Hasil $ 11 Bulan Berblog Bersama Nuffnang. Mantap!
Entri hari ini sekadar bacaan santai kanak² riang, tetapi aku tetap cuba untuk menaikkan kadar adrinaline korang dengan perasaan keterujaan dalam entri ni. Pasti saja wang yang menarik minat kebanyakkan orang. Tapi sematlah dalam hati, kata² pujangga yang popular ini - "duit/wang bukanlah segala²nya walaupun hampir semuanya memerlukan duit". [awal² dah kena nasihat, apakah?].
Umum sedia maklum, kalau berblog, selain suka² ada juga yang mengejar wang [$] untuk pendapatan sampingan. Itu tidak salah asalkan kita tahu daripada sumbernya. Aku bermula dengan sesi pemanas badan dalam dunia berblog ni 11 bulan lalu dan blog yang aku terbitkan saat itu bukanlah tentang diri-ku secara langsung, sekadar sebagai salah sorang penyumbang artikel dalam blog tersebut. Mesti korang nak tau blog mana pulak tu kan? Kalau korang hebat, carilah sendiri di blog ini ..hehe. 9 bulan pertama tu ada la nampak sen masuk sebutir 2 butir. Agak slow la. Nama pun pemanas badan kan, jadi itu boleh dijangka.
Nuffnang Glitterati PLUS |
Kemudian, bulan lalu aku nekad mengktifkan semula pyejal.blogspot.com setelah aku wujudkan dan aku abaikan hampir 2 tahun lamanya. Bukan apa, malas nak ambik port pasal dunia blog ni walhal dunia sebenar aku tiada siapa kisah..ceh! [moody tiba²]. Bukan susah pun buat blog kan? korang yang baca blog ni pun pasti setuju buat blog bukan la susah mana. Tapi nak pastikan pengunjung kekal datang ke blog kita tu yang mencabar fizikal dan mental.
Bagi yang baru berjinak² dalam dunia blog ni, untuk mendapatkan $ banyak caranya dan salah satunya adalah dengan mengiklankan produk dan perkhidmatan orang lain di blog korang. Tapi nak menarik orang lain beriklan di blog kita bukan kerja mudah, kalau pelawat setakat 2 ,3 ketul sehari, orang lain pun berat nak beriklan di blog kita. Dengan itu, wujudlah Nuffnang yang wujud sebagai penyedia pengiklanan di blog². Konsep dan kaedah yang mereka gunakan tidak akan aku kupas di sini sebab korang lawat saja web meraka dan baca FAQ diorang, mungkin dilain entri.
Banyak lagi penyedia pengiklanan seperti Nuffnang ni, contohnya Advertlets, Mangga Ads, Google Ads dan banyak lagi yang bersaing sesama mereka. Bezanya cuma konsep yang mereka gunakan sedikit tak sama. Ikut suka korang la nk guna yang mana. Bagi aku, tak kisah pun mana2. dan aku gunakan nuffnag pun tanpa alasan kukuh. Cuma yang penting kat sini, strategi dan cara yang kita guna untuk menambah pelawat ke blog kita, tu yang paling utama, dengan adanya pelawat, $ tu boleh dijana, Percayalah.
Banyak lagi penyedia pengiklanan seperti Nuffnang ni, contohnya Advertlets, Mangga Ads, Google Ads dan banyak lagi yang bersaing sesama mereka. Bezanya cuma konsep yang mereka gunakan sedikit tak sama. Ikut suka korang la nk guna yang mana. Bagi aku, tak kisah pun mana2. dan aku gunakan nuffnag pun tanpa alasan kukuh. Cuma yang penting kat sini, strategi dan cara yang kita guna untuk menambah pelawat ke blog kita, tu yang paling utama, dengan adanya pelawat, $ tu boleh dijana, Percayalah.
Hasil 11 bulan tanpa serius [klik untuk besarkan] |
Borak santai ni aku tutup dengan gambarajah hasil $ yang aku dapat setelah 11 bulan bersama Nuffnang. Menarikkan? Minimum cashout dia 50, tapi nak kumpul kasi tebal baru keluarkan. Apa pun, Mesti ada dialog² sumbang yang berbunyi:
"ala ciput je, ingatkan gempak tadi".
"banyak tu je? Ingat berjuta² lemon".
"setakat banyak tu, mak aku pun boleh bagi".
Makanya dengar pula dialog aku:
"Itu lebih baik kan daripada aku meminta sedekah?"
Semoga korang juga berjaya.
pyejal: "Hebatnya seseorang itu adalah apabila dia mampu berjaya dengan tidak meminta² dan tidak bergantung pada orang lain."
Comments
jemput singgah:
bosan bila game lembab .
ikhlas²..TQ