Ulasan blog: lhthebest12.blogspot.com


Melalui entri Blog Review: Blog Saya Mantap yang aku terbitkan beberapa minggu lalu, aku ada buat tawaran kepada blogger di luar sana yang berminat untuk blog mereka di ulas di sini. Mungkin ada yang telah menghantar permohonan sebelum ini dan aku agak kurang mempunyai masa untuk merumus blog² anda berikutan kekangan masa. Sebahagian telah aku review dan memerlukan masa untuk di terbitkan sahaja. Dalam tempoh itu juga, aku hanya terbitkan entri² lain tanpa mengeluarkan review blog korang itu. Ada ke patut? Maaf la ya. Dan sebaiknya, aku terbitkan juga sebahagian blog yang telah aku lawati untuk dikongsi bersama.

Blog pertama yang akan aku ulas adalah "lhthebest12" yang dikendalikan oleh Luqmanhakim a.k.a Luqeem

Paparan skrin blog beliau adalah ini [pada masa aku lawati blog itu dulu:

Kini paparan blog beliau telah menjadi seperti ini:



Blog Tagline: "Curious is what life's All About.Word of curiousity."
Penafian: Tiada
Entri pertama: Januari 2009
Pengikut Google: 440[semasa di ulas]

Histat:
Page views per visit: 1.69

Backlink semasa:
Google: 0
Bing: 14
Yahoo: 23 [inlinks 42]

Alexa Traffic:
Global: 1,782,940
MY: 10,054

Google Pagerank: 0/10
WebRankScore: 4.66/10

Kelajuan muat turun web:
0.15 saat [purata] dengan saiz weblog 1.54kb


Ulasan:

Secara keseluruhan, paparan muka hadapan telah diperbaiki. Kalau sebelum ini, hitam menjadi warna utama, tetapi selepas diubah, rona putih menjadi warna rasmi dengan latar belakang berwarna warni menyerikan pandangan mata pembaca. Pelawat akan merasa segar dengan warna ini.

Susunan widget juga teratur, kemas dan tidak terlampau banyak. Dengan saiz paparan 1.54kb, paparan cepat dimuat turun oleh pembaca. Sususan setiap entri begitu juga perenggan di urus dengan baik dan memudahkan kelancaran pembacaan.

Perkara yang perlu diambil perhatian:
1. Iklan Nuffnang yang diletakkan di atas header, dilihat kurang sesuai. Ini sedikit mengganggu tumpuan pelawat disamping menenggelamkan header utama blog. Mungkin iklan berkenaan boleh dipindahkan di lokasi sesuai.

2. Widget "Popular Post (Still Hot)" dilihat terlalu memakan ruang. Agak besar dan paparan utama akan menjadi panjang. Lebih menarik jika ruang antara barisan tidak terlalu jauh.

3. Setiap entri dilihat agak panjang. Agak praktikal kalau setiap entri diletak fungsi "read more". Selain memendekkan ruang setiap paparan utama, ia juga membantu menaikkan klik/hits pada setiap entri.

4. Butang "Page" dilihat menarik, namun sedikit kelemahan yang perlu dibaiki, jika pelawat mengklik butang "facebook" dan "youtube", paparan weblog anda akan automatik hilang [kena tekan back untuk kembali ke weblog anda]. Ini dapat dibaiki dengan meletakkan kod "open in new page" ["target=_blank"] pada coding html di url berkenaan.

Itu saja setakat yang boleh saya katakan. Nantikan untuk weblog seterusnya. :)

*Ini hanya pendapat peribadi berdasarkan kepakaran dan pengetahuan yang ada. Harap membantu. Terpulang kepada anda dan mereka untuk mengikutinya atau tidak. Saya tetap diri saya yang hina ini. chewaah.!





Comments

Luqeem™ said…
wah thanks bro! terharu..

insyaAllah saya akan baiki.
saya pun tengah cari cari gak sapa nak ulas n review blog sy ni..

msih ada lubang2 kt blog ni..tp xtau nk baiki kt mna..

tenkiu sgt2..:D
Luqeem™ said…
salam bro. nk tnya, sy x brapa pham yg openinnewpage tu..mcm mna nk masukkan?
pyejal said…
@Luqeem™ u deserved it. utk kod tu, kalo buka pada kod html contoj youtube. kalau bias kod html dia macam ni:
<'HURUF' a> href="http://youtube.com">

tapi kalau masukkan kod 'open in new page', kod html dia jadi macam ni.
<'HURUF' a> href="http://youtube.com" "target=_blank">

so, untuk masukkan tambah kod "target=_blank" selepas url tu.

try or tanya en.google dulu. kalao tak clear juga. dtg sini semula..

all the best!

Popular Posts