Bersolat di Saf VIP, Boleh ke?
Gambar hiasan | google foto |
Bila anda solat berjemaah, berlaku tak masalah 'saf VIP' ini?
Kepada yang rajin dan masih kerap ke masjid atau ke surau untuk solat fardu dan solat tarawih, [maklumla makin hujung Ramadhan, makin kurang saf jamaah] suka aku memberi teguran ksesama kita yang membaca entri ini, tentang 'saf VIP' di barisan² jemaah terutama sekali saf hadapan. Aku gelar 'saf VIP' sebab saf mereka ini unik sikit - ada sejadah sorang satu. Kesannya, barisan antara jemaah akan jadi renggang macam gambar bawah ni. - Ini salah!
Sebelum solat lagi imam kat depan tu dan ingatkan, "luruskan saf dan rapat²kan saf" tapi ada yang buat dek jek. Hasilnya, barisan rongak dan tak teratur. Kalau anda pernah lihat keadaan bersolat di Masjidil Haram, Mekah, perkara ini berlaku ke? Aku bawakan beberapa potong hadith untuk menyokong saranan ini;
Daripada al-Nu'man bin Basyir r.a, beliau berkata:
"Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu benar-benar meluruskan saf solat atau jika tidak, maka ALLAH akan jadikan perselisihan antara kamu"
[Muttafaq alaih yakni disepakati Bukhari & Muslim]
Di dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a :
"Rasulullah s.a.w biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula daripada satu hujung sisi ke hujung sisi yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda; Janganlah kamu berbeza yakni tidak lurus safnya kerana perbuatan itu akan menjadikan hati kalian berselisih."
[Riwayat Muslim]
Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasalam bersabda [maksudnya]:
“Luruskan saf² kalian, kerana meluruskan saf termasuk dalam kesempurnaan solat”
[Hadits riwayat Bukhari]
Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasalam bersabda [maksudnya]:
“Luruskan saf² kalian, jadikan setentang di antara bahu², dan tutuplah celah² yang kosong, lunaklah terhadap tangan saudara kalian dan jangan kalian meninggalkan celah² bagi syaitan. Barangsiapa menyambung saf maka Allah menyambungkannya dan barangsiapa memutuskannya maka Allah akan memutuskannya”
[Hadits riwayat Bukhari, Abu Dawud 666]
Lihatlah sekali lagi, gambarajah keadaan saf yang sepatutnya dan keadaan saf yang tidak sepatutnya. Kita kerap alfa dalan hal mudah seperti ini. Jadi, sama² la ingat-mengingatkan.
Begitu juga dalam kedudukan berdiri menghadap kiblat. Perlu dipastikan, kaki, lurus dan badan sentiasa menghadap kiblat [rujuk gambarajah di bawah]:
Dan kepada kariah² masjid atau surau, sebaiknya, elakkan menyusun sejadah secara menegak [mengadap kiblat] tetapi susunlah secara melintang supaya para jemaah lebih terdorong untuk merapatkan saf antara jamaah. Selain itu, tampalkan gambar² seperti di atas agar menjadi panduan dan peringatan kepada semua ahli jemaah. Harap disampaikan kepada rakan² muslimin dan muslimat sekalian. Moga segala amalan kita diterima dan diredhai oleh Allah Taala sentiasa. Amiin.
Selamat meneruskan ibadah puasa. :)
maceh.
Comments
betul tu, surau kat sini pun ramai yg macam tu
Sila share dgn senang hati.:)
mintak izin share kat blog..walaupun xde follower, mudah-mudahan ramai terjumpa one day akan dapat manfaat
dear all: semua di blog ini sedia dikongsi. cuma pastikan letak la link/sumber ye..:)
am I right or wrong?
anyway, thanks for try to understand this post..:)