10 Butang Paling Popular


[10 Most Popular Button Clicked]

Hari ini aku nak bawa kelainan dalam perjalanan hidup anda. Orang kebiasaannya tak ambil tahu pun pasal butang mana yang paling kerap korang tekan kat komputer atau internet. Serupa juga la butang di handphone anda. Kalau anda kerap berSMS, makin kerap la getah pada butang HP tu haus. Lepas dah haus tu, dah tak reti² nak tukar telefon bimbit. Nak juga tonyoh butang tu sampai berlubang. Betul tak? haha, tapi zaman sekarang dah maju, guna pakai skrin sentuh, aku tak tahu la apa pula yang haus lepas ni.

Kalau anda nak tahu, sehingga entri ini ditulis, sebanyak 1.97 billion pengguna internet diseluruh dunia dengan secara purata setiap individu akan menggunakan komputer dan peralatan elektronik (gajet) selama 8.5 jam sehari menghadap komputer dengan melakukan pelbagai aktiviti dan transaksi yang hanya mereka dan anda sahaja mengetahuinya.

sumber: http://www.internetworldstats.com/


Untuk entri ni, butang yang aku maksudkan adalah butang yang terpapar di skin komputer anda. Contoh macam butang 'tutup', 'close', submit, dan lain² yang seangkatan dengannya. Carta butang paling popular diklik ni aku susun mengikut tahap kepopularannya (betul ke bahasa aku ni?) iaitu yang mana paling banyak ditekan menggunakan tetikus. Hasil carta ini aku susun selepas mengambil kira beberapa sumber rujukan yang boleh dipercayai dan sahih. Jom kita tengok butang mana paling popular mengikut carta


No.10: Butang "MINIMIZE"




Alasan: Banyak sangat buka paparan [browse], multitasking la katakan, dengar lagu sambil buat kerja.


No.9: Butang "HANTAR/SUBMIT/SAVE/SIMPAN"






Alasan: kebanyakkan kita lepas siap isi tempat kosong atau buat kerja, kita akan simpan/hanta maklumat tu kan?


N0.8: Butang "SIGN IN/LOG IN/LOG MASUK"

Alasan: setiap hari mesti setiap orang akan masuk banyak akaun. Contoh emel, Facebook, twitter, dan bla bla bla..



No.7: Butang "OK"


Alasan: Kalau dah korang setuju, mesti la klik "OK" kan?



No.6: Butang "MAIN/PLAY"

Alasan: Yang ni unik sikit, ramai yang dengar lagu, tengok movie, jadi sebelum nak tengok tu kena la tekan "PLAY"


No.5: Butang "TUTUP/CLOSE"

Alasan: Dah selesai buka browse yang banyak² tu, mesti la korang nak tutup kan? lagi pula sekarang kat browse dah boleh buka tab, makin banyak la nak kena pangkah tu..haha




No.4: Butang "CANCEL"


Alasan: Kebanyakan kalau ada popup yang tiba² muncul tu, memang malas nak layan, Jadi jalan selamat, tekan je la "cancel".




No.3: Butang "CARI/SEARCH"


Alasan: Selepas kebangkitan Google, Yahoo, Bing dan beberapa enjin carian lain, banyak saja butang kanta tu. Sebabnya, kebanyakan orang akan cari maklumat kat internet. Pantas dan cepat.



No.2: Butang "LIKE"

Alasan: Butang ni semakin hari semakin popular,dek kebangkitan Facebook. Pantang nampak entri, komen, gambar yang menarik hati, cepat saja tetikus nak menekan "LIKE"


DAN JUARA CARTA BUTANG POPULAR ADALAH............



No.1: Butang "TWEET"




Alasan: Butang Tweet ni aku pilih sebagai juara carta sebab hanya Twitter sahaja yang ada data berapa banyak tweet dihantar oleh manusia di seluruh dunia dalam satu2 masa. Rekod tweet sebelum ini, sebanyak 6,939 tweet ditekan dalam tempoh satu saat.


Itulah antara butang² paling popular di abad ini. Aku tau, bukan saja korang, aku juga terpikir sebelum ni, berapa kali la agaknya kita tekan butang² tu semua kan? Dan lepas ni aku nak bagi korang satu butang yang diciptakan khas untuk anda yang punya tabiat menekan segala macam butang. Mungkin ini hobi baru! Aku juga sangat suke dengan ungkapan "Selalu Nak Tanya Soalan" [FAQ] laman web themostclickedbutton.com ni, antaranya:


Why in the crap does this site exist?
Why in the crap not?

I know a lot about computers and Google Search is the most clicked button. Why do you say yours is the most clicked?
Because I have a number. You show me the actual live number of clicks the Google search button has gotten since the first day it started and I'll do absolutely nothing about it.


Pelik aku tengok manusia zaman sekarang ni. hahaha. Makanya kalau korang dah bersedia, jom kita lawan sapa paling banyak klik butang merah ni.. [cukup 1 juta klik, terus tukar tetikus]

The Most Seconds



 Korang pula suka butang apa pula? Cer komen sikit :)

Comments

Popular Posts