Kenapa Perlu Takut Dengan Hukum Hudud?

Isu hukum hudud sekali lagi popular di dada² akhbar dan skrin komputer. Isu lapuk yang tak pernah di laksanakan walaupun banyak yang telah mengkaji, banyak yang telah mengetahui. Pergi sekolah hari², tapi buat penat je ustaz, ustazah dan cikgu bercerita tentang undang² hudud ini.

Aku bukanlah ilmuwan bijak pandai yang tahu semua tentang hukum hudud ini - undang² Islam yang ditakuti kebanyakkan orang bukan beragama Islam, atau mungkin sebilangan Muslim sendiri tidak bersetuju undang² Islam ini dilaksanakan. Tapi Mengapa? Dan oh ye, buang fikiran politik kamu bila masuk ke blog ini.



Rasululluah telah berpesan, selagi mana kamu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, kamu tidak akan sesat. Maka, bila orang bukan Islam tahu tentang ini, maka berusahalah mereka menyesatkan umat Islam dengan menjauhkan umat Islam daripada 2 sumber utama ini. Undang² Hudud sungguh jelas dan terang dinyatakan di dalam Al-Quran. Tapi dek kerana niat jahat sesetengah makhluk Tuhan ini, maka Undang² ini macam benda kecil yang tak penting langsung di mata masyarakat Islam. 

Kerana itulah, jenayah masih lagi berleluasa. Cakaplah peratusan jenayah sekarang semakin menurun. Dengan program transformasi kerajaan sekarang ni, polis dah rajin meronda di jalan² daripada banyak duduk di balai menunggu aduan orang ramai. Tapi sampai bila? 

Cuba anda kaji dan baca bagaimana Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wassalam boleh melaksanakan hudud pada zaman pemerintahan Islam di Madinah, bila mana masyarakat Madinah ketika itu terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, malah orang Yahudi juga ada di Madinah - bukankah keadaan itu sama di Malaysia? Adakah masyarakat bukan Islam yang dijatuhkan kesalahan di Madinah saat itu, dihukum tanpa belas kasihan? 

Kepada yang bukan Islam, Undang² Hudud ini bukanlah menindas masyarakat bukan Islam, bukan pula mengenepikan hak asasi manusia dalam pelaksanaannya. Undang² Hudud ini ciptaan Allah Ta'la, Dialah Tuhan yang tiada Tuhan selain daripada-NYA, dan undang² ini bukanlah seperti ciptaan manusia yang banyak menghukum dengan wang ringgit dan penjara semata.

Bayangkan jika Hudud ini dilaksanakan, masyarakat lebih terbela, masyarakat lebih harmoni dan selamat. Hukum hudud ini hanyalah kepada umat Islam sahaja dan kepada yang bukan Islam, mereka akan diberi pilihan berdasarkan undang² sivil. Harus diingat juga, Undang² ini hanyalah kepada mereka, pesalah² jenayah yang betul² jahat dan diperakui dengan buktinya tanpa sebarang keraguan. Jika ada fakta yang meragukan, hukuman tidak boleh dijalankan. Dari segi agama pula, balasan dosa melalui hukuman hudud ini akan terhapus berbanding dengan undang sivil yang memberi hukuman tetapi tidak kepada dosa yang dilakukan.

Untuk yang lain anda kajilah sendiri. Kalau ikut pemahaman sendiri, itu tidak memadai. Semoga masyarakat kita dan generasi kita lebih selamat dan harmoni.

Ikuti sedikit penerangan oleh Ustaz Zaharudin berkenaan pelaksannan Undang² Hudud ini.


Jadi bagaimana? Perlu ke takut dengan Hudud? Takutlah hanya kepada Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Comments

Ujie Othman said…
kalau takde buat salah, buat apa nak takut hudud kan..

yg penting, Islam agama rasmi kita...mmg patut hudud dilaksanakan. cuma kena bg kefahaman kpd non-muslim je. NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH!
teringat kata2 pemimpin yg tak perlu dikagumi itu...

HUDUD tak realistik untuk dilaksanakan di Malaysia! Huh!

Bagaimana nak realistik kalau dalam keluarga sendiri pon beliau gagal untuk mendidik mengikut cara Islam?

Tak perlu tengok jauh2, kalau lah undang2 islam tu benar2 ditakuti...pasti beliau BERTEGAS dengan isteri supaya menutup aurat!
pyejal said…
@Ujie adakah sebab diorang memang nk buat salah, itu sebab diorang takut nak laksanakan kot..oppsss! :)
pyejal said…
@Aku Ibu Muda saya nak "LIKE" komen anda! :)
sabree hussin said…
thanks tuan kongsikan video ni
Azzam Fadzil said…
setuju...
sila buang fikiran politik yer..hehe
EARNIC said…
mana ada org takut dgn hudud..yg tak suka tu sbb dorang gula2kan hudud je
pyejal said…
@sabree hussin & Aizawa share the real idea..:)
pyejal said…
@EARNIC la diorg tak takut rupenya..tapi diorg tetap tak berani laksanakan kan kan?

Popular Posts