Travelog: Ekspedisi Puncak Kinabalu | Part 4


- 15 Disember 2010 -

"Liat betul nak buka mata ni. Dah la sejuk. Bestnya dapat selubung sampai esok." Tangan dihulur, telefon bimbit digapai erat. Button unlock ditekan. Lampu handfon menyala, "Pukul satu dah ni. Nak sambung panjat pulak lepas ni. Aduyai", dengus aku dalam hati.
breakfast @1.30am
Tak lama lepas tu, handfon masing² melalak. "Hoi bangun, gi sambung panjat gunung sana!". haha. Satu persatu makluk pendaki ni bangkit menjelmakan diri, mempersiapkan siri untuk misi seterusnya. Masing² dengan urusan masing², yang mandi teruskan menggigil, yang tak mandi pula buat² macam dah mandi. Baju tebal disarung kemas, selempang ala² mafela bidadari dibalut di leher. Diikat kemas. Sekurang²nya sedikit menghangatkan hawa sejuk yang menikam tubuh. Sebelum turun, perut kasi isi dulu kat kafe.

----------------------------------------------
 Tak faham? baca dulu Siri 3 : Travelog: Ekspedisi Puncak Kinabalu | Part 3
----------------------------------------------
*entri ini panjang, harap masa anda lapang - walau bagaimanapun ianya berbaloi untuk pengalaman anda :) *

Tepat jam 1.50 pagi selepas makan, masing² telah siap siaga. segak bergaya bersama lampu dikepala, muka bersarung ala² ninja. Bagpack pula dibawa sekiranya perlu untuk benda² penting saja - air, baju hujan, dan ubat2 kalau ada. Kami semua berkumpul di luar beranda Laban Rata Resthouse, sedikit taklimat disampaikan porters untuk 2 kilometer [km] seterusnya. 2 km terakhir yang menentukan hidup atau mati kami semua untuk ke puncak. Selesai taklimat ringkas, sesi pemanas badan disusuli untuk menghangatkan dan melonggarkan sendi² yang telah sedia sakit petang tadi. Sebelum kaki mula melangkah, doa kami panjatkan kepada Illahi mohon semua kami dipermudahkan serta diberi keselamatan pergi dan balik sepanjang misi kami.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Al-Baqarah, ayat : 286

Selesai doa, kaki mula menapak gagah memulakan pendakian pada aras 3,272 meter ke puncak. Laluan gelap kami selusuri dengan hanya diterang cahaya led dari head light kami. Suasana sunyi sepi saat itu, hening. hanya kedengaran tapak kaki kami dan dengusan nafas manusia gila mahu menawan puncak kinabalu. haha. Sejenak beberapa minit, sorang demi seorang mula berhenti mengambil nafas, berehat. Tiada tempat rehat khusus sepanjang laluan ke puncak, tidak seperti semasa laluan sebelum Laban Rata tadi. Pada laluan ke puncak ini, hanya satu saja check point yang ada - Sayat². Inilah satu²nya pondok terakhir yang melepaskan pendaki sama ada dibenar untuk meneruskan pendakian atau sebaliknya.

[tiada gambar saat ini kerana kamera tersimpan di dalam bag, malas nak keluarkan sebab ditakuti kamera akan berkabus dan berpeluh]

Kaki terus melangkah gagah. Rehat diperlukan sekali sekala bagi kelangsungan pendakian kami. Dalam tak sedar, kami akhirnya tiba di pondok Sayat². Kelihatan ramai juga yang telah tiba di situ. Nama perlu dicatat di Sayat² ini untuk pengesahan sijil dan semakan oleh porters - mana tau sesat atau tak nak turun. Selepas menghela nafas panjang untuk berehat, aku meneruskan semula pendakian. Saat ini, masing² dengan teman masing². Aku tetap bersama isteri, yang lain aku pasti mereka juga berteman. Agak bahaya mendaki berseorangan dalam keadaan gelap gini.

Melepasi Sayat² adalah pengalaman yang baru dan mencabar bagi kami. keadaan sejuk yang melampau diikuti dengan laluan mendaki mula menguji kami. Laluan mula condong dan curam. Jika menoleh ke belakang, kelihatan hanya cahaya² lampu sahaja yang kelihatan nun jauh di bawah sana. Angin juga sekali sekala meniup kencang dan kami sebelum ini diingatkan agar berhati² tatkala angin menghembus ganas. Ditakuti sekiranya hilang imbangan badan bila mana angin bertiup kencang, pendaki boleh terjatuh dan tiada apa boleh dikata - ajal pasti jawapannya.

Alhamdulillah, sepanjang laluan seutas tali kapal [besar punya] telah disediakan sepanjang laluan. Selain membantu pendaki berpegang erat daripada sebarang kejadian, tali juga perlu sebagai panduan dan pandu arah kepada pendaki. Menurut porters, berlaku juga kejadian sebelum ini di mana, pendaki tersalah memilih puncak tertinggi dan akhirnya hilang panduan untuk turun semula akibat cuaca yang buruk - ajal pasti jawapannya.

Setelah hampir 4 jam kami menapak, akhirnya kami mula kelihatan akan beberapa puncak berbatu di atas sana. Dalam samar² gelap. Kelihatan juga lampu² suluh berkelipan milik pendaki di atas sana menuju ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu - Low's Peak. Perasan teruja semakin membara dalam diri. Kerja gila yang diusahakan selama ini tanpa disangka² semakin menjadi kenyataan. Dengan gagah, kami meneruskan langkah dengan sekali sekala berpaut pada tali kapal tatkala angin menerjah kencang . wwwwfffuuuuuuuwww - macam tu la lebih kurang bunyi dia. haha.

Dan syukur kepada Illahi yang memudahkan pendakian kami, tepat jam 5.30 pagi akhirnya kumpulan pertama dari kalangan kami - Anip, Amir dan Sharul berjaya menjejakkan kaki buat kali pertama ke puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu pada ketinggian 13,455 kaki (4,905.2 meter) dari paras laut. Ini diikuti geng² lain yang aku tidak pasti masa ketibaan diorang. Aku pula tiba jam 5.45 pagi [merujuk pada gambar pertama yang aku shot]. Selain kami, telah ada beberapa pendaki lain di situ. Ada yang berehat, ada yang bersembunyi di celahan batu kerana kesejukan, dan mungkin ada juga yang bersolat subuh. Suhu pada ketinggian 13,000 kaki itu aku fikir kira² 3-4°C saja. Agak la, sebab aku tidak pegang termometer masa tu. Yang pasti aku kesejukan yang amat sangat. Sangat² sejuk. Bak kata orang moden, sejuk giler!.

sejuk mata memandang

Masa di atas puncak, kami habiskan kira² sejam lamanya. Kami sampai agak awal, so boleh la lepak lama sikit - walaupun sejuk giler! Kenangan bersama papan tanda buruk di puncak tetap menjadi pilihan kami.  Tapi sekarang bila aku tengok semua gambar² terkini, papan tanda tu diorang dah tukar rupanya. Ni kena panjat lagi sekali nampaknya. haha. Dalam syok snap gambar tu, bila  tengok semula gambar bidikan aku, rupanya hampir 400 keping gambar aku snap kat atas sana. Woww!

Di Puncak Kinabalu jugalah kali pertama aku melihat matahari terbit dengan cukup indah sekali di ufuk Timur. Langit di atas biru, kosong tanpa awan, matahari pula memancar terang penuh keindahan, manakala awan pula kelihatan tersusun rapi kekuningan di bawah kaki kami. Saat indah tika itu cukup memukau siapa saja yang melihatnya. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah. Tatkala itu juga, gambar terbaik-ku untuk tahun 2010 terukir cantik di dalam lensa D90-ku itu. Alhamdulillah, cuaca hari itu amat menyebelahi kami. Cerah dan tenang saja.

Tepat jam 6.40 pagi, saat mentari memancar terik menerangi bumi Sabah, kami semua mula mendaki turun ke Laban Rata semula. Masa tu diambil untuk bergambar bersama² sepanjang laluan turun. Tika itu jugalah kami menyedari, laluan mendaki awal pagi tadi betul² mencabar dan curam. Ni kalau jatuh ni, naya.. Ya la, masa naik gelap, penglihatan terbatas, masa turun, nah kau, baru kau tau langit tinggi rendah. Dan memang, langit tu memang tinggi, tapi awan rendah je. Rasa macam jalan atas awan pula kami. Masa turun ni kalau tak hati² boleh juga mengundang petaka. Cuaca alhamdulillah menyebelahi kami, aku membayangkan kalau la hari hujan pasti lebih sadis. Cuba lihat video bawah ni.



Sadis tak?

Satu persatu cerun dan curam kami lalui kembali, sambil² mengimbau kembali macam mana la kitaorang boleh mendaki gelap² awal pagi tadi. Mantap la. Langkah punya langkah, lompat² sikit, ambil² gambar, dalam tak sedar jam 9.30 pagi sebahagian kami tiba dengan selamat di Laban Rata semula. Sementara menanti rakan² lain yang masih belum sampai, kami melantak dengan menu makan pagi. Perut kasi kenyang sebab lepas ni perlu terus turun ke Kinabalu Park, tak ada rehat² dah. Sambil² makan tu, kisah di puncak tadi masih menjadi topik perbualan hangat ketika makan.

Selesai packing bag dan pulang kunci di kaunter, kira² jam 9.30 pagi, kumpulan pertama mula mendaki turun ke Kinabalu Park. Kumpulan kedua menyusul kemudiannya. Yang lain ada yang baru tiba dari puncak. Lambat juga diorang gerak nanti tu. Geng yang lewat turun tak perlu tunggu, pasti saja ada porters menemani mereka bila turun nanti. Nasib porters baik hati. haha. Porters ni kalau orang tempatan biasanya di tak akan tunggu, kecualilah pendaki tu bermasalah. Aku pula mula gerak mendaki ke bawah bersama orang rumah la apa lagi. haha.

Langkah demi langkah, daripada pukul 11 ke pukul 12. Dari pukul 12 sampailah pukul 2 petang, kami melangkah turun dan terus turun. Pemandangan sekeliling masih lagi mengujakan mata kami. Kabus mula menyelubungi laluan trek, dan hawa terasa semakin sejuk. Dengan tiba² hujan renyai² turun membasahi kami. Plastik lutsinar digelar baju hujan segera disarung mengelak baju daripada lencun kebasahan. Aku bawa kamera pulak tu - jangan lemau sudah kamera ni. Langkah terus diatur dalam kebasahan dan sampai satu ketika, lutut aku tercabut! Ya skru dia tercicir aku rasa. Kaki aku rasa tidak berpijak di bumi nyata. Rasa macam beruk makye berjalan sambil tangan bertepuk² di atas kepala. Sungguh kengkang gayanya. Langkah kami menjadi perlahan. Sakit sangat. Rasa nak nagis pun ada. Addduuuhhhhhhh.. Tolong panggil ambulans!

Laluan becak terus digagahi, gaya langkah tetap kengkang menahan sakit akibat skru tercabut. Masa rehat semakin panjang diambil bagi membetulkan semula lutut. Perit sungguh. Haba panas memakai baju plastik semakin terasa. Tak lama lepas tu, buka terus baju hujan. Rimas! Kesabaran-ku dan daya tahan benar² teruji saat ini. Tuhan saja yang tahu! Daripada 2 km kepada 1 km kemudian 0.5km. Tak lama lepas tu, Pintu Timpohon mula kelihatan Yeah! - Alhamdulillah, syukur sangat². Nak menagis pula tiba². haha

Tiba di Pintu Timpohon, tiada sorang pun kelihatan sebab diorang dah sampai kira² jam 3 petang. Aku pula sampai jam 3.40 petang. Mana nak nampak batang hidung. Yang lain dah sampai di Kinabalu Park, aku  berdua di Timpohon Gate dan ada 3 orang lagi di belakang aku. Ntah apa cerita diorang kat belakang ni. Tak lama lepas tu aku naik van shuttle terus ke Kinabalu Park. Yang lain dah siap salin baju cantik. Aku masih lagi comot gara² kehujanan dan becak, bini aku pun sama - haha padam muka aku.

Mereka yang 3 orang  di belakang tu, diorang sampai agak lewat juga kira² jam 5 petang. Masing² dah 'patah kaki' dan aku tak dapat nak kata apa², membantu apa yang patut. Setengah jam mereka bersiap dan yang lain menyumbat bag dalam van yang baru tiba. Tepat 5.45 petang, kami cabut terus ke Kota Kinabalu  (KK) untuk ke hotel penginapan. Suasana sepanjang perjalanan amat berkabus sebab hujan masa tu. Aku sekali sekala melayan driver. Yang lain dah mula senyap. Tak lama lepas tu, aku pun senyap juga. Tidur.

Kami tiba di hotel kira² jam 8 malam. Gelap dah sekitar KK dan lampu² neon berkelipan sekitar Bandar KK. Tiba di hotel penginapan, ada pula masalahnya. Kata aku tak booking pula. Angin aku. Nak aje aku sekolahkan pekerja hotel tu. Nasib baik geng² lain membantu. Perbincangan dibuat, persetujuan dicapai. Dapat juga penginapan di situ, Gila kalau tak ada, mana nak menginap kalau semua hotel dah penuh!. Dalam gaya jalan yang masih kengkang, kami angkut satu persatu bag ke bilik sebab hotel tu tak ada lif. Bagero betul. Sabar je la. Selesai bersiap dengan baju cantik, dengan bantuan Riza, Iffa kami hantar terus ke Terminal 2 untuk penerbangan pulang ke  LCCT, KL malam tu juga. Gaya jalan beliau juga kengkang. haha.


Selesai hantar Iffa, Riza, aku dan Yna meronda mencari kedai makan [aku lupa nama tempat tu]. Mereka yang lain di hotel pun dah keluar cari makanan. Masing² aku pasti dah kebulur dan masing² juga aku percaya jalan dengan kengkang. haha. Aku teringat kata² porters, untuk mengelak urat kaki kejang dan kengkang selama²nya, kaki perlu disiram dengan air panas dalam beberapa lama, untuk mengurangkan ketegangan urat kaki. Tips penting  tu. Selesai makan, mata pun dah ngantuk, jam 9.30 kami balik dan sampai di hotel semua dah tidur kepenatan.  Thanks to Riza untuk dinner malam tu. Aku pun dah penat, perlu rehat. Esok perlu betulkan kaki yang kengkang ini dan shopping time!. Geng, kita dah cipta sejarah hari ini! SYABAS!! :). Selamat malam.

Esok saja ya.:)

Dan tahniah, anda telah mencipta sejarah untuk sampai ke perenggan ini. Nantikan episod akhir untuk bahagian 5. Ada lagi....:)

[bersambung...]


Baca Part 5 di sini >>

Comments

Ujie said…
Bestnya!! Keinginan ada, tapi dah lama pencen naik gunung ni..takde stamina dah.
CikNyz said…
jam berapa sampai kat sayap2 cheak point.....indahnya kenangn time nak menuju puncak dari resthome tue kan.... nasib baik ada member yg bagi semangat kat sy lau tak..mmg tak smpai la..sbb 100 meter nk smpai puncak...dada rase mcm nk pecah...sesak nafas dibuantya....smpai terkeluar air mata sbb x tahan sakit..huhuhuhuh
CikNa Nye Blog said…
uitt pyejal.. ko check balik tarikh yang ko letak kat entry kat atas tu.. tarikh tu belum sampai ag tu 15 Disember 2010 da.. bukan 2011. Tapi best r. Tingin gak nak joint. Insya Allah
Nava.K said…
An amazing trip although I have not and don't know whether will want to try this.
pyejal said…
@Taufan Bin Ribut memang best, try la panjat itu gunung, sure rasa nak pegi lagi..
pyejal said…
@Ujie kalau ada kemahuan, pasti berjaya. kitaorg yang xde training pun sampai akhirnya..:)
pyejal said…
@CikNyz 1st group sampai sebelum pukul lima kot. saya pun tak ingat jam berapa. pukul 5 lebih kurang la, sbb 5.40 mmg dh nak sampai puncak..:)

tahnniah dah sampai, mesti rasa nak pergi lagi..haha.kerja gile
pyejal said…
@CikNa Nye Blog tunggu next episod, aku crita camne nak plan panjat gunug tu..:)
pyejal said…
@Nava.K why not you try? its once in a life time! at least there's somethin u can tell a story with ur kid!:)
CikNyz said…
mmg kerja gila n cari penat mendaki Gunung Kinabalu ni....tapi mmg nak naik lagi bln 4 thun dpn dari mesilau pulak.....
pyejal said…
@CikNyz wah berhantu tul, kalau daah daki mesti nak gi lagi.ramai macam tu.w/pn keje gile.:)
CikNyz said…
heheheheheh...masa turun ke kaki gunung tue..masing2 ckap dah tak nak lagi sbb penat ..tapi keesokkan harinya...semua plan nak mendaki lagi hjg thun n thun dpn...ish2..
pyejal said…
@CikNyz fuyooo..hujung tahun ni dgn tahun depan tu..suspek la..:)

Popular Posts