Petua Hilangkan Sedu


Kerap kali bila kita lepas makan atau minum air, masalah sedu selalu saja menghantui kita. Sedu kadang² dijadikan bahan gelak, tak kurang pula sedu boleh menyebabkan mati. Sedu terjadi bila mana terdapat angin dalam badan yang tidak dapat keluar menerusi rongga hidung atau mulut. Akibatnya, terjadilah sedu.

Macam mana nak hilangkan sedu ni.?

sumber: youtube
Banyak cara sebenarnya, namun menonggeng bukanlah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Antara kaedah utama yang disarankan adalah:
1. Minum air secara perlahan dan tidak gelojoh.
2. Makan juga secara berhemah, dan tidak gelojoh. Pastikan mengunyah makanan sebanyak 40 kali hingga betul² hancur atau mudah untuk ditelan, agar makanan mudah dihadam.   Ini lebih kepada pencegahan awal daripada terkena sedu.

3. Jika tersedu, minum air dan telan air perlahan² sehingga hilang sedu.

dan kaedah paling mujarab tapi agak sukar dibuat [sebab tanpa bantuan air] adalah :

4. Tarik nafas dalam², kemudian tahan. Kembangkan dada anda seolah² udara di dalam paru² anda berputar di setiap rongga. Seterusya, secara perlahan², lepaskan udara yang anda tahan tadi secara perlahan² dan sedikit² menerusi hidung. Lakukan sehingga udara dikeluarkan dan ulangi sehingga berjaya.

Tiada rasa sedu lagi..:)

Comments

honey amour said…
info berguna ni...:)
Manisan.Hidup said…
thx 4 da info~ :)
cik fadh said…
sy pengidap sedu tegar . haha bile sedu mengeluarkan bunyi yg sgt kuat lagi2 bile mulut terbukak . sedangkan kalo tutup pown owg da pasan . ni kan mulut terbukak . salu guna kekdah no.4 tu tp mmg take time jugak baru ilang sedu tu . cian !
Unknown said…
terkejut pun blh hilangkan sedu...
pyejal said…
@cik fadh tak sangka ada org akan guna konsep sama mcm saya guna..:)
pyejal said…
@diana serius? hmmm. tak pernah dgr..haha
dwatyKNY said…
cara saya hilangkan sedu plak lagi pelik... saya minta member@adik beradik... terkejutkan saya... tapi saya mestila tak tahu... kalu tahu bukan terkejut namanya... bila dah terkejut tu...confirm hilang sedu...

amaran.. jagan lakukan pada mereka yang melatah 2 sakit jantung... nanti lain plak yang jadi... hehehehe
Anonymous said…
wahhhh keno sedu nak dekat 24 jam sudahhhhh huhuhuhuhuhuhuhu
pyejal said…
@Anonymous minum air banyak2 lepas tu tido...
Anonymous said…
Thanks bro Pyejal!!! No.4 memg betul2 berkesan!
Anonymous said…
sambil dik baca post ttg nk hilang sedu ni...sy pn try la buat mcm yg diberitahu....tarik nafas dlm2..ilang terus sedu.....
Anonymous said…
berguna+berkesan sy dah x sendu lagi,
Alhamdulillah

Popular Posts