Kertas Dinding Twitter Baru


Hari ni aku dah merajinkan diri merekacipta satu kertas dinding [wallpaper] untuk akaun Twitter-ku. Agak best juga hasil rekaan tu sebab aku rasa menusuk terus maksud dan gambar yang terpampang pada kertas dinding tu. Kadang² satu gambar akan memberi 1001 maksud tersirat disebaliknya. Mari aku tampalkan di dinding weblog pyejal ini;



Anda akan bertanya, kenapa "forgive others"? Ya, tema itu aku rasakan sesuai untuk masa ini memandangkan semakin susah orang nak memaafkan orang lain. Berdendam, hasad dengki, perang sana sini, bomoh orang lain, dan yang seangkatan dengannya. Sedangkan Nabi Muhammad pun maafkan umatnya yang berbillion² orang, inikan pula kita manusia kerdil yang baru ada konflik dengan sorang dua manusia je. Tu pun kecoh la. Hati busuk.

Kalau la semua orang dapat memaafkan orang lain setiap hari sebelum tidur setiap hari, dunia pasti akan jadi suatu tempat yang indah dan menakjubkan untuk didiami manusia dan seluruh makhluk lain. Dengan itu, aku nak mengajak semua orang untuk menyampaikan hasrat ini. Beritahulah mereka semua,

"MAAFKAN ORANG LAIN SETIAP HARI. PASTI HIDUP KITA AKAN MENJADI LEBIH BERMAKNA."

anda bebas menggunakan kertas dinding berkenaan sesuka hati asalkan mengekalkan rekaciptanya. dan jangan lupa, I follow ya! : )


Comments

Yna said…
cantek. nak jugekkk...
^baju kurung^ said…
great!
tp xpandai wat
bru nk blja bkak phtoshop, hu2
pyejal said…
@Yna is borang ye kalau mau orde..:))
pyejal said…
@^baju kurung^ simple je tu. wording buat sendiri..yg gambar tu cari la dgn bantuan en.google..:). cept isi borang untuk order.

Popular Posts