Google Plus Saya Activated
Sekian lama Facebook bermaharajalela, kini Facebook bertemu lawannya - Google+ Vs. Facebook -
Apa itu Google+?
Google+ ni adalah produk baru daripada Google untuk menjadikan mereka relevan bagi keperluan sosial. Atau kata lain, G+ ni adalah salah satu produk sosial network sekeluarga dengan Facebook, Friendster, Myspace dan lain² yang anda tahu. Beberapa minggu lalu, aku cuba untuk daftar sebagai user tapi tak berjaya. Lepas korek punya korek, baru la aku tahu G+ ni buat masa ni hanya dibuka berdasarkan jemputan rakan. Maksudnya, untuk daftar G+ ni kena ada orang lain jemput [pengguna G+] baru la anda boleh daftar sebagai pengguna. Kalau tak, sama ada anda cari mereka yang dah jadi user atau, anda tunggu saja Google+ dibuka kepada awam. Yang pasti juga, anda perlu ada akaun Google untuk menggunakan ini. Satu dominasi nampaknya di situ.
Fungsi menarik G+ [secara ringkas]
1. Circles: Aplikasi dalam G+ bagi kumpulan rakan anda yang digrupkan mengikut topik: Rakan, Keluarga, Rakan Kolej, sebilik, dan sebagainya. Dari halaman Bulatan anda, topik yang hendak dikonsi menjadi lebih mudah berbanding di Facebook. Tahap kelas rakan anda juga lebih mudah diurus dan disemak.
2. Hangouts: Aplikasi borak yang mudah dan cepat. Facebook tiada aplikasi ni. [tapi saya tak pernah cuba lagi]. Sedang berkira² untuk buat mesyuarat menggunakan aplikasi ini. Boleh tak?
3. Sparks: Aplikasi ini seperti Google Reader yang mana memudahkan anda memilih, menyimpan senarai dan berkongsi kandungan [video, web, dll] atau apa² saja yang anda minati untuk diri sendiri atau orang lain. Sparks page menyediakan semua pautan² yang anda suka itu.
4. Huddles: Aplikasi yang membenarkan anda bermesej dalam linkungan Bulatan [Circles] anda. Aplikasi ini lebih untuk kegunaan mobile dengan disokong aplikasi Android. Lepas ni, korang boleh saja bermesej dengan siapa saja [dalam lingkungan Circles] secara percuma. - Jatuh la sales telco nanti.
Teruja? Asyik buka Facebook je hari², bosan juga kan. Mesti hati mula membara untuk sertai, betul tak? G+ saya sudah activated. Cepat, saya menunggu anda!
--------------------------
Layari weblog pkride untuk aktiviti berbasikal yang mencabar kaki
dan peha anda! [pengikut ke-100 blog ini]
--------------------------
Comments
put me on ur circle! :)