Bila Jari Menipu Untuk Churp²


build a trust | foto: ehowcdn.com
Bila pertama kali aku mengaktifkan diri sebagai penulis blog sekitar 2008 dulu, dunia blog sangat hebat dengan variasi, kreativiti dan gaya penulisan blog yang aku rasa superb. Masing² dengan gaya penulisan dan reka letak widget yang bagai rupa. Aku? sekadar anak kecil yang baru belajar untuk bertatih di dunia, dengan kemahuan try and error pada semua aplikasi dan fungsi yang ada dan hanya membaca dan memerhati blogger²  tegar saat itu. Disamping mencuba, niat dihati juga ingin menyertai dunia blog yang agak unik selepas alam friendster dan myspace bermaharajalela di kala itu. Niat aku masa tu pun suka² je.



Dunia blog sekarang aku lihat agak berbeza dengan ketara. Kebanyakan insan blogger mula menconteng blog seawal zaman tingkatan² lagi. Ramai yang aku lihat masih lagi bersekolah dah pun ada blog sendiri, tak kurang pula yang sanggup beli domain sendiri, hanya untuk berblog. Tujuan? Oh, itu mereka punya jawapan sendiri. 

Pasti anda akan bertanya,"dah tu, apa yang kau pedulikan?"
Aku membalas, "aku peduli bila mereka ini menipu dalam emel dan pautan yang mereka ini cipta. Nak cari duit cari la cara betul beb. Insyallah berkat. Kalau niat dah tak betul, tak akan cukup duit yang kau dapat tu la."
Kau akan tanya balik, [dengan gaya nasir bilal khan]. "aku tak faham la pyejal, apa maksud kau ni haa?"
Aku pula jawab dengan gaya sengal ubi, "kau tau kan, iklan churp² bersepah sekarang, dengan churp² race la, gravine la, bla bla.. Kau nak orang klik link kau, tapi biar la bagi tau link tu betul². Ini bagi tau link lain, tapi bila klik, link pergi ke page lain, apa kes? Dan minta maaf kalau emel kau aku dumb dalam spam. haha. Padam muka kau."

Hati kau pasti panas lalu berkata, "Wah brutalnya kau bro". Selamba aku jawab," aku peduli apa. Macam aku, aku tahu satu² link tu ke mana sebab aku guna 'serigalaberapi'. Kalau orang lain yang guna chrome,mesti diorang tak tau, mau tertipu dengan link kau tu. Menipu dosa la. Tak pergi sekolah ke? Nak orang klik, bagitau la betul², aku pun faham kau nak cari side income". 

Kau pula akan jawab dengan nada sengal, "ye la ye la, aku janji tak buat lagi. Aku menyesal dengan perbuatan aku. terima kasih pyejal". Aku, sambil mengusap kepala kau, lalu berkata, "bagus, anak yang baik".

link cerita lain, tapi kalau klik, link ke churp².
Dan maaf, emel seumpama ini terus aku letak elok² dalam folder spam. Dan kata² nasihat ku hamburkan  kepada mereka ini, agar mereka ini sedar. Mari sama² kita perbaiki integriti masing². Kepada yang empunya emel tu, maaf la ye. Selamat hari raya, maaf zahir & batin.

Sekian, terima kasih. :)


--------------------------
Layari weblog pkride untuk aktiviti berbasikal yang mencabar kaki 
dan peha anda! [pengikut ke-100 blog ini]
--------------------------

Comments

Luqeem™ said…
tension gak klu ade yg buat mcm ni..
kna brhati hti gak la check yg link tu direct ke mana
pyejal said…
@blogger teknik pun teknik juga. menipu tetap menipu. sekian..:)
pyejal said…
@Luqeem™ jgn tension², hidup ni kena ceria sokmo!..haha
Azah said…
kalau dulu2, jumpa mat2 salleh je yg menipu mcm ni. x pela, dorg kafirkan. x kisah sgt dosa menipu. skrg ni, blogger melayu merlambak je yg buat mcm ni, newbies terutamanya. x tau la kot dorg pun x kisah makan duit hasil menipu. kita doa biar dorang dapat hidayah je la.
titan said…
em..aku ada cara tersendiri. Tak perlu guna cara yang menyusahkan diri sendiri.
pyejal said…
@Azahtolong aminkan..
pyejal said…
@titan cane tu? meh cepat cite (*sambil duduk bersila-sedia nk dengar)..hehe
Hilda said…
I love the photography "trust"

Popular Posts