Undian WWWOW Awards 2011


Semua masyarakat terutama blogger sejati pasti tahu tentang Wwwow Awards 2011 yang dikuasakan oleh DiGi - pastinya pilihan yang lebih bijak. Ramai betul yang join the club untuk anugerah ni. Tapi pada aku, bijak juga idea buat awards ni. Menghargai mereka yang 'hidup' di alam maya. Segala penyertaan daripada sekecil² weblog hinggalah kepada sebesar² idea, semua dihantar untuk memastikan idea mereka ini Wwwow!!.


Kategori yang dipertandingkan dalam Wwwow Awards 2011 kali ini adalah;
i. Best Internet For All Idea/Campaign
ii. Best Internet For Good Awards
iii. Blogger of The Year
iv. Favourite Malaysian Female Online Celebrity
v. Favourite Malaysian Male Online Celebrity
vi. Favourite Person Over 40
v. Favourite Person Under 15
vi. Favourite Tech Head
vii. Must-Follow Personality
viii. Online Shop of the Year
ix. Online Story of the Year
x. Picture of the Year
xi. Top Kay Poh
xii. Top Lots of Laugh [LOL]- Humor
xiii. Top Makan² Expert
xiv. Video of the Year

Jadi, ada 14 anugerah yang ditawarkan kepada masyarakat internet dan mereka di luar sana. Sebuah trofi dan 'amazing prize' bernilai RM5000 daripada DiGi dan rakan²nya akan menjadi rebutan semua penyertaan. Penyertaan dan undian dibuka pada awal Mei lalu dan ditutup pada 20 Jun, kelmarin. 

Aku juga tak ketinggalan menghantar penyertaan, gambar di dinding atas kanan weblog ni adalah buktinya. dan kerana penyertaan itu juga, perkhidmatan mesej aku di Facebook digantung untuk beberapa hari gara² banyak sangat hantar mesej untuk promote undi gambar tu. Kalau tak menang tak tau la nak kata apa. Kalau menang, memang rejeki terpijak la. haha. 

Dalam tempoh kontes ini, sebanyak 5,195 penyertaan telah dihantar dan sebanyak 235,175 undian telah diterima [ingatkan cecah juta]. Untuk keputusan siapakah 14 insan terpilih antara yang terpilih untuk 14 anugerah kat atas tu, sama² kita nantikan pengumumannya pada Wwwow Awards Event Final pada 12 Julai 2011 nanti. Aku sangat² berterima kasih kepada anda dan mereka yang dengan sengaja mengundi atau secara tak sengaja mengundi gambar "The Sun of Mountain Kinabalu". Korang memang BEST!


pyejal: "kalau menang nak open table!" (^^,)

Comments

cpahniza said…
gudluck k..
registrar.utm said…
semoga berjaya !
pyejal said…
@cpahniza Tq untuk anda! :)
izwanyusof said…
good luck..belum kuar lagi kan result..tak masuk pn contest ni..nampak gempak sgt.. tak capai level lagi... :D
Hisyam said…
Untuk keputusan siapakah 14 insan terpilih antara yang............
bkn 16 ke bro?
pyejal said…
@izwanyusof rezeki kita tak boleh jangka. usaha tangga kejayaan.. :)
pyejal said…
@Hisyamsaya kira 14, cer kire semula..:)

Popular Posts