'Photo of the year 2010! : Kinabalu Summit by pyejal [part 1]

Disember tahun lepas (2010), aku bersama 16 rakan lain bertuah kerana diberi peluang oleh-Nya untuk mengecapi dan menikmati satu keindahan yang WWOW! tanpa dapat diungkap dengan kata² daripada bibir. Puncak Gunung Kinabalu adalah sasaran aku dan rakan² lain untuk menawannya. Aku akui, ekspedisi yang julung² kali aku uruskan ini adalah salah satu kerja gila, diulangi "ini kerja GILA" yang dahsyat persiapannya. Mana taknya, dikalangan 17 orang geng ni (termasuk la aku), boleh dikatakan lebih separuh tidak cukup fit secara fizikal dan agak mustahil untuk masing² tiba di puncak atau mungkin sampai ke Laban Rata sekali pun.

Menunggu kapal berlabuh

Ekspedisi Puncak Kinabalu yang dirancang molek ini bermula pada 13 Disember dan berakhir pada 17 Disember 2010 , adalah salah satu kenangan terhebat dalam diri kami 17 orang pendaki.  Sebelum tibanya saat 15 Disember untuk kami semua mendaki, satu pertemuan daripada 3 kumpulan dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), Terminal 2, dengan 2  penerbangan berasingan telah dinaiki. Satu geng (seramai 3 orang) terbang daripada LCCT, KLIA, 12 orang  pula berlepas daripada Lapangan Terbang Senai, Johor, dan 2 orang lagi menunggu di Sabah.

Masa yang dinanti² telah tiba, 13 Disember 2010 jam 1300 kami berkumpul bersama di LTAKK dan segalanya bermula di situ.....


[bersambung...]

Saja kasi panas! haha. Aku akan sambung kisah perjalanan kami yang penuh suka dan duka ke Puncak Kinabalu pada entri akan datang, Insyallah. Tapi sebelum itu, sebagai menarik pandangan mata korang, suka aku kongsikan 2 gambar terbaik dan WWOW!! yang berjaya aku tembak semasa berada pada paras ketinggian 4000 meter (di atas paras laut).

Sudut pandang sebelah Timur, saat matahari terbit jam 0625. Mata terpegun, bibir koma, lidah kelu tanpa kata²

Sudut pandang yang kebiasaannya aku lihat di televisyen, kertas dan brochure, tapi saat ini.segalanya di depan mata...fikiran kosong tanpa kata hanya Subhanallah!
[*nada pantun]
Lihat saja tiada makna,
Tinggalkan saja jejak barang sekomen dua,
Kalau nak share, apa salahnya. 
Jika mahu undi "LIKE" lagi la aku suka..

nantikan episod seterusnya.... :)

Comments

YNA said…
First time duduk berdiri di atas awan :)
Anonymous said…
bediri atas awan?? wow! bestnyer!
pyejal said…
@YNA konon2 macam kat kayangan la..hehe
pyejal said…
@Hanie_Dew betul best!

Popular Posts