Aura mahaRaja Lawak Edisi Johor Bahru!!
Aura Maharaja Lawak di Johor Bahru amat memukau perhatian. Siapa saja yang menonton secara langsung malam tadi pasti teruja. Aku pasti setiap tempat duduk di Stadium Tertutup Johor Bahru (JB) pasti panas dengan gelak ketawa para penonton yang gelak tak ingat dunia. Apa yang dapat aku katakan, sambutan di JB amat luar dari kebiasaan. Mana taknya, tatkala waktu tengahari (hari Jumaat) orang ramai dah berpusu² beratur mendapatkan pas masuk untuk persembahan malam tadi. Lihat sahaja kejadian ini pada waktu yang sepatutnya orang dah bentang sejadah di masjid.
Aku yang berada di bumi Johor Bahru ni pun terkejut dengan sambutan luar jangka ini. Dan bagi aku sendiri, baik duduk rumah layan Astro Warna lagi baik [dah langgan, kena lah gunakan kan kan]. Nak beratur? Jangan mimpi la aku nak pasang niat ke sana. Lagi pun, aku bukan la jenis yang suka sangat ke tempat² yang sesak dan havoc ni. Habis oksigen aku nak sedut nanti.
Apa pun persembahan malam tadi boleh la menyebabkan aku tergelak berkali². haha. Syabas! Nantikan Maharaja Lawak Minggu Akhir [finale] di Shah Alam minggu depan dengan peserta yang berjaya adalah -
i. Jozan
ii. Sepah
iii. Nabil iv. Jambu [imuniti digunakan]
...dan malang sekali bagi R2 kerana tersingkir pada minggu 11 ni dan tidak akan muncul di pentas akhir. Jom saksikan rating penonton ML setakat minggu 11 di alam maya;
foto: google trends |
Sambil² ni aku nak respon segmen Nizam Ijam yang memberi idea untuk mengumpul tagline peserta Maharaja Lawak ni. Sorry Ijam, aku tak aware sangat tagline diorang ni. Tapi aku cuba la yang terbaik ye Ijam. :)
Jozan :
- "mael lambung"
- ..errr [aku tak ingat]
Sepah:
- " Apa de gilanya kau..."
Nabil:
- "ghe ghe ghe" [aku pun tak paham. haha]
- " Lu pikir la sendiri"
Jambu:
- " Apa pun tak boleh" [aku kurang paham lawak diorang ni sampai sekarang]
undian tak aku tak pasti bila..:) |
Tak nak tag sapa². Kalau ada yang sudi follow saja segmen beliau. Tak nak juga publish persembahan mereka malam tadi. Cari saja di Youtube sana ya!. Jumpa mereka di FINAL! :)
Comments
jal, nampaknya orang zaman skang dah anggap pergi solat Jumaat tu perkara sunat je kot..Pergi beratur amek tiket Maharajalawak perkara wajib.
Umat akhir zaman.
hehehe