Makan²: Pernah Makan Seafood Mentah, Oyster?
Agak lama tak keluarkan entri, minggu ni saya sibuk dengan tugasan di UTM International Campus, KL bersama beberapa geng² lain. 'Merayap' di sebahagian jabatan di sana dan juga beri sedikit taklimat tentang sistem dokumen elektronik. Semua nak ke arah teknologi, tapi sistem konvensional sedia ada pun terkontang kanting. Aduyai~
Maaf, itu bukan isi utama entri ini, hanya mukaddimah pembuka bicara. Lama tak karang ayat. Kelmarin, aku berkesempatan untuk dibelanja makan oleh seseorang yang mahu 'open table' untuk dinner bersama geng yang lain - 6 orang ramainya. Agak menarik juga tempat yang dipilih adalah di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur. Memang best dengar, - hotel tuuuu. Tapi dalam bab² makan kat hotel ni kena la ambil berat soal HALAL. Bukan semuanya halal beb, jadi hati². Makan malam ni atas hajat orang, jadi aku turuti untuk sekadar menjaga hati mereka.
Masa kat hotel tu, [maaf aku lupa pula nama restoran tu], aku lihat banyak betul menu yang disajikan. Daripada sate, seafood, mee rebus hingga la kepada buah²an seperti nangka. Perut aku dah kosong awal², memang kembung la perut-ku nanti!Haha. Jangan tak percaya, aku memang tak sentuh nasi pun malam tu. Dalam pusing² sekitar menu mencari 'mangsa', aku tertarik dengan menu sushi dan makanan laut yang tersaji, totally mentah! seumur hidup aku tak pernah aku telan jenis² makana seumpama itu. Nampaknya sejarah tercipta malam ni.
Mula² hentam la salad dan sayur² yang best dulu [tiada gambar]. Selesai sepinggan, kemudian - konon² macam dah biasa, sushi aku kaut, daging ikan, udang dan yang paling menarik, oyster! [tiram] semuanya mentah belaka!. Kalau korang pernah tengok cerita Mr. Bean, mesti korang ingat part yang dia makan oyster, lepas tu 'perut memulas'. Itu la adegan yang tergambar dalam kepala aku saat tu. Sakit perut ke tak, sakit perut ke tak ni...aku nekad, *tutup mata, telan!
Ni la haiwan yang sempat aku kaut.
Setelah aku telan mentah², rasanya SEDAP! not bad. Dan malam tu, sambil borak² dengan insan yang open table tu, sempat lagi aku kaut oyster untuk second round. Makin banyak pulak tu. oppss.haha. Selesai melahap oyster, makan pulak buah2an untuk mencuci mulut. Siap ada strawberi bersalut coklat lagi [maaf aku tak terfikir nak masukkan dalam entri, jadi tiada gambarnya. Insya-Allah lain kali]. Lepas telan oyster mentah tu, tiba² aku teringin pula nak telan satu makhluk enak ni kalau terjumpa. Lobster! Ada yang sudi open table? haha.
Comments