Mencari Hati ~

“Pesanan daripada seorang sahabat buatku: Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama, sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak ditemui, carilah ketika kamu mengerjakan solat. Jika tidak ditemui juga, carilah ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak ditemui juga, maka berdoalah kepada Allah dan pintalah hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.” Imam Al-Ghazali

Ingatlah, dengan mengingati allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.


Bagi yang telah jauh terlanjur, menyimpang dari jalan yang lurus, bergelumang dosa dan maksiat, ingatlah, selagi ada hayat dan terdetiknya hati itu untuk bertaubat [mengingati Allah], maka segeralah kembali kepada Allah dengan taubat yang sebenar² taubat. Dan sesungguhnya Allah Subhanahuwataala ketika itu sedang memberi petunjuk dan rahmat kepada kamu.

Moga hidup ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya. Amiin.


Comments

Yna said…
"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Popular Posts