Maharaja Lawak Yang Tak Lawak dan Rating Penonton


- Aku tidak minat untuk komen tentang isu hiburan kat Malaysia ni. Tapi hari ni aku nak lepaskan satu entri tentang Maharaja Lawak ni. -

Malam tadi aku berpeluang menonton Maharaja Lawak di Astro Warna untuk minggu ke-10 yang memulakan jelajah ke seluruh Malaysia, dan malam tadi di Pulau Pinang. Sebelum² ni pun aku follow juga persembahan diorang - Jozan, Jambu, R2, Sepah, dan Nabil. Sekadar menonton saja, jauh sekali mengundi - bukan sebab kedekut, Astro Warna aku dah langgan, cukup la. Jadi tak payah la aku rasa nak undi² ni, aku bukan dapat untung apa² pun. Cuma malam tadi aku pelik, persembahan diorang ni tak menyengat langsung! Lepas tu pulak tak ada penyingkiran. Sahlah diorang ni memang betul² nak naikkan rating Maharaja Lawak ni dan kaut keuntungan lebih banyak!

poster Maharaja Lawak

Jelajah seluruh Malaysia ke Penang, Kuantan dan Johor juga salah satu kaedah untuk mengambil perhatian seluruh penduduk Malaysia dan dengan itu, keuntungan hasil undian penonton akan meningkat mendadak dan itulah sasaran utama jelajah ni dibuat. Apa yang tak bestnya, persembahan mereka ni macam syok sendiri pun ada. Berikut komen aku kepada mereka ini kalau aku menjadi juri:

Jozan - Anda lawak, tapi kadang² lawak anda tak konsisten.
Nabil - Anda juga kadang² lawak dan kadang² juga menghiburkan, tapi sama juga, kadang² tak konsisten.
R2 - Lawak juga kadang² [cuma nasib baik korang dipanggil semua] ni antara taktik nak naikkan rating undian.
Jambu - Maaf, aku daripada minggu 1 sampai la sekarang tak berapa faham lawak anda. Slow sikit.
Man [dah terkeluar] - Lawak anda baik cuma mesti pressure terlampau sangat, tu yang sampai tak ada modal / idea baru.
Hantu karipap [dah tersingkir] - banyak sangat lawak double meaning anda.

Aku berperasaan, untuk minggu yang seterusnya pun - di Kuantan, JB dan di KL [akhir], akan ada juga grup yang tak atau mungkin tak perform dengan baik. Produksi Maharaja Lawak juga yang untung besar. Korang nak tengok rating sebenar Maharaja Lawak ni - lihat bawah.


sumber: Google Trends


dan juga rating mengikut negeri di Malaysia, So korang dah tau sekarang negeri mana yang suka benar dengan Maharaja Lawak ni. Dan sebab tu diorang nak cari tarikan negeri lain. Kuala Lumpur sendiri rendah ratingnya.
sumber: Google Trends
Lagi satu, Cikgu  aku pernah cakap, perkataan "Maha" tu sepatutnya tidak digunakan dalam merujuk kepada manusia seperti yang korang tau dalam istilah Maharaja Lawak tu.  Begitu juga pertukaran panggilan Pelajar Universiti kepada Mahasiswa. Siswa pun cukup la, nak Maha² pula. Nama je Mahasiswa tapi perangai tak macam siswa langsung, buang anak sana sini, perangai kadang² dah macam orang tak terpelajar. Makcik yang bersihkan tandas tu lagi mulia aku rasa daripada siswa² yang buruk perangai ni. Siswa yang ok tu tak apa la. 

Sepatutnya "MAHA" tu merujuk kepada TUHAN SAHAJA. Sebab tu kita panggil "Yang Maha Esa", "Yang Maha Agung", "Yang Maha Bijaksana", dan yang seangkatan dengan-Nya. Kalau kita sendiri dah samakan taraf manusia dengan Tuhan - apa kes? Sebab tu aku potong perkataan "Maha" tu. 

Jadi, lu pikir la sendiri! dan renung²kan la ya.


"Aku hanya penoreh getah."

Comments

Zazachan said…
manusia ada pelbagai pandangan dan cara untuk menyatakan pandangan tersebut. ;)
qamarguyz said…
salam ziarah..
betul gak..
lawak ni kadang2 menjadi, kadang2 tak..soal rating sudah tentu, orang business =)
pyejal said…
@cik zaza yup sekadar pendapat.saja bakar biar diorang perfom next wik..haha
YNA said…
dah kerap sgt buat lawak, kdg2 akan jadi ketandusan idea jgk, x kira lah sehebat mana pn dia buat lawak sblm ni. kdg2, sampai ciplak lawak org lain pastu berpura2 tu adalah lawak ciptaan sendiri.mcm2 :)
pyejal said…
@qamarguyz time ni jela nk buat sale pun..:)
pyejal said…
@YNA tu la, seminggu je pun nak korek idea..haha. kesian jgk kat dirang yg dah prepare beria, tp tak perfom pulak..buat lawak sendiri la..:)
JMR said…
kdg ada grup yg lawak tak hengat..kdg mcm sampah pon ada..hikhikh

Popular Posts