Langkah 2011
Tweet
Hari ini rasa nak mula ber'blog' semula. mengisi masa yang tak berapa nak lapang, tapi nak tulis dan ceriakan balik blog ni yang dah lama menanti untuk disemakkan. Konsep masih lagi sama seperti pyejal.wordpress.com sebelum ini (nyesal tutup, pagerank 2/10 dah). Cuma untuk kali ini fotografi akan mengambil tempat, sebab DSLR sudah berada digenggaman. Yeah!! Aku punya program besar untuk tahun 2011 ni. Agak pelik kalau tak ada sasaran untuk tahun semasa. Tapi lagi pelik kalau azam tak tercapai. Kalau memanjang saja buat azam tapi asyik tak tercapai, baik tak payah berazam. Duduk tepi diam² sudah.
Sorotan 2010
Aku ingin kongsi sedikit sorotan bermula era pyejal.wordpress.com hinggalah lahirnya pyejal.blogspot.com. pyejal.wordpress terbit dikala aku mula berdikari membina empayar sendiri. Perincian kisahnya akan ku kisahkan sedikit demi sedikit untuk entri selepas² ini. 9 bulan cuba membina empayar dalam suasana perit jerih ekonomi yang sedang merundum saat 2008/09 tika itu.
Selepas bergelumang dengan cabaran yang mungkin tak berapa nak menggila - didesak, dipermainkan, dan paling tak boleh aku lupa, dimaki! saat itu, aku tak lupa kawan² yang ada disekeliling aku. Terima kasih - kata² yang pendek tapi dalam maknanya. Menyalahkan situasi dan keadaan adalah salah, sebab kita mampu mengubahnya dengan kesanggupan. Kata² yang muncul akibat ketidaksanggupan hanyalah alasan KOSONG saja sebenarnya. Hakikat sebenarnya yang perlu aku terima adalah "Aku telah tewas"!.
Jalan² gagal adalah cara terbaik ke arah kejayaan. Walau apa pun keadaan dikala jatuh, bangkit dan terus bangkit. Kegagalan tidak pernah 'lupa' untuk membantu kita untuk beroleh kejayaan. Apa yang penting? 'kerjaaasama'!! BUKAN la. apa yang penting, BANGKIT! dan terus berlari. [sebab tu Malaysia menang kepada Indonesia (Piala Suzuki) sebelum ni - kegagalan memacu manusia untuk berjaya].
Alhamdulillah, 2010 bermula baik bagiku, dengan kerja semakin bertambah di pejabat, cukup untuk memeningkan kepala aku yang satu ni. Kalau nak dicerita pasal kerja, sampai tahun depan pun tak habis. "Apa? kat mana aku kerja?".
"Aku kerja kat pejabat la, dah cakap tadi kan..hahaha (gelak jahat)"..
Aku juga telah mencapai beberapa impian utama untuk 2010 ni, dapat keluar kerete sendiri (Myvi juga menjadi pilihan) dan lagi satu berjaya sambung belajar di peringkat sarjana. Macam tak percaya berjaya sambung balik belajar walaupun niat tu tak berapa kuat. Dan padahnya, memang bingung kepala dibuatnya. Mana nak studi, mana nak settlekan kerja.
Penutup tahun 2010 agak menarik juga untuk dikongsi, mana taknya masa ni lah aku menamatkan zaman bujang aku. Alhamdulillah akhirnya disatukan dengan gadis pilihan hati yang telah lama juga aku kenal. Lebih kurang 9 tahun rasanya kami berkenalan. Tu pun on-off juga la. Tapi syukur sangat kami dapat disatukan akhirnya. September 2010 dikala seminggu berhari raya, itulah saat manis kami diijabkabulkan.
Perjalanan 2010 ditutup dengan saat yang mengembirakan dengan beberapa impian tercapai dengan baik. Bukan itu saja, hujung 2010 sempat diisi dengan kenangan terindah apabila aku, isteri dan beberapa rakan lain (17 orang) berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 15 Disember 2010 lalu. Satu memori yang sangat mengasyikan di puncak sana.
Syukur sangat-sangat dengan semua kejayaan² yang dicapai tahun lalu. Lihat saja beberapa gambar menarik sepanjang 2010 untuk dikongsi bersama korang semua.

Comments