Google Plus Saya Activated



Sekian lama Facebook bermaharajalela, kini Facebook bertemu lawannya - Google+ Vs. Facebook -

Topik hangat sepanjang 2-3 minggu ni di alam maya kalau anda perasan adalah tentang Google Plus (Google+). Borak hangat yang banyak terpampang di dada² skrin komputer dalam tempoh tu juga adalah tentang penyertaan Mark Zuckerberg dalam Google+ walhal  Google+ pesaing Facebook dan yang kedua, penyertaan sebanyak 30juta pengguna dalam tempoh hanya beberapa minggu je. Tapi kenapa dan apa bestnya  Google+ ni?


Apa itu Google+
Google+ ni adalah produk baru daripada Google untuk menjadikan mereka relevan bagi keperluan sosial. Atau kata lain, G+ ni adalah salah satu produk sosial network sekeluarga dengan Facebook, Friendster, Myspace dan lain² yang anda tahu. Beberapa minggu lalu, aku cuba untuk daftar sebagai user tapi tak berjaya. Lepas korek punya korek, baru la aku tahu G+ ni buat masa ni hanya dibuka berdasarkan jemputan rakan. Maksudnya, untuk daftar G+ ni kena ada orang lain  jemput [pengguna G+] baru la anda boleh daftar sebagai pengguna. Kalau tak, sama ada anda cari mereka yang dah jadi user atau, anda tunggu saja  Google+ dibuka kepada awam. Yang pasti juga, anda perlu ada akaun Google untuk menggunakan ini. Satu dominasi nampaknya di situ.

Fungsi menarik G+ [secara ringkas]
1. Circles:  Aplikasi dalam G+ bagi kumpulan rakan anda yang digrupkan mengikut topik: Rakan, Keluarga, Rakan Kolej, sebilik, dan sebagainya. Dari halaman Bulatan anda, topik yang hendak dikonsi menjadi lebih mudah berbanding di Facebook. Tahap kelas rakan anda juga lebih mudah diurus dan disemak.

2. Hangouts: Aplikasi borak yang mudah dan cepat. Facebook tiada aplikasi ni. [tapi saya tak pernah cuba lagi]. Sedang berkira² untuk buat mesyuarat menggunakan aplikasi ini. Boleh tak?

3. Sparks: Aplikasi ini seperti Google Reader yang mana memudahkan anda memilih, menyimpan senarai dan berkongsi kandungan [video, web, dll] atau apa² saja yang anda minati untuk diri sendiri atau orang lain. Sparks page menyediakan semua pautan² yang anda suka itu.

4. Huddles: Aplikasi yang membenarkan anda bermesej dalam linkungan Bulatan [Circles] anda. Aplikasi ini lebih untuk kegunaan mobile dengan disokong aplikasi Android. Lepas ni, korang boleh saja bermesej dengan siapa saja [dalam lingkungan Circles] secara percuma. - Jatuh la sales telco nanti.

Sedikit previu untuk Google+

Teruja? Asyik buka Facebook je hari², bosan juga kan. Mesti hati mula membara untuk sertai, betul tak? G+ saya sudah activated. Cepat, saya menunggu anda!



--------------------------
Layari weblog pkride untuk aktiviti berbasikal yang mencabar kaki 
dan peha anda! [pengikut ke-100 blog ini]
--------------------------

Comments

Azizan Zolkipli said…
hey, terima kasih Peyjal ada link pula ke laman berbasikal saya. Pakcik pun mau register itu Google Plus jugalah ...
tapi kan.... google + nie tak ramai awek yang join....keh3x...
pyejal said…
@Azizan Zolkipli G+ boleh daftar atas jemputan rakan. G+ tak benarkan daftar terus buat masa sekarang ni. nak join bg emel, saya invite. :)
pyejal said…
@hazman aka species1980 setakat nak usha aweks, kat shoping mall pun ramai..haha
Ken Wooi said…
i got google+ but no friends on it, so not using :P
pyejal said…
@ken it doesn't matter, at least we among the pioneer..
put me on ur circle! :)

Popular Posts