Mengingati Peristiwa 9/11 - World Trade Center

kredit: National  Geographic
Peristiwa 11 September yang berlaku di Amerika 10 tahun lalu banyak mengubah corak masyarakat dunia hari ini. Daripada kehidupan harian sehinggalah kepada agama, politik dan ekonomi, semuanya berkait rapat. Kejadian 2 buah kapal terbang yang melanggar bangunan World Trade Center (WTC) ibarat satu filem aksi Hollywood yang hebat dan penuh adegan dramatik dan menyayat hati. Di manakah anda 10 tahun lalu pada 11 September 2001? Adakah ini konspirasi atau realiti?






11September 2011, 10 tahun lalu aku masih ingat peristiwa dan kejadian ini di mana pada jam 8.30 malam [lebih kurang], aku menonton rancangan tv Itu aku lupa tajuk apa. Tapi dalan tak semena² aku tukar beberapa siaran dan terpaku dengan siaran daripada Channel New Asia [rumah aku dapat siaran Singapura]. Apa yang aku lihat adalah sebuah kapal terbang penumpang telah menghentam salah satu bangunan WTC. "Oh, ini hebat!" Aku lantas berbicara dengan ahli rumah aku masa tu yang turut sama menonton - " Ini bukan cobaan, ini betul² punya langgar!". 

Pada siaran itu aku lihat beberapa kali ulangan rakaman kapal terbang pertama menghentam bangunan utara WTC. Selang beberapa minit, sebuah lagi bangunan WTC [bangunan selatan] dirakamkan terbang melanggar bangunan selatan WTC pula, dan aku melihatnya LIVE!. Ini bagi aku sungguh tragik. Bayangkan dalam kesibukan orang nak ke tempat kerja di awal pagi [waktu amerika], tiba² ada kapal terbang langgar bangunan tempat kerja korang. Apa korang akan rasa? dan keesokkannya [12 Sept.] penuh di muka depan surat khabar bangunan WTC dilangar kapal - dan aku saat itu perlu ke kelas tambahan sebab SPM dah nak dekat.

Dalam krjadian yang betul² punya kejadia ni kalau korang jadi Presiden US, apa yang korang akan buat? Ini aku sediakan renteran reaksi George W. Bush bila saat kejadian ini dimaklumkan kepada Presiden US yang sengal ini. 
Sedang seronok mendengar pengajaran seorang guru di Emma E. Booker Elementary School di Sarasota, Florida. Aksi ini menjadi bahan lawak oleh kebanyakan orang selepas itu kerana George Bush telah mengetahui kapal pertama telah melanggar Menara WTC.

Saat dimaklumkan kapal terbang kedua telah menghentam menara ke-2 WTC.  "A second plane hit the second tower, America is under attack." Tetapi Presiden ini meneruskan sesi bersama kanak² ini dalam 5 ke 7 minit seterusnya tanpa terus memberi amaran kepada semua.
 
Ini reaksi selepas dimaklumkan.


Bagaiman kalau korang sebagai Presiden? Mungkin kerana beliau tak pernah berlakon, mungkin kerana tu dia lambat bagi respon. Kerana reaksi lambat George Bush ini juga, ramai mempertikaikan tragedi 9/11 ini sebagai konspirasi atau benar² kejadian. Dalam mengingati Tragedi 9/11 ini. Korang di mana dan buat apa saat itu?

Untuk melihat rentetan kronologi kejadian pada 11 September ini boleh merujuk di "A Timeline of Event of 9/11" di web National Geographic.

Dan adakah benar tragedi ini konspirasi? Mereka yang bijak pandai telah menjalankan eksperimen untuk mengesahkan teori bagaimana bangunan WTC ini boleh runtuh dengan 'sempurna' walhal struktur WTC adalah baik. saksikan video 92 minit ihsan daripada National Geographic.




Comments

Elih Japahar said…
Dah follow habis cerita ni...tapi untuk diingati boleh lah kan!..ingat kejadian bangunan hancur kah atau banyak nyawa terkorban? apa pentingnya bangunn tu drpd nyawa manusia melayang...sedih :(
yusuf said…
saya ragu jika peristiwa 11 september itu ulah para teroris, bahkan banyak pihak yang curiga kalau itu ulah amerika sendiri untuk menjatuhkan negara-negara islam dimata dunia.

bukankah amerika punya satelite yang canggih, punya radar yang tiada tandingannya, kenapa tidak tau kalau ada pesawat sebesar itu masuk ke areal WTC? bukankah WTC punya pengamanan yang handal.

mungkin jika pesawat itu sebesar burung merpati dan amerika tidak bisa melihat dalam radar masih bis dimaklumi.
pyejal said…
@Elih Japahar sekadar peringatan bahawa dunia kini sebenarnya tak selamat. yang telah pergi biar pergi, kita yang hidup teruskan bersyukur kepada Illahi.:)
pyejal said…
@yusuf itu semua ada strateginya, pasti saja ada agenda yang terancang dalam peristiwa ni. Moga generasi kita tetap mendapat perlindunganNYA. Amiin :)

Popular Posts