Petua Hilangkan Sedu


Kerap kali bila kita lepas makan atau minum air, masalah sedu selalu saja menghantui kita. Sedu kadang² dijadikan bahan gelak, tak kurang pula sedu boleh menyebabkan mati. Sedu terjadi bila mana terdapat angin dalam badan yang tidak dapat keluar menerusi rongga hidung atau mulut. Akibatnya, terjadilah sedu.

Macam mana nak hilangkan sedu ni.?

sumber: youtube
Banyak cara sebenarnya, namun menonggeng bukanlah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Antara kaedah utama yang disarankan adalah:
1. Minum air secara perlahan dan tidak gelojoh.
2. Makan juga secara berhemah, dan tidak gelojoh. Pastikan mengunyah makanan sebanyak 40 kali hingga betul² hancur atau mudah untuk ditelan, agar makanan mudah dihadam.   Ini lebih kepada pencegahan awal daripada terkena sedu.

3. Jika tersedu, minum air dan telan air perlahan² sehingga hilang sedu.

dan kaedah paling mujarab tapi agak sukar dibuat [sebab tanpa bantuan air] adalah :

4. Tarik nafas dalam², kemudian tahan. Kembangkan dada anda seolah² udara di dalam paru² anda berputar di setiap rongga. Seterusya, secara perlahan², lepaskan udara yang anda tahan tadi secara perlahan² dan sedikit² menerusi hidung. Lakukan sehingga udara dikeluarkan dan ulangi sehingga berjaya.

Tiada rasa sedu lagi..:)

Share:

13 Komen