Kisah Musim Buah²an di Kampung [durian] | Bhg 1


Anda ada kampung? Kalau ada bagus, tapi kalau tak ada, anda sedikit malang. Pasti saja anda tiada peluang mandi parit, panjat pokok, juga main permainan kampungan yang lain. Best ada kampung. Aku juga bangga menjadi anak kampung - sebagai penoreh getah. Tak pening jalan sesak nak gi kerja. haha. Di kampung juga tempat tumbuhnya pohon² buah yang sentiasa menggamit dan dicemburui masyarakat bandar. 



Minggu lepas, bersama yang tersayang, aku pulang ke kampung menunaikan tanggungjawab melawat orang tua di Batu Pahat sana. Pada masa sama pohon² durian dan manggis sudah tersedia menghidangkan kenakan rasa masing² kepada kami sekeluarga. Bila mana musim buah tiba, ramai saja kaum kerabat yang rajin balik kampung. Kerap pula tu. Setiap hujung minggu pasti saja ada yang nak booking durian awal². Tak ketinggalan yang booking nak pungut durian awal pagi.

Nasib baik la aku bukan pemakan tegar raja buah ni. Ada aku bedal, tak ada tunggu la musim tahun depan. Dikampung, ada kira² 8 batang pokok durian yang berbuah di sekeliling rumah. Kalau sebelum ni hampir 14 batang pokok juga yang berbuah semuanya. Tapi biasa la, dalam semua yang berbuah, tak semua buahnya elok. Buah yang 'beton' [biji lagi besar dari isi] pun ada juga. Jadi mana buah yang tak elok, kasi tebang, tanam pokok baru. Setidak²nya tempoh dia membesar digunakan semaksimum mungkin.

Aku pasti korang rasa pelik, "banyaknya pokok durian? Keliling rumah pulak tu". Sebab tu aku kata duduk kampung best, tanah lagi luas dari duk bandar. Ada ruang tanam je. Tapi bila aku cerita pasal tanam pokok durian ni, dialog sama pasti keluar...
Pakcik Ali [bukan nama sebenar]: Wah, banyaknya durian. Durian kat rumah ke ni?
Aku: Ha'ah pakcik, durian kat rumah tu. Ada la sikit². Ni mak bagi buat² bubur ke, tempoyak ke.
Pakcik Ali: Terima kasih banyak la. Buat susah² je.
Aku: Rezekinya ada, ada la tu pakcik. Durian kat rumah tak berbuah pakcik?
Pakcik Ali: Dulu ada 2 pokok, tapi pakcik dah tebang. Buah dia tak elok.
Aku: Tak tanam baru?
Pakcik Ali: Kalau pakcik tanam pun bukan pakcik dapat rasa. Umur pakcik pun dah berapa peijal ooii.
Aku: Erk!? [aku tak setuju, detik hati kecil-ku].
Kebanyakan orang silap tentang ini. Kenapa tidak ditanam saja pokok durian tu? Umum maklum, pokok durian perlu bertahun untuk berbuah. Itu hakikat! Tapi apa salahnya berjasa pada tanah, pasti ada untungnya. Walaupun kita tanam pokok tu dan kita tahu kita tak berpeluang merasa hasilnya, kenapa tidak fikir anak², cucu², cicit² kita? Mereka pasti merasa buah durian tu. - bukan durian je, pokok buah²an lain juga.

Itu pun amal jariah juga kan?. Dapat pahala. Walaupun kita tak berpeluang merasa buah²an tu, tapi bila cucu cicit kita dapat makan, ganjaran dia lebih bermakna kepada kita yang 'dah mati tu'. Saat ini aku bersyukur pada Illahi, dengan kerajinan orang tua dan nenek moyang-ku yang dengan jasa dan usaha mereka menanam pokok² durian ni, aku dapat menikmati buah durian secara percuma sebanyak satu kereta sorong setiap hari![tiap² musim durian]. Dan sekali sekala menikmati sarapan pagi dengan menu durian! apakah? Harapnya nenek moyang ku sentiasa mendapat Rahmah-Nya sentiasa. Amiin.

Bila dah ada buah durian ni, segala menu harian pasti saja bertajuk - durian. Menu biasa selain dimakan begitu saja, tentu sekali bubur kacang durian. Kemudian, tempoyak [tapi aku tak makan], jem durian [kitorang panggil 'serawa'] dan juga air durian!. Durian boleh buat air? 8 dari 10 orang pasti terkejut bila dengar durian boleh buat air. Boleh la! apa yang tak boleh? air lobak pun korang boleh order kat kedai, inikan pula durian. Senang je nak buat, ambil isi dia, cincang² kasi halus, masukkan gula sikit, tambah air, dan wal-lah! Kalau tak habis, masuk peti sejuk, jadikan aiskrim - lagi mabeles!

Okay cukup, aku tahu korang dah tak sabar nak cari durian untuk dibuat air. Silakan. Pastikan nanti datang semula untuk bahagian 2 ya. Bawa air durian sekali untuk saya! :)

--------------------------
Layari weblog pkride untuk aktiviti berbasikal yang mencabar! [pengikut ke-100]
--------------------------

Comments

Nizam Ijam said…
cara penulisan yang baik..tahniah :)


” Nizam Ijam Dot Com”
Unknown said…
alhamdulilah dekt pontian nie pon durian melambak..ayah siap jual durian lg dekt kedai ayah,, tapi kalo bab makan durian ayie sikit jer makn sebb nty pening mkn bnyk2..
pyejal said…
@Nizam Ijam TQ nizam, biasa² je.

p/s:TQ pada cikgu Maimunah (Cikgu BM)..haha
pyejal said…
@cucu umie buat air,nnt tak pening sangat..:)
Nurul Hilmiyah said…
okey...mia nk kasi tips sikit, cuba mkn pulut durian + santan/susu + gula merah hehehe mabelesss =))
'sedap hingga menjilat pinggan'
dwatyKNY said…
baru je makan semalam....
AnakPakZohar said…
dhugiannn,..dhugiannn.. hehehe.. dah pelbagaikan durian.. sebab terlampau banyak.. huhu.. buat gula durian,. bubur durian. tempoyak, jem durian. air durian jek belum terpikir nak buat.. hahhaha
pyejal said…
@Miaainis tak manis ke tu? bahaya, muda² gini kena jaga kesihatan..:)
pyejal said…
@yad'z see, tak ramai tau durian boleh buat air. menu baru untuk durian tahun ini. :)

Popular Posts