Kahwin Pun Ada Musim


Saat² cuti sekolah ni, ada istilah yang kerap terpacul dan menjadi buah mulut siapa pun - aku sedikit pelik dan seronok juga dengar. Ni istilah yang aku maksudkan;
i. Musim kahwin - biasa bagi aku.
ii. Musim 'mengawan' - luar biasa bagi aku. haha.

Kelmarin, 10 Jun 2011 aku menerima kehadiran orang baru bagi keluarga sebelah mertua-ku.  Berlangsung di Terengganu, majlis akad nikah telah diadakan pada malam selepas isya'. Alhamdulillah sempat juga aku menyertai majlis berkenaan setelah sampai 3 jam lebih awal daripada akad tersebut berlangsung. Pada saat yang sama, rakan pejabat sibuk melayan tetamu di M-Suites Hotel, JB - maaf tak dapat bersama kawan² sekalian. 

Majlis pernikahan adik ipar-ku ini berlangsung di teratak ibu mertua-ku tepat jam 9.30 lebih kurang. Agak menarik juga sebab Pak Imam yang datang malam tu adalah imam yang sama masa aku berakad nikah dahulu. Cuma bertuahnya, beliau tidak datang lewat kali ini. Syabas Pak Imam. haha. malam itu, dengan kehadiran keluarga pihak lelaki dan termasuk beberapa kerat jiran² sekampung, itu cukup menyesakkan seketika teratak berkenaan. Tidak kurang pula jurugambar seramai 5 orang. Habis terang benderang ruang legar rumah mertua-ku. Oh ya, Oksigen lebih juga amat kekurangan saat itu. haha.

Tangan Pak Imam di hulur, bakal pengantin menyabut - sejuk. Itu biasa la. Saat ijab dilafaz, qabul disambut dengan sekali lafaz. Alhamdulillah, majlis berjalan mudah. Mudah²an mendapat keberkatan-Nya. Amiin. Majlis selesai kira² jam 10.30 malam. Selesai makan, sesi mengemas dilaksanakan. Aku sempat tolong sikit² je. Penat memandu tak habis lagi.

Keesokkannya, majlis risepsi diadakan di Dewan Noor Arfa Batik, Kuala Terengganu. Agak menarik juga sebab ada dua pasang pengantin disatukan dalan satu majlis berkenaan. Tidak mahu bercerita panjang walaupun hampir 5 jam aku berkampung di situ dengan dengan kaum kerabat yang lain. Sempat juga berposing di pesisir Sungai Terengganu menghabiskan masa yang ada. Apa pun, tahniah buat 'Mok Teh' dengan status 'isteri orang'. Moga harmoni dan berbahagia selamanya daripada Pyejal dan Mok Ma. :)



Dan kini, aku semakin faham istilah kedua di atas..haha.


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan TAHNIAH buat pasukan Terengganu untuk kejuaraan Piala FA 2011. Mungkinkah sebab aku ada kat Terengganu saat ini! haha. Terengganu 2, Kelantan 1. Syabas!

Comments

ken said…
musim kahwin bukan seluruh tahun ke? saya tak pernah dengar musim kahwin :P
pyejal said…
@ken sebab sekarang ramai yg buat majlis time cuti sekolah. tu yang panggil musim kawin..:).
CikNa Nye Blog said…
pyejal.. yang last tu tak berapa berkenan ye.. kesian kelantannnn.. tergol ke jaring sendiri .. huhuuuhu
pyejal said…
@CikNa Nye Blog oh, malam tu Agong [aka sultan terengganu] ada, kena la bg menang..hehe

Popular Posts