Keputusan: Pengikut ke-100 Ditemui!


nota: entri ini diterbitkan semula, entri lama kehilangan punca untuk diedit semula [tak boleh edit].

Kalau anda mengikuti perkembangan blog ini dari awal, pasti anda ingat saya pernah membuat tawaran giving away pertama berbentuk promosi weblog yang ke-100 itu secara intensif selama 2 minggu untuk setiap entri yang saya terbitkan. Atau bisa saja korang baca entri "Kontes: Mencari Yang Ke-100" ini. Dan semalam pengikut weblog pyejal ini secara rasminya telah mencecah 101 orang untuk pertama kalinya. Siapakah yang bertuah menjadi yang ke seratus itu?

Pemenang yang bertuah untuk pengikut ke 100 weblog ini jatuh kepadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa [drum berbunyi rancak!]

blog: pkride,!! yang dikendalikan oleh Azizan Zolkipli. Syabas!



Ada yang bertanya, "kenapa 101, walhal pengikut ke 100 ada?".  Aku jawap, saya sendiri tersenarai sebagai pengikut weblog ini, jadi lebih adil memilih yang ke-101 selepas ditolak profil aku sendiri. Dan untuk itu, seperti yang dijanjikan, weblog beliau akan dipromosikan di sini selama 2 minggu dari saat beliau diisytiharkan menjadi pengikut terpilih. Setiap entri yang diterbitkan di sini akan disertakan dengan weblog pkride bagi tujuan promosi. Glamer seketika kawan tu. Jadi jika tidak keberatan, sudilah apa kiranya menerima award daripada weblog pyejal ini. TAHNIAH!


Tak kenal maka tak cinta, jadi mari berkenalan sikit dengan weblog ini. Blog yang dimiliki Azizan Zolkipli ini banyak menceritakan tentang dunia basikal. Makan basikal, tidur basikal, seharian dengan basikal. haha. Kalau anda meminati apa² yang berkaitan basikal - tayar, pedal, karya, ruji dan sebagainya, disarankan untuk anda menjengah ke weblog Azizan ini. Banyak juga aktiviti berbasikal yang boleh disertai. Lumba basikal, konvoi dan juga rempit secara berbasikal boleh diketahui di weblog pkrider itu. Selamat berkunjung.!

nota: entri ini diterbitkan semula, entri lama kehilangan punca untuk diedit semula [tak boleh edit].

pyejal: merindui zaman² berbasikal ke sekolah dulu²...


Comments

Popular Posts