Maharaja Lawak Akhir lwn Dato' Fadzilah Kamsah

Hujung minggu baru ni, aku berpeluang mengikuti kursus motivasi anjuran bahagian pembangunan staf di pejabat aku. Kursus selama 3 hari ni berlangsung dari 24-26 Jun 2011 di Kem Excel Training Resort, Lenggeng N. Sembilan. Apa yang menariknya tentang kem yang aku pergi ni, SATU - salah seorang penceramahnya adalah Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan KEDUA - tarikh yang aku pergi tu [24 Jun] adalah siaran Akhir Maharaja Lawak 2011 di Astro! Agak dukacita la sebab kat rumah aku boleh tengok live. Tapi bila memikirkan pejabat punya pasal, dan Dato Fadzilah Kamsah [maaf Dato'], aku gagahi juga ke Excel Training Resort tu. Tapi hati tetap redha. 

gambar hiasan
Aku bertolak ke Lenggeng pada 24hb Jun lepas bersama rakan2 staf yang lain. Kami bertolak jam 9 pagi dan tiba pada jam 2.30 petang [lewat sikit sebab sesat]. Tiba di sana, makan tengahari terus sesi pertama bermula jam 3 petang. Memang kena pantas la, al maklum la, Dato Fadzilah Kamsah yang akan bagi ceramah petang tu. Tepat jam 3.15 petang, sesi ceramah bermula. Dari saat itu sehingga la jam 7 petang, kami semua sangat² teruja dengan penyampaian beliau. Sepanjang 4 jam ceramah beliau berlangsung, kami tidak pernah lekang dengan gelak ketawa dan aku merasakan kami semua perlu undi Dato Fadzilah Kamsah untuk Maharaja Lawak. Aku rasa ceramah beliau, lebih berinformasi dan lebih lawak daripada aku tonton Jozan dan Sepah. haha. Tapi dalam lawak pun ada juga input yang disampaikan.


Korang bayangkan la, petang² Jumaat, lepas tu naik bas sampai sesat², logik akal pasti semua dah 'terangguk² faham' [ketiduran] bila ceramah, tapi sepanjang Dato Fadzilah Kamsah berceramah, memang tiada sorang pun tidur. Aku pelik?! Yang pasti, ceramah 4 jam tu best dan tak ada sorang pun yang terlebih paham. Hebat! Selesai slot yang pertama petang tu, semua tak melepaskan peluang bergambar dengan beliau. Al maklum la, 'artis'. haha. Cumanya, satu soalan yang aku lupa nak tanya pada beliau. Rasa rugi pula tak tanya. Soalannya...
"Apakah perasaan Dato' bila melihat Johan mengajuk Dato' dalam lawaknya?"
*Agak2 la, apa jawapan Dato Fadzilah Kamsah ni ye? haha. Sebab dalam seramah ada juga beliau ni cerita pasal ML, tapi tak cerita pula beliau marah ke, kecil hati ke..

Prof Hanim @ Halim Mohd Tahir
Pada sebelah malam pula, satu slot ceramah lagi diadakan. Kali ini disampaikan oleh Prof Mohd Hanim @ Halim Mohd Tahir, yang merupakan salah seorang Pengurus di Excel Training, dengan tajuk berkisar tentang membentuk organisasi hebat. Sesi ceramah beliau juga menarik dan HEBAT! Aku rasa sia² sapa yang tengok ML malam tu. Rasa macam nak mintak Astro Warna tayangkan ceramah malam tu live je. Mesti korang akan undi "ML<jarak>Hanim" ke 32668. haha. ML semua boleh tengok kat Youtube, tapi ceramah tu kalau tak rakam rugi beb. Siap ada tips untuk dapatkan anak lelaki atau perempuan tu! [So sapa² yang agak² berminat nak dapatkan tips² mendapatkan anak lelaki [kalau dah ada anak perempuan] atau nak  dapat anak perempuan [kalau dah ada anak lelaki], boleh la komen atau emel kepada saya. Saya sedia membantu memberikan tips² itu :)]. Sesi beliau berlangsung selama 2 jam dan banyak input yang kami dapat termasuklah tips mendapatkan anak lelaki atau perempuan. haha. Seronok beb.

Keesokkannya [26 Jun], slot program kami bertajuk aktiviti 'luar pintu'. Pagi ini kami akan banjat Bukit Broga! yeah! Aku sungguh bersukaria mendengar pengisian slot pagi tu. Al maklum la, umum sedia maklum, Bukit Broga semakin dikenali selepas persinggahan secara sengaja Datuk Sheikh Muszaffar Shukor  ke Bukit Broga untuk foto shoot pre-wedding beliau. Aku juga berimpian untuk menjejakkan kaki ke sana. Pemandangan di atas tu cantik² belaka. Semangat aku berkobar² la. Tapi angan² tinggal angan²,  selang beberapa jam, aku dapat tahu kami bukan ke puncak sana, tapi hanya ke satu kawasan air terjun sahaja di sekitar Bukit Broga. Pasrah rasa hati ini. cheewah!.

Walaupun tidak dapat jejakkan kaki ke sana, aku bersyukur juga dapat melalui kawasan denai yang hebat sepanjang ke puncak air terjun sana. Pemandangan sekitarnya cukup memukau sapa saja yang ada di situ. Rasa nak mandi je kalau tengok. Cuma dalam keindahan air terjun tu, aku mengalamai nasib malang - cermin mataku hilang, hanyut di bawa arus air sungai itu. Tiada rezeki nampaknya. Pasti ada 'mereka' di sana yang berkenan dengan spek mataku itu. smart sangat kot. haha. Maka pulang la aku ke bilik penginapan dalam pemandangan blur. Masa tu la terfikir, nak join ke tak aktiviti outdoor petang nanti.

Sampai di bilik, beg aku capai, nasib baik aku bawa kanta lekap [terpaksa juga pakai walaupun lens tu dah lama - sangat bahaya sebenarnya. jangan tiru aksi aku ini. Amaran!]. Petang tu, aku join juga aktiviti l'uar pintu', masuk kolam, panjat dinding, main kayak, masuk terowong, tiup sumpit, lompat tali, isi² air dan main gayut². Best aktiviti dia, rasa macam main kat kampung² je. haha. Aktiviti tamat jam 5.30, aku terus mandi sebab perut dah lapar. Yang lain sibuk berendam dalam kolam. Lepaskan gian.

Malam 7.45, selesai solat Magrib, kami makan malam BBQ. Ikan bakar, sambal udang, kambing golek, dan jagung susu menjadi menu santapan kami [nasi ambik sikit je, yang lain lauk]. Selesai bersantap, pukul 9 malam adalah slot seterusnya untuk kami. Sesi disampaikan oleh En. Abdul Rahman  [penceramah baru] yang lebih menceritakan tentang aktiviti pada sebelah pagi dan petang tadi. Tayangan gambar sepanjang aktiviti turut ditembak ke layar putih. Hampir sejam kami tonton wayang dalam gelap, disambut dengan hilai ketawa peserta² lain. Berdekah melihat telatah aksi kawan² lain. Slot berakhir jam 11 malam. Badan letih², penat berkayak tak habis lagi. Sebelum tidur, 'gayut' dulu dengan orang yang dirundui walaupun coverage nyawa² ikan je area situ.

Hari terakhir 27 Jun, hari yang paling dinanti²kan sebab nak balik. Slot ceramah pagi disampaikan oleh Saudara Ebit Ibrahim Lew, seorang mualaf yang tiada langsung sleng cina dalam pertuturannya. Ceramah disampaikan beliau lebih menjurus kepada tindakan yang perlu untuk pembentukan diri dan organisasi yang mantap!. Ceramah beliau juga tidak kurang hebatnya dan percakapan beliau berjalan sekitar sejam lebih saja sebelum majlis penutup mengambil tempat. Selesai majlis penutup, sesi bergambar beramai² tidak ketinggalan mengisi ruang masa yang ada. 

Keseluruhan pada aku, kursus di Kem Excel Training ni HEBAT! Kalau korang ada anak² yang nak diajar, sesuai dihantarkan ke sini [tolong promo]. Kem Excel Training ni kerap juga buat kem pelajar tiap² cuti sekolah ni. Jadi rajin²kan menyemak dengan mereka. Best, memang best. So, untuk tindakan aku selepas ni, aku akan cuba kongsikan dengan anda beberapa info yang aku kutip kat sini untuk panduan, rujukan dan amalan bersama. Cuma tips yang nak anak lelaki atau perempuan tu je yang kalau nak, sila mesej atau komen ya. haha. Sekian saja, wassalam.


"sebelum tidur, sama² la maaf-memaafkan mereka di sekeliling kita, dan berdoalah agar mereka juga memaafkan kesalahan yang kita lakukan kepada mereka. Barulah kita menjadi insan cemerlang!"



Comments

mmg best klu g motivasi dato fazilah kamsah..mmg xbosan lah..
Nizam Ijam said…
oooo..mcm tu ker :)


jom isi nizam ijam dalam bloglist :)
” Sepah minta maaf, isu Maharaja Lawak”
pyejal said…
@cpahniza sebelum ni tak minat sgt pun nk dgr ceramah dia.lepas jumpa dia je ni..haha :)
pyejal said…
@Nizam Ijam macam tu la ceritanya, sediah tak? [tiba2]..haha

Popular Posts