Travelog: Ekspedisi Puncak Kinabalu | Part 2


- 13 Disember 2010 | Sabah -
Sekitar jam 1300, semua geng seramai 17 orang telah pun berlegar² sekitar Lapangan Terbang Antarabanagsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal 2, membuat hal masing². 2 jam sebelum itu, aku bersama 2 orang lagi geng daripada LCCT, KL telah pun sampai di Kota Kinabalu. Sementara menunggu geng² lain dari Senai, Johor sampai, kami sempat menjamu selera di satu food court ___________ - ya, aku lupa namanya. haha. Aku biarkan saja rakan-ku , Riza yang dah bermastautin di KK ni membawa kami ke tempat istimewa dengan pelbagai gerai tersedia hingga pening kami memilihnya. Mana taknya menu Sabah yang terpapar di setiap gerai agak sedap² juga. Tapi satu benda mata kami fokus - LOGO HALAL.


----------------------------------------------
 Tak paham? baca dulu Siri 1 : Photo of the year 2010! : Kinabalu Summit by pyejal [part 1]

----------------------------------------------
*entri ini panjang, harap masa anda lapang - walau bagaimanapun ianya berbaloi untuk masa anda :) *


Setelah membuat percaturan, akhirnya, ini lah menu hidangan kami.

Menu Sabah



Selesai makan, kami berempat kembali semula ke KK Airport bertemu dengan geng² lain yang baru tiba. Aku tahu, masing² kelaparan sebab diorang bertolak dari Senai seawal jam 8 pagi. Nasib baik ada KFC kat Airport tu, sempat juga diorang mengisi perut sementara menanti seorang lagi bekas rakan sekuliah-ku Rohaizan [orang Sabah - status: tunangan orang] datang bersama tunangnya.

Kira² jam 2 petang, 'bas mini' yang aku bayangkan sebagai bas rupa²nya  adalah van tiba menjemput kami untuk ke destinasi seterusnya - Kinabalu Park, Kundasang. Segala macam bagasi kami sumbat dalam 2 'bas mini' berkenaan. Sendat macam sadin. Kami semua 17 orang bergerak dan Riza aku tinggalkan sebab dia ada temu janji katanya. haha. Dalam pertengahan perjalanan, kami sempat singgah di satu supermarket (masih di KK) untuk membeli stok tambahan seperti air mineral, coklat, dan yang seangkatan dengannya termasuk la berus gigi,  takkan nak pinjam kan? Dan jangan pelik kami beli air mineral awal² sebab harga air mineral sesampainya di Kinabalu Park nanti adalah +/-RM4. Duit kena saving sikit beb, sebab nanti nak shopping lagi.




Perjalanan diteruskan ke Kinabalu Park, Kundasang dalam perasaan teruja dan bangga dalam diri masing². Mana taknya, ada yang pertama kali sampai di bumi KK, tak kurang pula yang pertama kali naik kapal terbang, lepas tu ada hati pula nak panjat Gunung Kinabalu. Inilah dinamakan "kerja gila". haha. Dalam keadaan hujan renyai², sejuk dan diiringi awan mendung kami mengelamun melayan perasaan masing². Gelak ketawa disahut silih berganti dengan kisah dan pengalaman masing² dikongsi sepanjang perjalanan. Kamera video terpasang, kamera handset juga tidak ketinggalan merakam sebahagian keseronokan kami. - Lihat!, puncak gunung kinabalu muncul nun jauh di sana, samar² diliputi kabus tebal. Terpana kami melihatnya sambil hati terdetik, itukah gunung yang akan kami tawan? Diri sendiri mula bersoal "apa aku cuba buat sebenarnya? haha.

Perjalanan yang mengambil masa kira² 2 jam tu dirasakan sekejap memandangkan kami sentiasa disaji dengan pemandangan yang memukau mata disamping hawa sejuk yang membuat kami terasa nak terkucil..oppss! Kami tiba di Kinabalu Park, Kundasang kira² jam 4.30 petang. Untuk masuk ke taman berkenaan, caj RM3 dikenakan seorang. Aku antara 'kepala' yang berurusan dengan pihak Taman Kinabalu, terus ke kaunter pendaftaran untuk pengesahan kehadiran kami. Geng² lain sibuk klik sana, klik sini, cuci mata, ronda² kawasan sekeliling. Hawa saat itu agak berkabus dan sejuk, langit pula semakin gelap. Nasib baik aku pernah ke sana akhir 2007 lepas. Jadi tak kisah sangat la tak dapat nak meronda².



Untuk mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu, ada 2 jalan disediakan. Satu melalui Pintu Timpohon, dan laluan ke-2 melalui Mesilau Trail. Laluan Timpohon adalah laluan biasa dan jarak laluan Timpohon ke Laban Rata adalah kira² 6 kilometer (km). Manakala laluan Mesilau Trail ke Laban Rata adalah kira² 7 km. Rancangan asal kami adalah untuk melalui Mesilau Trail dan turun melalui Pintu Timpohon kerana dikatakan laluannya agak menarik dengan pemandangannya yang indah - ada air terjun!.Itu diakui sendiri oleh seorang Porters (pemandu gunung; mountain guide) yang sedang menguruskan pendaftaran kami. Maaf aku lupa nama Porters itu. Semasa proses pendaftaran (pengeluaran pas kebenaran mendaki), Porters tadi menemuramah aku dan 3 orang geng lain yang bersama² aku saat itu.

Dalam sleng Sabah, Porters itu bertanya, "betul ka kamu orang mahu naik ikut Mesilau sana?"
aku menjawab, "Betul. Masa booking sebelum ni pun saya sudah confirmkan dengan Kinabalu Park bhaa. Kami naik lalu Mesilau, turun lalu Timpohon".
Porters bertanya lagi, "Antara semua dalam kumpulan ni, berapa orang yang pernah mendaki sini?"
Aku memandang Radzi lalu menjawab, "2 orang. Seorang dah pernah sampai ke puncak yang lagi sorang tu sampai Sayat² je".
Porters membalas, "Wah! 2 orang saja. Yang lain first time la?", Aku mengganguk mengiyakan porters berkenaan.
Porters menambah, "Saya bukan apa, sekarang ni cuaca tak berapa bagus. Setiap petang hujan. Laluan di sana teruk. Kalau waktu kering memang ikut Mesilau cantik, tapi dalam keadaan sekarang, susah saya mahu cakap. Kalau kamu mahu tahu, saya hari ni pun baru keluar gunung bawa keluar orang malam tadi. 8 orang tak boleh nak teruskan. Kalau sudah malam susah nak jalan. Agak susah masa hujan begini. Untuk hari ni pun termasuk grup kamu ada 50 lebih yang akan naik ikut Mesilau esok. Kamu fikir semula bagaimana."
"Errr..", Aku tak mampu menjawab dan sedikit terkejut.



Aku mula serba salah, terdetik dalam hati, "nak kena tukar plan la ke macam ni? Ahh, macam mana? hostel pula kat Mesilau sana". Aku mula berkira² untuk plan B. Plan B, mana ada plan B? Aku sendiri tak menjangka hal ini berlaku. Dalam geng 17 orang ni, hanya sorang je yang pernah sampai ke puncak - Radzi. Mazlina yang sorang tu pun sampai Sayat² je. Selebihnya 15 orang lagi termasuk aku, dah la tak pernah mendaki, training pun tak cukup mantap. Aku sendiri akui, diorang tak cukup fit!. Lepas tu nak lalu pulak Mesilau yang aku bayangkan laluannya bertanah merah dan penuh becak. Mesti bergumpal kasut² diorang ni. Kata putus perlu disegerakan sebab 'bas mini' masih menunggu dengan beg masih di dalam. Jam kini sudah pukul 5 petang, keputusan perlu pantas sebab hari semakin gelap.

Aku nekad mengambil keputusan bersama Ben10 dan Radzi, mesyuarat tergempar perlu diadakan. Semua aku kumpulkan dan perincian krisis yang berlaku, aku jelaskan penuh semangat, ala² pemidato menyampaikan hujahnya!

Aku bersuara, "So, macam mana geng?".
Beberapa orang bersuara, "Kitorang ok je kalau nak tukar plan, sebab lagi pun ini first time kita daki kan. Jangan ambil risiko. Yang penting semua selamat pergi dan balik. Tapi penginapan kita kat Mesilau kan?"
Aku membalas, "Yup". Lalu aku menyambung, "Kalau macam tu, malam ni kita bermalam di Mesilau, esok awal² kita kena ke sini semula. Naik lalu Timpohon, turun pun lalu Timpohon". Aku melihat wajah rakan² lain, mereka seakan bersetuju. "Ok, settle, aku akan adjust semula laluan kita. Korang lepak dulu. Inform driver, kita terus ke Mesilau petang ni", aku menyambung. Kemudian Ben, Radzi, aku dan Shahrul bergegas ke kaunter semula memberikan kata putus sambil request untuk mendapatkan porters yang baik dan best. Yang lain sambung mencuci mata, sambil hujan mulai turun membasahi bumi.

Alhamdulillah semua berjalan baik, plan B berjaya dirancang. Malam tu kami bermalam di Mesilau Nature Resort, esoknya seawal jam 7.00 pagi, kami akan dijemput dari Mesilau untuk kembali semula ke Kinabalu Park. Mula mendaki dari Timpohon dan kemudian turun melalui jalan yang sama. Selesai semua urusan, kami terus bergeas ke Mesilau kerana suasana mulai gelap dan kami takut terlepas steamboat, untuk dinner kami!

Perjalanan ke Mesilau dari Kinabalu Park mengambil masa 40 minit dan kami terpaksa menambah sedikit tambang sewaan 'bas mini' sebab laluan ke Mesilau tiada dalam perjanjian. Tiba di Mesilau Nature Park, aku terus mendaftar masuk, mengambil kunci hostel dan segera ke Bishop Head 1, tempat di mana kami semua akan menginap. Hujan ketika itu agak lebat juga dan masing² terketar kesejukan. Beg dipikul, barisan disusun, kami bergerak serentak memasuki Bishop Head 1 dalam kedaan semakin gelap. Kami agak terkejut mulanya, ingatkan hostel kami berasingan lelaki dan perempuan, rupa²nya kami duduk di hostel yang sama. Setelah masuk, di dalam Bishop Head tu ada lagi 4 bilik berasingan. Cukup untuk memuatkan kami 17 orang.



Jam ditangan menunjukkan 7 malam. Sungguh pantas masa berlalu. 8.00 malam nanti steamboat akan sedia terhidang di Restoran Mesilau Resort dan kami perlu berjalan ke sana meredah hujan renyai. Dalam menunggu saat berkenaan, kami  membuat hal masing², mengemas bag, ambil port katil yang sesuai dan sempat juga mencuba pakaian dan peralatan mendaki. Masing² dalam keseronokan. Puas berangan, tepat 7.45 malam kami segera bersiap untuk turun bersama ke restoran. Ya kami lapar!

Kami menapak ke restoran yang jaraknya kira² 300 meter daripada Bishop Head, suasana sejuk, sambil kami dibasahi hujan renyai pada malam itu. Dinner dalam kesejukan. Nasib baik steamboat akan menghangatkan kami semula selepas ini. Sampai di restoran kami mengambil tempat yang telah disediakan  khas untuk kami. Hidangan sudah tersedia di meja sambil menadah tangan, doa makan kami panjatkan memohon keberkatan Illahi. Apa lagi, makan la....haha.



Keadaan di restoran malam tu agak happening juga kerana bukan kami saja saat itu, ada 3 grup lain bersama² kami menikmati steamboat malam itu. Ada kira² 60 orang kesemuanya termasuk kami dan yang pasti mereka akan mendaki ke puncak melalui Mesilau, tapi tidak kami. Selesai merebus dan melahap binatang² laut, telur dan sebagainya, sesi bergambar tetap mengambil tempat di kala itu. 

Kami pulang ke hostel kira² jam 9 malam dalam keadaan yang tak berapa nak kenyang sebenarnya. Nasib baik stok makanan masih ada masa beli petang tadi. Setibanya di hostel, kami berkumpul bersama untuk sesi ta'ruf dan penerangan bagi perjalanan esok dan seterusnya. Beni selaku Ketua Projek mula bersuara, "Assalamualaikum, selamat malam semua. Sebelum kita berehat memerah keringat untuk mendaki esok, kita kenal² dulu antara kita dan kemudian  saya akan jelaskan tentang perjalanan untuk esok".

Beni terus memperkenalkan diri, pekerjaan, dan status terkini. Seterusnya diikuti Ruzaini (Awang), Syahrul (kemudiannya digelaran porters), Aspi (tunangan Rohaizan), Madradzi (Razi), Amyrudin (Amir), Idwan (Wawan), Mazlina (Ina), Hanif (Anip), Amirudin (Amir), Farizal (Ejal), Faizal (Pyejal), Mazlina (Lyna - bini gua), Wan Hafifah (Iffa), Nurliyana (Yana), Siti Hadrina (Siti) dan akhir sekali Rohaizan (Ezan).

Selesai memperkenalkan diri dalam suasana ceria dan happenning, kami masuk ke agenda seterusnya iaitu penerangan untuk pendakian esok. Setiap perincian aku terangkan setakat termampu, dibantu Razi yang lebih berpengalaman mendaki sebelum ini. Laluan mendaki, barang keperluan, tempat menginap dan lain², semua dibentangkan dikala itu. Dari raut wajah semua, masing² jelas menunjukkan semangat untuk sampai ke puncak. Aku yakin mereka mampu! Tepat jam 11 malam kami berkemas, siapkan apa yang patut dan kami lena dibuai mimpi indah di puncak Kinabalu. 6.00 pagi esok kami perlu bangkit, bersiap siaga untuk ke Kinabalu Park semula. Sarapan juga disediakan di sini esok. yeah!

Di hadapan hostel, Bishop Head 1, Mesilau.

Mampukah kami 17 orang menawan puncak Gunung Kinabalu tanggal 14 Disember esok? Nantikan episod seterusnya.


[bersambung]


Terima kasih untuk masa anda. [maaf mengambil masa anda membaca travelog / novellablog ini]

Sila tinggalkan ulasan anda :)

Comments

nidurima said…
ulasan yang menakjubkan...x sngka blh ingt lg ap porter kt counter tu ckp..nt bgtau skit sape 1st pgang signboard summit peak..hahha
olen said…
meleleh air liur baca entri ni..
pyejal said…
@amier aku agak2 je la. part sapa yg pegang signbord dulu tunggu next episode..hahah
pyejal said…
@zureen ala2 novel gitu..haha.baca sampai abes.mesti best.
YNA said…
haha suke3!especially bab makan steamboat tu.meleleh.cepat sambung next episod :)
Juliet_iRa~" said…
wah bestnya..:)
mcm sedap je makanan2 tu smua..:)
Anonymous said…
panjangnyerrrrrr entry kali ni...xpe ciknyz luangkan masa demi semangat yg berkobar2 untuk pendakian Gk nextweek.....nak gak tau a-z pengalaman2 mereka yg pernah mendaki
pyejal said…
@Juliet_iRa~" sekali sekala sebab la.lagi² dgn geng..syokkk :)
pyejal said…
@CikNyz semoga berjaya ke puncak. dgn semangat kental insyallah semua halangan mudah saja..:)
pyejal said…
@YNA tungguu di waktu dan hari yang sama minggu depan..insyallah..:)
iffa said…
oh no. abeslah kalau dah masuk pasal the last and worst part that i refuse to remember.
pyejal said…
@iffa dont worry, dat part will be silent..haha.nway, great moment at summit!
Anonymous said…
hanie Sabahan tapi tak penah lagi pegi daki gunung tu..kenape??..haa..sebab hanie tak suek aktiviti lasak! hahaha..part lending lendign kat bilik golek golek sambil makan ayam gorang tu bole la. hahaha
pyejal said…
@Hanie_Dew try la kalau mau cari pengalaman baru..

Popular Posts