Tips Pemanduan Laju dan Selamat (jarak jauh)
Kepada yang punya kenderaan atau sekurang²nya punya lesen memandu, anda perlu baca ini sebagai panduan bila memandu di jalan raya. Aku faham sebagai orang yang baru memegang stereng kereta, perasaan teruja dan jakun adalah lumrah kepada semua insan di muka bumi ini - termasuklah aku. Jalanraya bukanlah tempat berlumba, tapi 110 -140km/j adalah angka biasa bagi aku bila memandu. GILE! Tak, aku tak gila, aku memandu laju adalah mengikut kesesuaian masa, keadaan dan lokasi tempat aku memandu. Pemandu yang baik adalah mereka yang mampu memandu mengikut arus trafik yang sedang dilaluinya. Jom aku ceritakan bagaimana memandu secara laju dan selamat sehingga dalam setahun hanya satu je anugerah speedtrap aku dapat, tu pun secara tak sengaja..haha
Memandu untuk sesuatu jarak yang jauh memerlukan pelbagai aspek untuk diambil perhatian. Aspek² ini membantu dalam memastikan cara pemanduan dapat ditetapkan dan pemandu dapat tiba ke destinasi seperti diharapkan dengan selamat. Tips² pemanduan mengikut pengalaman aku adalah seperti berikut:
SEBELUM PERJALANAN:
i. Pemandu
- Pastikan rehat yang cukup. Tidur dengan secukupnya sebelum perjalanan. Memandu dalam keadaan mengantuk dan letih adalah merbahaya. Cuba lelapkan mata atau sekurang²nya menutup mata [tanpa tidur] selama setengah atau sejam sebelum memulakan pemanduan.
- Sediakan cermin mata hitam yang bersesuaian apabila memandu di waktu panas terik atau waktu hujan. Memakai cermin mata gelap semasa memandu dalam keadaan hujan membantu menerangkan penglihatan dan tumpuan pada garisan di atas jalan.
- Pastikan lokasi tempat berehat dan tempat mengisi minyak yang akan dituju sepanjang laluan. Ini penting untuk memastikan perjalanan lancar tanpa berlaku minyak kering!
- Kenal pasti nombor² penting jika berlaku sebarang musibah semasa pemanduan. Contohnya macam nombor kereta tunda, nombor balai polis berdekatan atau mungkin kawan² atau sedara mara yang berdekatan sepanjang lalauan perjalanan anda. Mereka ini secara tak langsung boleh membantu anda sekiranya berlaku kecelakaan dalam perjalanan anda.
- Semak dan kenal pasti laluan yang akan dilalui termasuk laluan alternatif. Ini boleh dibantu dengan adanya alat GPRS, Google maps dan sebagainya. Laluan alternatif penting sekiranya laluan utama mengalami kesesakan atau kerosakan [seperti tanah runtuh].
ii. Kenderaan
- Pastikan kereta diservis dengan betul. Ada kes di mana bengkel kereta tidak membuat servis dengan baik menyebabkan kereta bermasalah dalam perjalanan - aku dah alaminya, bila mana kereta yang aku naiki ini [kereta kawan] overflow yang disebabkan minyak hitam terlebih isi semasa diservis.
- Semak keadaan kenderaan sendiri. ini adalah semakan terakhir sebelum perjalanan dimulakan.
- Pastikan lampu utama, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik.
iii. Lain2
- Lihat keadaan cuaca semasa.
- Lihat hari apa anda akan melakukan perjalanan. Kalau cuti sekolah, sudah pastinya kenderaan akan banyak. Gerak awal!
- Yang menggunakan Touch&Go, buat isian semula [reload] kad anda sebelum hari² cuti perayaan atau cuti2 umum utama. Aku pernah terkena, bila nak balik masa cuti sekolah [kerana perayaan] semua stesen Touch&GO termasuk ATM semua offline. tak ke tensen nak kena beratur panjang² kat tol tu nanti.
- Sediakan perlatan kecemasan di dalam kenderaan. Kon, peti pertolongan cemas dan pemadam api adalah contoh terbaik untuk diletak di dalam kenderaan.
- Kepada yang Muslim, bacalah doa memulakan / menaiki kenderaan. Contohnya
Doa menaiki kenderaan:
سُبْØانَ
الَّØ°ِÙŠ سَØ®َّرَ
Ù„َÙ†َا Ù‡َØ°َا ÙˆَÙ…َا
ÙƒُÙ†َّا Ù„َÙ‡ُ Ù…ُÙ‚ْرِÙ†ِينَ
. ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙ‰
رَبِّÙ†َا Ù„َÙ…ُنقَÙ„ِبُونَ
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
[Az-Zukhruf : 13-14]
Doa bertawakal:
رَبَّÙ†َا
عَÙ„َÙŠْÙƒَ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْÙ†َا
ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ
Ø£َÙ†َبْÙ†َا ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ
الْÙ…َصِيرُ
“Rabbanaa ‘alaika tawakkalnaa wa ilaika anabnaa wa ilaikal masiirr”
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!"
[Al-Mumtahinah : 4]
Pesanan: dalam berdoa tu, niat la dalam hati agardijauhkan dari sebarang musibah sama ada yang datang dari dalam [kenderaan] atau daripada luar [kenderaan].
SEMASA PERJALANAN
- Tetapkan kelajuan mengikut keadaan trafik semasa. Pemanduan berhemah [bagi aku] adalah mereka yang memandu mengikut arus trafik semasa. Jika memandu pada 80km/j di lorong laju kat highway yang adalah tidak praktikal kerana kelajuan maksimumnya 110km/j ini menyebabkan kesesakan dan kenderaan akan beratur panjang. Tukar lorong, atau berikan laluan kepada kenderaan laian.
- Gunakan lampu isyarat jika ingin memotong atau mengubah laluan. Aku benci mereka yang tukar lorong sesuka hati tanpa isyarat. Rasa nak baling batu je lampu signal kau tu.
- Jika hari hujan, perlahankan kelajuan kenderaan. Kemalangan kerap berlaku dalam keadaan ini. Jadi berhati2.
- Awasi jarak pemanduan. Mengekori kenderaan dihadapan secara dekat boleh mengundang padah. Kalau tercium bontot kereta depan, padan muka kau!
- Patuhi papan tanda peringatan di kiri, kanan dan atas jalan. Ini menjadi panduan dalam anda memecut, memotong kenderaan, mengetahui kawasan kemalangan atau sebagainya.
- Bertimbang rasa semasa kesesakan trafik. Kerap berlaku, kenderaan tak mahu mengalah dan mahu jalan dulu. Sila bertimbang rasa, sikap pentingkan diri sendiri anda itu boleh menyusahkan orang lain. Sebaiknya, beri laluan secara berselang-seli. Kalau dah jem, bukan boleh laju pun. Bersabar la sikit.
- Pastikan pakai tali pinggang kaledar [seat belt]. Ramai ambil mudah hal ini. Dengan hanya menarik tali di atas bahu anda, tak sampai 5 saat, itu sudah cukup untuk mengurangkan peratusan sama ada anda tercampak keluar kenderaan atau tak. Lihat macam contoh ni;
- Sentiasa fokus dengan pemanduan, kalau mengantuk - tidur!. Jika mengantuk, jangan paksa diri, cari tempat yang sesuai dan tidur sebentar. Jika ada co-pilot, tukar pemandu. Tanpa fokus semasa memandu anda akan hilang tumpuan dan kurang awas terhadap keadaan sekeliling.
- Kerapkan melihat cermin pandang belakang atau cermin sisi. Ini membantu anda untuk kelancaran menukar lorong, memecut atau memotong konderaan.
- Berehat selepas maksimum 3-4 jam pemanduan. Ambil angin luar, kaki dan otot² anda perlukan rehat dan regangan. Kereta juga perlukan rehat sebenarnya. Untuk perjalanan melebihi 4 jam, sebaiknya berehat la seketika.
- Sentiasa semak panel temperature. Ada kes, kereta berasap sebab panas sangat. Enjin boleh breakdown kalau terlalu panas.
-
SELEPAS PERJALANAN
- Buat periksaan ringkas pada keseluruhan kenderaan. Tayar dan bahagian kenderaan yang lain. Cuma enjin tak payah la buka, sebab panas lagi, karang melecur kulit.
- Tidur la. sekejap. Penat tu memandu.
Tu je dapat aku kongsikan. Kepada yang suka pandu laju, berhati²la. Jangan menyusahkan orang lain. Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, selamat sampai ke destinasi yang dituju. Moga Allah sentiasa memelihara pemanduan anda. Begitu juga untuk aku, :)
Comments
selamat hari raya...