Oh Minggu² Sebelum Puasa...
Semalam aku baru je balik dari Kuala Lumpur. Lepas 3 hari menginap kat sana, dan selesaikan urusan pejabat di UTM International Campus, kepala mula memikirkan tentang assignment untuk kelas minggu ni. Nasib baik minggu ni minggu terakhir kelas, jadi redha je la dengan ketentuan. Rasa sekejap je semester pendek aku di UTM Johor ni. Semester depan pula menanti tiba beberapa minggu je lagi. Hati perlu cekal ke kelas selepas ini. Wahai hati, bersabarlah ye. hmmm.
Sabtu dan Ahad gi kuliah, kepala dah tune untuk mendengar segala macam perbentangan oleh rakan sekelas. Semuanya isu² global. layann~. Pada kebiasaan kuliah habis pada pukul 2 petang hari ahad, kemudian aku perlu terus bersiap dan packing bag untuk ke Senai Airport. Aku punya penerbangan ke Kota Kinabalu petang 24 Julai nanti. Di Sabah, aku berkampung di sana 4 hari lebih kurang. Perlu menghadiri bengkel di Novotel, Kota Kinabalu. Berhoye² di Novotel selama 4 hari, 27 Julai aku balik. Tak ada masa nak meronggeng dan berhoye² di luar rasanya.
"Riza! jom tengok tarian sumpit kat Monsopiad Cultural Village. Tak pun gi snorkling kat Manukan." Menarik kalau orang rumah berada di sisi, detik-ku dalam hati.
Khamis dan Jumaat masuk office semula, selesaikan apa yang patut, dan Jumaat malam aku perlu berangkat ke Terengganu. Hirup pula angin pantai Timur untuk beberapa jam. Petang atau malam Sabtu aku akan kembali semula ke Johor sebagai pilot. Ahad pula perlu servay jalan ke Tebrau. Tengok² jalan ke 'tempat kerja' baru sang isteri. Jangan sesat nak gi kerja first day dah la. Selamat bertugas di tempat baru!. Dan Isnin tu juga, insya-Allah bermulanya umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan bagi jajahan Malaysia. Oh! minggu² sebelum puasa.
pyejal: Tahun lepas aku juga ke Sabah beberapa hari sebelum puasa. Apakah??
--------------------------
Layari weblog pkride untuk aktiviti berbasikal yang mencabar kaki
dan peha anda! [pengikut ke-100 blog ini]
--------------------------
Comments
Btw, saya pun nak ke sabah till 27jul ni. Saje meronda. Tp mansopiad tu takde dlm list la sbb byrn mahal (bg saya).