Segmen: Kalaulah Aku Seorang Penggodam [what if I'm a hacker]

Ingat tak masa sekolah² dulu, cikgu Bahasa Melayu selalu bagi tajuk² tipikal seperti , "Kalaulah aku sebatang Pen", "Kalaulah aku sebuah kereta", "Kalaulah aku seorang Professor" dan selayaknya. Macam la tak ada tajuk lain, tapi "Kalaulah Aku Seorang Guru", aku rasa aku juga akan bagi soalan sama pada mereka anak² murid. Mungkin sengaja nak bagi mereka ni berimaginasi - ala² berangan la gitu. Tapi bagaiman kalau soalan tu bertajuk "Kalaulah Aku Seorang Penggodam"? - Pada pendapat aku, murid² pasti garu kepala, sebab tak ramai yang tahu apa itu penggodam [hacker]. Kalau zaman sekolah aku la, memang aku juga akan buat perkara sama - garu kepala.
photo: itsnotacon.co.uk

Sengaja aku nak bagi sedikit bingkisan kalaulah aku seorang penggodam, sebab kegemparan pihak kerajaan Malaysia sekarang ni yang bekerja keras menapis, menjejak dan mengintai mana² individu yang dikenal pasti menggodam laman web kerajaan yang dilancarkan semalam (16 Jun 2011) mungkin tarikh ni boleh dianggap satu sejarah hitam negara. Ramai yang naik angin gara² tindakan kerajaan menutup akses beberapa laman web perkongsian fail di alam siber. Walau tutup pun, ramai saja yang boleh akses ke sana. Masing² bijak pandai kan? Aku? aku bukanlah pemuat turun tegar yang mana² fail di laman yang disekat tu. Banyak lagi web lain beb.

Kerajaan malaysia menyekat laman tersebut kerana melanggar akta hakcipta 1987 dan kandungan laman download percuma tersebut adalah salah di sisi undang².Berikut laman yang disekat:
1. http://www.warez-bb.org
2. http://www.thepiratedbay.org
3. http://www.movie2k.to
4. http://www.megavideo.com
5. http://www.putlocker.com
6. http://www.depositfiles.com
7. http://www.duckload.com
8. http://www.fileserve.com
9. http://www.filestube.com
10. http://www.megaupload.com

Pada aku, biarkan lah mereka buat kerja masing², semuanya dibayar gaji. Yang penggodam pula mungkin saje nak cuba skil hacking masing². Ilmu dah ada, jadi gunakan la kan. Cuma isu etika saja la yang boleh dikatakan kepada mereka ini. Kalau la aku seorang penggodam, walaupun hakikatnya aku hanyalah seorang penoreh getah [sebab harga getah mengamcam], jadi aku tak ambik port sangat isu godam ni. kalau diorang sekat sini, aku pergilah sana. Kalau diorang sekat sana, aku pergilah main tepi². Alam siber sangat² besar dan banyak benda yang korang boleh dapat. Sekali lagi etika pengguna internet mainkan peranan. 

Lihat senarai web kerajaan Malaysia yang digodam 'Anonymous' ni:


Dengar berita, laman web CIA juga digodam semalam, tapi mereka yang bertanggungjawab bukanlah 'Anonymous', tapi geng Lulz Security mengaku bertanggungjawab. Dan katalah ada penggodam menggelarkan diri mereka sebagai 'pyejal' dan mengaku penggodam mana² laman web, awal² aku nak kabo, aku bukanlah insan itu, sebab aku hanyalah seorang penorah getah berjaya. haha.

Dan kalaulah kau seorang penggodam tegar, apa yang akan aku buat, "aku akan cari company yang sanggup bayar gaji aku paling kurang pun lima angka seminggu". [cukup la, kumpul² buat pergi haji]. haha

Kalau lah korang hacker, apa korang akan buat? :)

Comments

pyejal said…
@Nzyrahun itu la yang best!..haha
Raz said…
klu aku jadi hacker,aku switch off dulu blog ni ..boleh tak?
pyejal said…
@Raz redha je la. dlm hidup ni kena ada contigensi plan. so sentiasa la backup kan..:)
Anonymous said…
dasat la..kalau kite jadik cikgu..kite nak wat soalan cam tu gak larh! entry best!
pyejal said…
@Ishaq Jaffree97 cikgu in the making kah?
cepat cikgu, bagi markah untuk tajuk ini..:)

Popular Posts