Mood Ber'BLOG'
Bila tengah ada mood untuk berblog, macam² idea muncul dengan 'ganasnya' (bukan perkataan yang sesuai sebenarnya), hinggakan nampak anak kucing makan durian pun rasa nak publish dalam blog. Tapi tu masa zaman blogging tengah hot, sekarang dah ada FB a.k.a facebook apa lagi, esok hari isnin pun nak post kat status..
Wall Post: "pyejal: seronok melihat anak kucing makan buah durian."
foto credit: http://kaizokus.blogspot.com |
Agak2 ape la yang lidah kucing ni rasa ek? Mestilah kucing ni rasa duriankan? apa la korang ni. Jauh sekali rasa manggis... (^^,)
Yang sebenarnya, tak ada idea nak tulis apa pun. Saja merapu tanpa tujuan. ni la jadinya kepada kebanyakan blogger tegar yang kering idea tapi nak juga publish entri. Bagi aku, untuk entri yang ke-3 ni sekadar warm-up je. Kira macam bagi keluar peluh sikit la. Baik, skrip dah habis!
Ceriakan hari anda DAN kirim salam sama jiran sebelah ya!
Comments