mengelak virus daripada internet, tetapi hanya melibatkan pendrive dan juga PC ysahaja. Tipsnya seperti dibawah:
1. Antivirus
Pastikan antivirus anda sentiasa up-to- date. Antivirus yang terpasang tetapi tidak diupdate hanya menyemak PC saja. Selain melambatkan PC, antivirus ti juga tak membantu mengimbas apa² virus terkini. Jadi buang saja. Sebaiknya install antivirus seperti NOD32 dan Kaspersky. Itu pun kalau anda mampu membayar. Kalau nak yang percuma, aku sarankan Avira - free to update. Lain² jenama aku kurang berkenan sebab rajin sangat imbas virus sampai buat PC jadi slow. Serius punya slow.
2. Kaedah membuka pendrive/external drive.
Cara anda membuka [open] pendrive juga memberi kesan kepada keaktifan virus yang ada dalam PC/Pendrive. Kebanyakan virus aktif [run] secara automatik kerana terdapat satu fail, nama dia - "autorun.inf" yang wujud dalam hidden fail.
Fail "autorun.inf" ni biasanya akan aktif kalau kita double klik bila membuka pendrive dan kalau kita buka pada pop-up skrin. Bila pendrive dibuka dengan cara ini, virus dalam PC/ pendrive akan automatik aktif dan menyerang keduanya. Jadi kaedah pertama, betulkan cara membuka pendrive!
Fail "autorun.inf" ni biasanya akan aktif kalau kita double klik bila membuka pendrive dan kalau kita buka pada pop-up skrin. Bila pendrive dibuka dengan cara ini, virus dalam PC/ pendrive akan automatik aktif dan menyerang keduanya. Jadi kaedah pertama, betulkan cara membuka pendrive!
i. Jangan buka pendrive / external drive di pop-up skrin
ii. Jangan double klik di "My Computer" untuk buka storage.
i. Buka storage / pendrive menggunakan Windows Explorer. Klik butang "folder" pada browser untuk buka list-down menu [window explorer], dan pilih storage yang berkenaan.
ii. Buka storage / pendrive dengan klik kanan [pada tetikus] di ikon pendrive/storage berkenaan, dan pilih "open" untuk buka.
ii. Buka storage / pendrive dengan membuka "address bar" pada browser, dan pilih pendrive / storage yang anda nak buka.
Harapnya, tips ni sedikit mengurangkan kebengangan anda apabila pendrive/ external storage anda diserang dengan virus. Jadi lepas ni tak la takut² nak cucuk pendrive/external storage kat mana² PC. Cuma kena sentiasa waspada.
* kaedah ini hanya untuk virus biasa, ada juga virus yang aktif sebaik saja pendrive dicucuk. Jadi antivirus main peranan juga di sini.
Sekian, terima kasih. :)
Comments