Kenapa Sambung Belajar?


Hari ini sabtu dan aku ada kelas. Seperti yang aku ceritakan, perjalanan-ku untuk hari² menjelang Ramadhan ni agak padat. Tapi untuk hari ni dapat juga aku publish barang satu entri memandangkan kumpulan-ku telah selesai perbentangan tentang isu global. Sambil² dengar grup lain membebel kat depan, ada baik aku share something tentang menyambung belajar ni. Tak ramai orang nak sambung belajar dengan alasan - cukup la, penat la, famili la, - alasan boleh dicari.

Tapi persoalannya, kenapa nak sambung belajar?




Kalau melihat kepada sistem pendidikan kat Malaysia ni, budak² sekolah sekarang ni seperti dah macam robot. Serupalah orang yang bekerja sehari² - macam aku. Pagi² dah keluar rumah, masuk office, petang balik, malam ada di rumah bersama keluarga, dan esok ulang semula aktiviti tipikal itu. Bosan. Serupa juga dengan sistem pendidikan. Lepas SPM atau STPM semua orang berpusu² nak masuk Universiti. Sambung diploma atau ijazah dan yang tak bernasib baik ambil sijil saja. Yang amat tak bernasib baik, cari la kerja kat pekan atau di bandar. Adakah itu konsep yang betul?

Tiada jawapan betul atau salah sebenarnya. Itu bergantung kepada individu itu sendiri untuk meneruskan hidup ini, tiada lain untuk menjadi cemerlang dalam perjalanan hidup. Contoh terbaik yang semua orang tahu adalah Datuk Siti Nurhaliza. Beliau kini bergelar jutawan sudah. Tak perlu masuk universiti untuk berjaya. Tapi tak semua orang boleh berjaya seperti beliau itu. Walaupun dah berjaya, beliau tetap berhasrat menggengam segulung ijazah - lantaran mendapat tawaran daripada Universiti Teknologi Mara untuk menyambung pengajian. Kenapa Datuk Siti sambung belajar? Sebab itu kekurangan yang beliau ingin isi. - jawapan pertama.

Bagi aku sendiri pun, tak ada alasan kukuh sebenarnya untuk sambung belajar. Tapi sebab² aku menyambung pengajian walaupun telah punya segenggam ijazah mugkin kerana keperluan kerjaya aku masa depan. Ye la sekarang ni semakin ramai manusia punya ijazah. Kalau dulu diploma pun dah memadai, sekarang sarjana pun mula melambak². Jadi aku pun tak nak la ketinggalan. Apa pun bergantung pada niat masing² dan hala tuju hidup. - jawapan kedua.

Belajar sambil bekerja ni pun banyak baik dan buruknya. Baiknya, lepas tamat pengajian, pastinya tahap kelulusan pendidikan meningkat, bertambah kenalan, juga bertambah ilmu di dada.  Peluang  mendapatkan pekerjaan yang lebih baik juga lebih terbuka. Namun, kekurangannya,  urusan masa agak terhad, masa bersama keluarga juga minimun, fokus minda agak kecelaruan dengan komitmen kerja dan juga assignment sentiasa menghantui fikiran. 

Ada saja rakan² yang kata bestnya dapat sambung belajar. Tapi mereka akan kata masa menjadi kekangan. Pada pendapat aku, kalau betul niat tu nak sambung belajar, rancang sebaik mungkin, hal keluarga, anak, masa berehat dan juga masa bekerja, semua perlu diambil perhatian. Duit rasanya bukanlah perkara utama, anda sudah bekerja bukan? dan kalau niat tu memang kuat dan anda yakin dengan pengurusan masa anda, aku sarankan teruskan niat baik anda tu. Kalau ditangguh pasti anda tetap ditakuk lama. Hanya berimpian saja la.

Walaupun entri ini ringkas, aku harap anda dapat sedikit idea dalam diri - nak sambung belajar atau tidak. Setidaknya, anda tidak menyesal dengan keputusan anda itu. Peluang belajar diperingkat tinggi bukannya  selalu, usia kita pun bukan semakin muda, jadi rebut peluang yang ada. Keputusan tetap di tangan anda, tidak pada saya.

SEMOGA BERJAYA! :)



--------------------------
Layari weblog pkride untuk aktiviti berbasikal yang mencabar kaki 
dan peha anda! [pengikut ke-100 blog ini]
--------------------------

Comments

rose mohamed said…
masih dlm dilema..bukan kekangan pada masa dan kemudahan..semua tu pasti boleh diaturkan..masalahnya kewangan..memandangkn dh ada komitment bulanan kena bayar keta..umah sewa..payahnye..tapi nak sngat smbung blajar ni..cmne nk mudahkan
pyejal said…
@rose mohamed fikirkan semula keperluan sambung belajar tu. untuk kepuasan, keinginan atau perlu untuk kenaikan ke jawatan/gaji. kalo sekadar keinginan, utamakan yang perlu dulu.

meminjan untuk peringkt sarjana tak perlu rasanya, sama ada guna kwsp atau mungkin boleh dapatkan tajaan. semoga berjaya dlm apa jua bidang :)
suhaila said…
Betul..sambung belajar mesti ada kekuatan..pastinya kita perlukan sokongan dan dorongan insan terdekat...niatkan dihati..belajar kerana Allah...dan manafaatkan ilmu utk org ramai..pahala mengalir insyaAllah..

Popular Posts