Panduan Ringkas Pengiraan Zakat: Zakat Pendapatan


Minggu lepas aku berpeluang mendengar satu ceramah yang sangat baik tentang Isra' Mikraj. Baik yang aku maksudkan, pengkisahannya dijuruskan tentang perjalanan Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam secara terperinci untuk setiap peristiwa yang diperlihatkan kepada Baginda. Insya-Allah akan aku rangkumkan kisah perjalanan Baginda satu masa nanti. Namun Isra' Mikraj bukanlan tajuk entri ini. Aku lebih nak cerita pasal zakat. Perkara wajib yang semakin dianggap enteng.



Aku mendapat satu phemplet masa hadir ceramah yang aku pergi tu, jadi untuk sama² mengingatkan sidang pembaca semua suka aku  kongsikan panduan ringkas ini. Ya la, masing² sekarang nak kejar income tinggi setiap bulan, gaji bulanan, hasil blogging, dan macam² lagi sumber yang diperolehi. Pendapatan nak jutaan ringgit, tapi kalau tak kelaurkan zakat, mana nak berkat, kan? Kesannya, memang tak akan cukup duit yang kau dapat walaupun 1 juta.

"Gaji dan pendapatan wajib dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat²nya"
- Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.


Syarat² Wajib Zakat Pendapatan:
- Beragama Islam.
- Merdeka [bukan hamba]
- Harta yang sempurna milik [harta milik sendiri sepenuhnya]
- Cukup nisab 
- Cukup haul bekerja [tempoh bekerja]

Maksud pendapatan adalah bayaran yang dibuat sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu, termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa² pekerjaan dan perkhidmatan profesional. Hasil sewa, hasil pendapatan dari pertanian, elaun kerja lebih masa, komisyen juga termasuk dalam maksud pendapatan. 

Kenapa pendapatan juga dikenakan zakat? Difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 267, maksudnya:
"... Wahai orang² yang beriman, belanjakanlah [pada jalan Allah] sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik² dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya [lalu kamu dermakan atau kami jadikan pemberian zakat] padahal kamu sendiri tidak akan mengambil yang buruk itu [kalau diberi kepada kamu] kecuali dengan memejamkan mata padanya, sesungguhnya Allah Maha Terkaya lagi Maha Terpuji."

Firman-Nya lagi:
"Dan pada harta² mereka [ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi] hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri [daripada meminta²]."
- Surah Az Zaariyat: 19

Dan lagi Firman Allah:
"Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."
- At-Taubah, ayat 103

Ini dikuatkan lagi dengan hadith Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, saat Baginda mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, maksudnya;
"Beritahulah kamu kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan dari sebahagian harta² merek untuk disedekahkan. Diambil daripada orang kaya di kalangan mereka untuk diberikan kepada yang fakir di kalangan mereka."

------
"Tidak akan jatuh miskin mereka yang menderma dan mengeluarkan zakat daripada sebahagian harta yang dimiliki" - Itulah janji Allah terhadap hamba-Nya.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang akan dikenakan zakap pendapatan selagi belum mencukupi syarat²nya. salah satunya adalah kadar nisabnya. Kadar nisab yang diwajibkan adalah jumlah pendapatan tahunan melebihi nilaian semasa 85gram emas. Atau kata lain, zakat hanya perlu dikeluarkan sekiranya pendapatan tahunan seseorang itu melebihi nilaian 85 gram emas pada harga semasa. Jadi kalau belum mencukupi nilai tersebut, makanya belum wajib zakat la. Pun begitu, syarat yang wajib dikeluarkan zakat adalah hanya 1/40 atau 2.5% daripada hasil pendapatan yang sempurna milik sahaja [selepas daripada penolakan yang dibenarkan].

Kaedah Pengiraan.
1. Bayaran 2.5% atas pendapatan kasar setahun [tanpa tolakan].
Contoh:
Gaji setahun                           : RM 30,000.00
Elaun                                     : RM 4,000.00
Bonus                                    : RM 3,000.00
JUMLAH                            : RM 37,000.00

Pengiraan Zakat                    : RM 37,000.00 x 2.5% = RM 925.00
Bayaran bulanan                    : RM 925.00/12 bulan = RM77.08

2. Kaedah pendapatan bersih [dengan tolakan]
Penolakan dibuat daripada jumlah pendapatan kasar setahun berdasarkan kepada penolakan yang dibenarkan. Kalaulah selepas penolakan tu, jumlah pendapatan masih mencukupi atau melebihi nisab, makanya bakinya perlu didarabkan dengan 2.5% = jumlah yang perlu dizakatkan.

Penolakan yang dibenarkan
a - Saraan hidup yang diperlukan [nilai setahun dan dibenarkan penolakan]
i. Sara diri - RM 9000.00
ii. Isteri - RM 3000.00 x bilangan isteri
iii. Anak - RM 1000 x bilangan anak
iv. Mereka di bawah tanggunggan ibu bapa.
b - Perubatan
c - Pendidikan


Contoh pengiraan [dengan penolakan]
Pendapatan Azam adalah RM 3000.00 sebulan. Dia menyara seorang isteri dan 3 orang anak yang masih bersekolah. salah seorang anaknya mengidap penyakit yang memerlukan rawatan tetap setiap bulan.

Kaedah pengiraan:
Pendapatan setahun                                     : RM36,000.00

Penolakan yang dibenarkan:
i. Saraan diri                                                : RM 9,000.00
ii. Isteri                                                        : RM 3,000.00
iii. Anak RM1000 x3                                   : RM3,000.00
iv. Saraan ibu dan bapa [RM200x12bulan]   : RM 2,400.00
v. Pendidikan 3 orang anak                          : RM1,200.00
vi. Perubatan anak [RM200x12bulan]          : RM2,400.00
Jumlah Perbelanjaan [penolakan]                 : RM 21,000.00

Pendapatan bersih [dikenakan zakat]           : Pendapatan - Perbelanjaan
                                                                   : RM 36,000.00 - RM 21,000.00
                                                                   : RM 15,000.00

Jumlah zakat [tahun semasa]                       : RM15,000.00 x 2.5%
                                                                  : RM 375.00
Bayaran bulanan [RM 400/12]                    : RM 31.25 [RM400 - digenapkan]




sumber: 
Majlis Agama Islam Johor [www.maij.gov.my]

Comments

zureen said…
terima kasi sbb berkongsi info ini.. hehe nice! :)
hamzah ian said…
terima kasih berkongsi
pyejal said…
@zureen dapat gaji kumpul sikit2 wat bayar zakat...

Popular Posts