Saya Menang "Aku Sayang Dia".


Pasti anda yang mengikuti entri aku sebelum ini pernah terbaca tentang kontes "Aku Sayang Dia" yang aku sertai yang dikuasakan oleh honeyamour2 dengan tajaan hazmanfadzil. Dah ingat² lupa sebenarnya dengan contest ni. Mungkin sebab dah lama sangat kot. Bila tengok balik senarai penyertaan untuk contest ni, rasa macam tak berapa nak berpeluang la nak menang [tapi dalam hati, syok sendiri dengan gambar entri sendiri. haha]. Kebanyakan entri lain juga sangat hebat dengan slogan diorang yang agak power. Tapi tu la, rezeki.

Yang sebenarnya, aku pun tak tahu keputusan contest ni semalam. Malam tadi dalam mood nak tidur, ronda² blog jiran kejap, lepas tu tiba² terjebak dengan weblog honeymour2 bila nampak keputusan contest ni dah dikeluarkan. 

Dengan sabar aku skrol ke bawah, dan...

 Entri-ku telah diumumkan sebagai PEMENANG KE-TIGA!!




Alhamdulillah, tak disangka, selepas menang hadiah daripada Yun Nam Hair Care 2 hari lepas, muncul hadiah seterusnya. suka, suka, suka,..haha. Nak menang Kereta Toyota pula la lepas ni. Ada yang sudi?

Sekali lagi, terima kasih honeyamour2 dan hazmanfadzil. Lain kali buat lagi. haha. Dilupa tidak, tahniah untuk pemenang tempat pertama Nisajijah dan tempat kedua - Nanamrul untuk kontes ini. Syabas! Anda hebat.


pyejal: kena open table dengan yang teristimewa ni. :)


--------------------------
Layari weblog pkride untuk aktiviti berbasikal yang mencabar kaki 
dan peha anda! [pengikut ke-100 blog ini]
--------------------------

Comments

Popular Posts