Doa Wanita Ketika "Bercuti"
Pertama kali mengetahui wujudnya doa ini, aku pelik - "Tak ada pula ustaz atau ustazah yang ajar kat sekolah dulu". Tapi itulah kata orang, jauh perjalanan luas pandangan - minda pun ikut sama luas. Doa ini aku nukilkan untuk perempuan terutamanya, lelaki pun boleh baca juga, nggak ada masalah ohm. Ajarkan saja pada rakan² perempuan kamu. Doa wanita ketika haid ini aku perolehi semasa menghadiri kursus bersama Dato' Fadzilah Kamsah tempoh hari. Aku kongsikan di sini hanya untuk panduan bersama disamping menambah ilmu dan kebajikan untuk semua.
Menurut catatannya, antara kelebihan bagi mereka yang membaca doa ini pada hari pertama 'bercuti' :-
- sepanjang tempoh haid mendapat pahala seperti beribadat.
- mendapat pahala ibarat 40 orang syahid.
- mudah meniti titian Siratalmustaqim (di alam akhirat)
- dimudahkan perjalanan darah haid.
dan doanya adalah:
"Segala puji bagi Allah atas segala hal dan Ya Allah aku bermohon keampunan kepadamu dari segala dosa²ku"
[Riwayat daripada Aisyah R.A dipetik dari Kitab Durratun Nasihin Fil Wa'zi Wal Israr]
Moga entri ini sedikit membantu dalam memperbaiki diri kita ini. Harap bermanfaat dan dipanjang²kan. :)
Wallahualam.
Comments