Perkahwinan Jarak Jauh | Part 2 : Kata² Sang Isteri


 - Cerpen daripada kisah benar -

*Entri ini wujud atas paksaan (bahasa yang lembut = pujukan) sang suami supaya sang isteri merepek sepatah dua kata. Atas alasan, esok beliau tiada kat sini, so tak boleh online. Apakah begitu suamiku?

Sekarang tak ada idea, sebab perut lapar.. jom kita makan!!! yeah! haha. nanti kita sambung....

* setengah jam selepas itu...
Alhamdulillah dah kenyang. Walaupun nasi goreng tak sedap sangat tapi belasah je la. Ada kangkung pulak melekat kat celah² gigi ni. Kacau betul. Penat lidah korek kasi keluar. Iyyaaahhh!

Malam ni nak balik ke tempat asal dah. Tanah tempat tumpah darahku. Ada dalam sejam lebih lagi nak naik bas. Penat naik bas sebenarnya. Lebih² lagi kalau perjalanan jauh macam ni, lebih kurang 8 jam masa perjalanan. Boleh kematu bontot. Tapi nasib baik la malam. Boleh la tidur sedap sikit. Tapi minta², jangan la jadi macam kes hari tu. Boleh pulak aircond rosak. Yang keluar dari copong aircond kat atas tu (ye ke copong?) hanyalah angin semata. Angin pulak kalau sejuk tak apa. Ni ala² angin yang keluar dari 'tempat yang tersepit tu'. Memang lebih hangat daripada biasa. Taubat lepas ni tak nak dah naik bas C***t Express. Cepat la sangat ye..

Tapi tak apa la. Sekali sekala terkena dugaan macam tu. Redha jelah. Bukan selalu pun. Lagi pun yang paling kerap travel sana sini, pusing satu Malaysia selang 2 minggu sekali (lebih kurang), suami saya juga. Kesian dia. Kalau naik bas, boleh la rehat²kan mata. Kalau drive kereta sendiri, time ngantuk datang menyerang, terpaksa la melalak sorang² dalam kereta, sebab nak hilangankan ngantuk. Tapi kalau dah tahap diluar kawalan, kena la cari kawasan tumpangan untuk melelapkan mata.. (Tidur la tepi² jalan ke, stesen minyak ke). Ye la, dah penat sangat kena la berhenti dulu recharge tenaga. Kena la ingat orang yang tersayang kan? Jauh tu nak drive. Nak tekan clutch lagi, tekan brek lagi, pegang stereng lagi. Penat tuu.. Tapi suami saya ni seorang yang kool dan baik, tak pernah nak mengeluh. Asalkan dapat balik kampung jumpa saya. Tak kisah dah katanya. Baikkan suami saya? (Heehehehe)

Sori. Merepek pulak. Ni Pyejal yang suruh tulis. Salahkan dia. Saya memang tak bersalah.

Tapi macam ni lah realiti. Realiti perkahwinan jarak jauh. Bila sorang kat Selatan, seorang lagi kat Pantai Timur, banyak kena berkorban sebenarnya. Korban masa, tenaga, duit dan macam² lagi. Memang memerlukan kesabaran, persefahaman, dan yang paling penting kepercayaan antara satu sama lain. Tapi saya, sebagai seorang isteri dalam sebuah perkahwinan jarak jauh ni, tak pernah menyesal pun. Tak ada apa yang perlu dikesalkan pun, sebab Alhamdulillah setakat ni, apa je yang kami lakukan, Allah permudahkan. Memang la kadang² sampai 3 minggu tak jumpa. Sedih tu memang la sedih. Bukan sedih apa, sedih sebab rindu. Normal la tu, isteri rindukan suami, suami rindukan isteri.. Tak salah kan. Tapi apa boleh buat. Masing² ada komitmen. Sebab tu la persefahaman tu sangat penting. Kalau tiada persefahaman, mesti akan timbul perselisihan faham. Isteri kenalah faham suami. Dia pun ada tanggungjawab pada kerjaya, ibu bapa dan lain². Sama ju la isteri pun. Yang penting, dua² kena bertolak ansur. Baru lah rumah tangga harmoni bahagia..

Tapi kan. Ada jugak kelebihan suami isteri tinggal berjauhan ni. Orang kata, jauh²an, rindu²an. Tapi betul, bila dah jumpa jarang² tu, perasaan rindu dan bahagia tu, membara² gitu. haha

Bak kata pepatah...
"Absence makes heart grow fonder"- Anonymous.
"Parting is a sweet sorrow"- juga Anonymous. Yelah. Rindu tu kan sweet. Haha.

Kek ulang tahun kelahiran-ku. nampak sweet tak?

Ok lah. Konon nak merepek sebaris dua je. Ni dah melalut sampai 3, 4 perenggan, apa cite? Sekarang perlu bersiap segera. Penerbangan tak lama lagi ni. Perlu pastikan tiada barang penting tertinggal. Naya kalau ada yang tertinggal ni. Nanti² insya-Allah akan turun sini lagi. Dan esok beliau akan berlepas ke Negeri Sembilan. Ada kem motivasi katanya. Kirim salam kat Fadzilah Kamsah tu ye. 

Baiklah. Lain kali saja. Terima kasih kepada suamiku kerana muncul dengan idea tiba² untuk isterimu ini merepek kat sini. Lain kali kalau nak suruh buat lagi, boleh aje..

P/s: Pyejal sekarang ni sedang berteleku di depan komputer sambil mata tertutup (tidur sudah..)

Comments

honey amour said…
hye2 babe..ada contest kat my blog ..

Contest---> : 'AKU SAYANG DIA'

jgn lupa join ye :))
dwaty said…
teringin nak dengar ceramah fadilah kamsah live...
sengat said…
wah 3 mingu x jumpe!!!! perhhhhhhh!!! banyak tetungak bil.... :) penah jugak naik bas aircond panas.... :(
pyejal said…
@dwaty 1 jam saje 3k kot kos dia..tp memang terbaik.
pyejal said…
@sengat kena tolak ansur la..:)
Tea said…
huhu. rindu ohh lama xjumpa.
pyejal said…
@Tea rindu2an la best..haha

Popular Posts