Harimau Malaya Mengaum di Bukit Jalil | Kelayakan Piala Dunia 2011

jersi Harimau Malaya
Hari penentuan akhirnya tiba juga. Selepas pertemuan penuh dramatik pada pusingan pertama di Singapura, pasukan bola sepak Malaysia - Harimau Malaya tumpas 3-5 kepada pasukan Singa, Singapura. Dengan bekalan 2 gol ditempat sendiri, pasti pasukan Singapura dalam kedudukan selesa untuk menghadapi Malaysia untuk pusingan kedua pada 28 Julai di Stadium Bukit Jalil. Namun begitu, aku dengar, Jurulatih Singapura - Radojko Avramovic, tidak akan mengganggap kelebihan 2 gol di tempat sendiri itu, sebagai satu kelebihan untuk melangkah ke peringkat seterusnya bagi ke Piala dunia 2012. Beliau menambah, Singapura juga akan berusaha untuk mengekalkan  kemenangan di Bukit Jalil nanti.


Pasti perlawanan pusngan ke-2 ini lebih menarik bagi kedua² pasukan - Malaysia lawan Singapura!. Dengan tiket bagi penyokong Malaysia sebanyak 85,000 habis dijual, pasti saja tempat duduk di stadium Bukit Jalil diwarnai dengan jersi kuning dan biru. Menurut sumber para penyokong yang berada diluar dewan masih mengharapkan tiket tambahan di saat² akhir sebelum perlawanan berlangsung. Aku pasti, ada saja insan² terpilih yang menyarung jersi Harimau Malaya ke tempat kerja hari ini. Korang memang terbaik! Mesti bos pun tak kata apa².

Nampaknya, era kegemilangan bola sepak tanah air kian membara seperti zaman era Mokhtar Dahari dulu. Syabas pasukan bola sepak Malaysia, teruskan semangat anda!Begitu juga Rajagopal, tahniah atas kepimpinan anda.

Malam ini, Kesebelasan utama pilihan aku adalah
Penjaga gawang: Khairul Fahmi
Pertahanan: Aidil, Fadhli, Asrar, Mahali
Tengah: Amar, Gurusamy, Kunanlan, Amirulhadi
Penyerang: Safee Sali, Hadi


Pasukan Malaysia - Harimau Malaya

Malaysia mampu melakar kejayaan denan hanya kemenangan 2 gol 0 ke atas Singapura malam ini. Namun dengan kejayaan menjaring 3 gol di tempat lawan, pasti Harimau Malaysa mampu meraih gol yang lebih besar malam ini. Teruskan sokongan anda dan pastikan jersi anda disterika halus malam ini!


Aku doakan keputusan Malaysia - Singapura malam ini adalah 4 - 1! Pasti saja Malaysia layak kepusingan kelayakan Piala dunia seterusnya. Amiin!!


--------------------------
Layari weblog pkride untuk aktiviti berbasikal yang mencabar kaki 
dan peha anda! [pengikut ke-100 blog ini]
--------------------------

Comments

Nak jersi HARIMAU MALAYA tak?
Go to this link http://cebagoomarket.blogspot.com/2011/11/tanah-tumpahnya-darah-ku.html

Popular Posts