Perkahwinan Jarak Jauh

Kalau cerita bab kahwin mesti ramai saja yang buka telinga. Tak tau la apa yang best sangat tu kan? Tettt! haha. Hari ni aku nak kongsi sikit cerita di sebalik "perkahwinan jarak jauh" ni. Sekadar nak kongsi pendapat dan pengalaman sendiri kepada anda kat luar sana yang mungkin bingung memikirkan nasib diri dalam memilih pasangan yang jauh ni. Al-maklum la, dunia sekarang ni terasa dekat saja. Lagi pun zaman sekarang ni, ramai yang sambung belajar kat negeri orang. Tak kisah la dalam negara ke atau luar negeri.

Sarung cincin di jari

Masa belajar la timbul kes mencari atau terjumpa partner masing². Lepas tu bercintan-cintun la pula. Masa belajar seronok la selalu jumpa - stadi grup sama. Lepas tu bila cuti semester, baru sedar kampung masing² jauh. - padan la muka korang. haha. Lepas bercintan tahap serius, tiba masa pula nak kahwin, lepas tu baru la nak fikir jauh dekat. Macam kes aku la ni [tapi aku dah kahwin, tak apa, lain cerita haha]. Ni aku pula nak nasihat korang.

Namun, bagi rakan² yang memang dah terbuka hati nak berumah tangga dengan pasangan masing² tapi bingung memikirkan tempat asal pasangan yang jauh nun di sana. Meh aku bagi tips mudah untuk korang. Pertama sekali, bagi kes yang kalau dua² dah berkenan, keluarga pun tak menghalang, pada hemat aku teruskan sahaja. Karang menyesal pulak nanti. Sediakan saja 'ongkos'nya. Yang penting, ihlaskan hati, yakinkan diri, teruskan niat murni anda itu, Insyal-Alah segalanya akan dipermudahkan-NYA.

Walau bagaimanapun, selepas dari tu, bersedialah dari segi mental dan fizikal, sebab anda akan hadapi banyak dugaan dan cabaran muncul selepas itu. Contoh cabaran biasa seperti penat  bila tiap² minggu kena naik bas atau mungkin perlu memandu untuk jarak perjalanan  yang jauh. Kemudian, tahap kewangan yang sentiasa menyesak, serta kesibukan dan komitmen pada kerja, dan juga situasi famili sendiri yang mungkin kadang² perlu ditangani (jika berkaitan]. Itulah antara cabaran² kepada perkahwinan jarak jauh jika anda memilih jalan ini.

Keduanya, bagi kes yang 50-50, korang fikir la baik² sebelum teruskan niat tu, sebab banyak perkara yang akan korang hadapi nanti. Kalau mental dan fizikal tak berapa nak sedia, baik fikir semula. Buat la sembahyang istigharah (bagi Muslim), dan cuba tanya pengalaman rakan² lain lain yang pernah mengalaminya - contohnya macam aku la. Kalau perkara yang aku sebut kat atas tadi tu (penat, kewangan, masalah peribadi dan kerja) tidak dapat diurus dengan baik ditambah pula keadaan pasangan yang mungkin anda sendiri fikir kurang membantu, jadi ada baiknya anda cari calon lain yang lebih sesuai. 

Ini bukan apa, sebelum ikatan itu disimpul, ada baiknya disimpulkan dengan calon lain saja - ditakuti jika tidak akan menjadi penyebab kepada ketidakpersefahaman antara kedua² pasangan. Tetapi, walaupun keyakinan anda 50-50, walhal anda yakin dengan sifat tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Pada hemat-ku, tidak salah kalau anda bersatu. Dengan keyakinan, insyallah mimpi akan jadi kenyataan.Banyakkan bersabar la selepas itu.

Bagi kes yang ketiga  pula, bila mana dua² tak yakin dengan pasangan dan diri sendiri! Jadi korang tahu sendiri la kan apa yang sepatutnya korang buat. Makanya, salah seorang perlu berani untuk tambil untuk meyakinkan dan menjelaskan pada pasangan masing². Bukan apa, kalau dua² tak berani tampil untuk menjelaskan, ditakuti akan timbul suasana yang tak harmoni dalam perhubungan kedua²nya pada masa akan datang. Itu yang timbul kes pukul girlfriend, simbah asid, macam² la. Nauzubillah, moga² kita dijauhkan.

Dalam kehidupan yang sementara ni, tak perlu la nak berhasad² dengki dengan dengan orang lain. Tak dapat apa pun. Bukan ke kita semua akan kena tanam  akhirnya nanti? Harapnya, sedikit perkongsian pengalaman diri sendiri yang tak seberapa ni dapat la memberi idea bernas kepada korang semua yang nak berumah tangga tu. Moga kebahagaian menyusul dihujung sana! Insya-Allah.

Sebelum aku tutup entri ni, suka untuk aku kongsikan satu lagu hebat bagi aku: Laskar Pelangi oleh Nidji. Enjoy!

 

Life is beautiful, appreciate it :)

Comments

Yna said…
Eh.Bila baca kali ni,dah alter sket ye content entri ni.tapi i like..cuma ada silap sket la statement kt atas tuu..mana de kita study grup sama2, mana de kita pening2 bila cuti sem, n yg plg tepat lg..mana de kita bercintan cintun?xde kan?kita bercintan cintun after kawen apa..heheheh...
pyejal said…
@Yna yg tu umum, merujuk org lain..:)

Popular Posts