Zero to Pro 5 Johor Bahru bersama Saiful Nang Academy of Photography (SNAP)

Sangat lama tak menulis. Aku sangat sibuk dengan persediaan kelas sarjana aku, tugas pejabat dan juga masa bersama famili. Dan baru² ni aku sibuk menghadiri kursus fotografi anjuran SNAP oleh Saiful Nang dan pasukannya di Candid Syndrom.

Perancangan awal telah aku buat 2 bulan sebelum hari kejadian. Agak berat pada mulanya sebab pada hari sebelumnya adalah hari ulangtahun perkahwinan-ku, mana tau yang tersayang free, boleh makan angin. Tapi thanks to her sebab menyokong untuk menghadiri seminar fotografi ini. Minat fotografi dah lama cuma aku belum pernah menuntut secara formal dengan sesiapa pun sebelum ini. Dengan adanya kursus ini, pengetahuan-ku lebih jelas, yakin dan tahu lebih banyak tentang teknik dan selok-belok fotografi gaya Saiful Nang (SN) ini.

Kursus berlangsung dari 17 - 19 September lalu dan aku hadir ke kursus pada Sabtu pagi dengan semangat yang tinggi. 7.30 aku tiba di Suria Resort Hotel, JB. Saja keluar awal sebab aku bukan arif sangat jalan kat JB ni. Sesat tak pasal. Dalam lepak² dalam kereta sambil dengar Sinar fm, aku terpandang kelibat SN tengah parking kereta. Terdetik dalam hati, rendah je SN ni rupanya [gurau je SN]. haha.

Hari pertama selepas sesi ta'ruf [suai kenal], para peserta didedahkan dengan undang² dan konsep asas dalam fotografi. Sesi ini dikendalikan oleh Adi Nang [adik SN] dan Hafiz Atan - salah seorang senior fotographer di Candid Syndrom. Tamat sesi mereka SN menyambung dengan konsep fotografi yang lebih terperinci. Sebelah petang kami diajak untuk sesi outing mengambil gambar dikawasan sekitar hotel. Ini antara hasil gambar² kami.

foto : Khaliq Bacha
foto: Zaide

Sebelah malam pula kami sekali lagi diminta untuk keluar ke Pasar Karat untuk photoshoot pada malam hari pula. Apa yang menarik pada aku adalah, speedlight atau flash tidak digunakan langsung dalan sesi outing malam ni. Namun hasilnya tetap juga hebat!

Hari kedua kami diberi penjelasan semula oleh SN tentang hasil² gambar yang diambil pada malam tadi, komen yang diberikan agak baik namun, beliau tetap belum berpuas hati dengan hasil fotografi para peserta. Maka itu, kami sekali lagi keluar untuk sesi menajamkan pandangan kami atau lebih tepat lagi teknik framming. Sebelah petangnya, sesi komen diadakan untuk melihat hasil tangkapan para peserta. Walau pun secara purata baik namun, tetap ada juga gambar² yang mendapat anugerah 'tong sampah'. haha. Tamat sesi berkenaan, kami sekali lagi keluar untuk menyambung sesi photoshoot berkenaan. Sesi menajamkan mata. 

Selepas 2 sesi outing pada hari yang sama, kami diberi rehat oleh SN dengan sesi Business in Photography [BIP] mengambil tempat pada sebelah malam. Sejarah turun naik SN dalam bidang fotografi diceritakan dengan sebaik mungkin untuk kefahaman para peserta untuk lebih berdaya maju dengan misi masing² kelak dalam fotografi.

Keesokan harinya, selepas sesi soal jawab bersama peserta, kami sekali lagi keluar untuk sesi outing memantapkan pandangan mata dalam mengambil gambar - Art of Seeing inilah yang menjadi kekuatan dalam kursus ini yang tidak ditekankan dalam kursus² fotografi lain. Aku suka. Selepas tamat sesi outing, barulah kami diajar tentang penggunaan Photoshop. Mudah saja konsep Photoshop ini. Yang penting, tahu teknik, dan tambahkan sikit dengan kreativiti, pasti gambar WOWW!

Sesi kemudiannya ditutup dengan penyampaian sijil dan bergambar bersama kru Candid Syndrom sebagai kenang²an. 

grup foto

Ditiup angin~~~
Dalam dunia fotografi ni, ramai aku tengok yang pilih bulu, kalau sifu diorang A makan orang tu akan jadi grup A saja. Itu silap pada aku, berguru dan menuntutlah ilmu dengan sesiapa pun asalkan kita sanggup belajar dan bertanya dan yang penting ilmu itu bukan ajaran sesat. Kalau aku berguru dengan SN tak bermakna aku tak join atau tak geng orang lain. Itu silap. Berkawan la dan menuntutlah dengan siapa pun. Yang penting, jangan kedekut ilmu. :)

Kepada seluruh kru Candid Syndrom yang menjayakan ZTP di JB tempoh hari tahniah dan syabas diucapkan. Teruskan menyebar ilmu. Dilupa tidak kepada rakan² peserta, moga korang bertambah kaya lagi [tiru ayat Dr. Azizan]. haha. Itu saja serba sedikit pengalaman join kursus Zero to Pro di SNAP, walaupun 3 hari, itu sudah cukup untuk memperbaiki teknik fotografi kepada Pro.

sekian.



Comments

Suzila said…
Belum berkesempatan nk joint any class fron snap ;(
pyejal said…
@Suzila lambat2 nnt tak dapat.. SN kata dia nk bersara tahun depan. kami yg junior2 ni la pewarisnya..:)

Popular Posts