Kaedah Terbaik Menyemak Arah Kiblat

Dalam menentukan arah kiblat, banyak faktor dan kaedah boleh digunakan dalam memastikan arah yang tepat dan betul. Ini bertujuan agar ibadah kita sebagai umat Islam mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Antara kaedah yang biasa digunakan adalah seperti berikut:


1. Kompas atau Jarum.
Kaedah menentukan arah kiblat menggunakan kompas dilihat mudah walaupun memerlukan sedikit pengetahuan daripada segi sudut atau kedudukan darjah [°] yang bersesuaian mengikut kedudukan dan lokasi sesuatu tempat itu. Namun penerangan berkenaan menggunakan kompas ini hanya akan diterangkan secara ringkas, sekadar memudahkan masyarakat untuk menentukan arah kiblat sahaja. Jika diterangkan secara terperinci, perlu juga dijelaskan berkenaan Utara Sebenar dan Utara Magnet.

Pastikan jarum menghala pada sudut 80° [Malaysia]
Jika dicari di kedai² menjual sejadah, kadangkala telah disertakan dengan kompas bersama sejadah berkenaaan. Namun, adakah anda yakin dengan kedudukan kiblat tersebut? Kita sedia maklum, jarum kompas akan sentiasa menghala ke arah Utara [utara magnet] dan tiada kompas yang menunjukkan jarum terus ke arah kiblat. Jika anda menganggap jika jarum yang menghadap tegak pada sudut 0° itu adalah kiblat, maka anda silap. itu anda menghadap ke arah Thailand. 

Bagi lokasi di Malaysia, kedudukan kompas berkenaan perlu dipusingkan pada sudut 80° [jarum kompas berada pada kedudukan 80°], dan arah kiblat yang sebenar adalah pada sudut 0° [jika melihat pada kedudukan sejadah setelah dipusingkan pada 80°]. Begitu juga sekiranya ke hutan atau tempat terpencil dan hanya membawa kompas biasa [tanpa gambar arah kiblat] kedudukan yang perlu ditetapkan adalah sama iaitu 80° [hanya di Malaysia, berlaian negara berbeza sudutnya].

Bagaimana pula jika anda tidak membawa sebarang kompas? Anda boleh menggunakan matahari [akan dijelaskan selepas ini], namun tahukah anda, jarum boleh juga digunakan untuk menentukan arah kiblat? Tapi itu sekiranya jarum ada saat anda perlukan ketika itu. Jika tiada, matahari perlu digunakan. 

Sekiranya menggunakan jarum, terlebih dahulu cari takungan yang boleh meletakkan air, sediakan pula jarum dan letakkan di atas daun. Kemudian letakkan daun tersebut di atas air takungan tadi. pastikan tiada peralatan elektronik disekitar jarum berkenaan. Kemudian, rendamkan daun tadi sedikit demi sedikit dan pastikan jarum berkenaan TIMBUL. Tunggu beberapa saat, hujung jarum tu akan menghala ke arah Utara [utara magnet]. Anggap hujung jarum menghala ke arah pukul 12 [seperti jarum jam]. Kemudian buat andaian pada jarum berkenaan pada kedudukan jam 10.30, dan halakan muka anda ke arah berkenaan [10.30], itu adalah arah kiblat.


2. Matahari
"Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah kiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat sama ada solat fardhu atau sunnat.  Jadi umat Ismal mesti memastikan kedudukan arah kiblatnya tepat mengadap Ka’bah [simbol kesatuan umat Islam].

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah Allah Subhanahu Wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). Alhamdulillah, dengan ketentuan Allah ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat Islam di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. Subhan-Allah…


Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

    * 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
    * 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang

Saat kejadian Istiwa A’zam

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum
i. Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh anda mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, anda boleh memeriksanya dengan merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio terlebih dahulu.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Makanya, pastikan dulu jam anda mengikut waktu piawai yang betul.
ii. Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen
iii. Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata [untuk memastikan sesuatu yang digunakan itu tegak, sebaiknya menggunakan benang/tali dan diletakkan pemberat dihujungnya].
iv. Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan yakin.
v. Dan pastikan juga anda boleh melihat matahari dari kedudukan tempat anda pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
vi. Nantikan saat peristiwa Istiwa tersebut terjadi.

Ketika peristiwa ini berlaku:
i. Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.ii. Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di bawah)
iii. Tandakan arah kiblat.

Selepas.

i. Yakinlah bahawa itu merupakan arah kiblat yang tepat.

3. Bintang

- akan dikemaskini -

4. Google Map

Ini pula kaedah terkini, memandangkan kecanggihan yang ada pada hari ini. Masing2 boleh menyemaknya menggunakan labtop, netbook, telefon [yang boleh browse internet la] atau mungkin iPad!. Hanya pastikan akses internet tu ada la, kalau tiada no point juga kan? Mari semak kiblat anda di bawah






Mudah² perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama dan sudi²kan untuk menyebarkanya pastikan dikreditkan ke blog ini [http://pyejal.blogspot.com]

pyejal berkata:"Senyum sentiasa ya :)"

Comments

Ronipasla said…
Ada juga pernah dengar nak cari kiblat tngok pada piring pemancar Astro tu. Banyak juga aku tengok, memang betul.
pyejal said…
@Ronipasla tu la, setuju juga.ada yg cakap macam tu tapi kalu kawasan tu takde piring astro tu??
Anonymous said…
Kita cari piring terbang..

Popular Posts