Kontes: Aku Sayang Dia
header: honeymour02 |
Sekadar suka² untuk menyertai kontes ini, yang dikuasakan oleh "honeyamour02".Tajuk kontes adalah "aku sayang dia". Aku pula tak ada idea sangat sebenarnya dan ambil masa beberapa minit je nak edit gambar kat bawah ni. Mana tau ada rezeki, boleh open table dengan insan istimewa dalam gambar ni. :)
copyright 2011: pyejalphoto |
"AKU SAYANG DIA sebab tiada insan lain setanding dia yang mampu menjadi teman, sahabat, juga seorang isteri yang baik, tiada lain, hanya untuk memberi kesenangan dalam hati, dan melalui hari² mendatang bersama². Pandangan 'dia' juga sangat memberi ketenangan dan terkesan dalam jiwa ini. Terima kasih untuk 'dia' atas segalanya." :)
Gambar ini diambil tatkala kami berdating di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Amat cantik pemandangan pada petang itu. Suhu saat itu agak suam² kuku, dengan langit agak redup dan cerah. Jika anda berpeluang, bertandang la ke sana. Masjid Kristal pada waktu malam amat indah dengan panahan cahaya yang bergemerlapan dan berwarna warni. Keindahan itu menambah lagi keceriaan kami selepas kunjungan itu. Harapnya, kecerian juga hadir dalam hidup anda.
Tarima kasih tak terhingga kepada "honeymour02" yang menganjurkan kontes dan jutaan terima kasih juga diutuskan kepada HAZMANFADZIL.COM yang sudi menaja kontes ini. Syabas untuk anda! :)
Comments
http://ladymariahthehardcoreblogger.blogspot.com/2011/07/contest-pantun-ramadhan.html