Hati seorang blogger

Aku pun tak pasti kenapa aku terasa nak berblog semula. Walhal aku dah bersara secara tak rasmi dari dunia blog ni sejak 2009 lagi. Aku cuba juga mencari alasan² yang mungkin munasabah untuk membakar hati aku untuk menjadi blogger tegar. Tapi boleh ke? 

sand computer? :)

Blog kat wordpress yang aku buat sebelum ni pun aku tutup sebab terlalu banyak entri yang moody² - mengalahkan perempuan saja aku ini. Dulu niat aku berblog sekadar nak berkongsi informasi dan menambah ilmu dalam berblog. Jauh pulak menyimpang fokusnya. Tapi tu dulu. Sekarang aku sedar, kalau nak terus berblog, jangan terlalu ikutkan perasaan sangat. Masa tu la nanti nak tapis komen la, tapis pelawat la, macam² hal nak tapis. Sudahnya 'al-tutup' la jawapnya blog tu nanti. Dan ini la alasan pertama aku. Tak nak bermoody² bila berblog, jalan terus dan fokus pada berkongsi informasi.

Sebelum aku aktifkan blog ni semula pun sebenarnya aku dah memulakan aksi pemanas badan dengan menjadi salah sorang penyumbang entri di blog Registrar UTM.my. Sambil2 tu, ade juga aku promo iklan kat blog tu terutamanya untuk Tabung Endowmen Merdeka. Idea yang aku dapat ni adalah usaha aku untuk mengajak (kalu boleh) semua orang untuk menjadi penyumbang kepada tabung berkenaan. Alasan itu juga adalah antara sebab kenapa ramai orang nak berblog termasuk aku - untuk memberi dan mendapatkan sesuatu daripada mereka di luar sana. "sesuatu" yang aku maksudkan adalah wang, yang hari ini menjadi rebutan dan keterujaan ramai. Dua alasan telah-ku kupas cantik.

Aku rasa alasan ni paling konkrit, aku ada plan nak tulis buku, saja kongsi ilmu dan buat kelainan dalam perjalanan hidup aku. Sebab aku rasa input dari buku tu tak pernah ada orang buat lagi setakat hari ini. Makanya, sebelum aku fokus pada niat nak tulis buku, ada baiknya juga aku buat latih tubi, menaip dan terus menaip untuk aku asah 'kepala otak' aku untuk semakin tajam berfikir.

Lain² alasan aku rasa ada, dan boleh aku kupas kat entri ni. Tapi, mugkin juga alasan2 itu lebih sesuai dan menjurus kepada blogger2 lain dalam niat mereka berblog. Menambah jaringan (network), suka², aktiviti harian, gosip, dan lain yang setajuk dengannya, itu mungkin sesuai bagi mereka dan tidak bagi aku di sini.
Alasan ketiga akan ku semat kuat di sini - asah kasi tajam untuk hasilkan buku, Ya!

"sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"
Hadith: Rasulullah Salallahu a'laihi wassalam.

Comments

Yna said…
Wordpress dulu berunsur moody eh. moody yg camane tuh :)
pyejal said…
@Yna moody yg mcm gitu² la..hehe

Popular Posts